UPSR sudah mengundurkan diri...Pelbagai ragam , wajah dan gelagat yang aku dapat tengok semasa hari peperiksaan. Malam sehari sebelum kertas pertama, macam aku pulak yang nak exam... Tak dapat nak lelapkan mata. Risau kalau anak2 aku lupa apa yang telah mereka pelajari selama 6 tahun di primary school. Pagi 21 September, bukan aku je yang risau, rupa2nya semua guru tahun 6 takleh tido..kelakar la.. Kalo aku ye la, 1st time anak murid exam..
Calon UPSR 2010
6 Al Farabi (kelas ni aku tak ngajar... so tak familiar sangat nama2 diorang)
6 Al Ghazali - Ha, yang ni memang experiment aku tahun ni.
Upsr pun dah habis... Maka tiada lagi 6 Al-Ghazali dalam jadual mengajar aku, walaupun RPH kelas tetap kena buat tetapi rasanya tiada lagi PnP kot.. Tengok la macam mana.
Wajah2 keseronokan setelah habis kertas Aplitud.. (aku bertugas pada hari tersebut)
Gembiranya mereka UPSR dah lepas...
Langsung tiada rasa gundah la korang eh...
WKH - Rindu yang akan pergi...........................
Apakah WKH? Name orang kah?? Plet kete kah?? Berakhirnya UPSR maka abisla pengajaran aku dengan kelas tahun 6 yang aku ajar tu... dan aku akan rindukan satu-satunya Wajah Kesayangan Hamba nan satu ini kerana tiada lagi aku masuk ke kelas beliau untuk mengajar.
Ramai guru panggil dia ni adik kesayangan aku sebab kata mereka obvious sangat aku rapat dengan budak ni. Tapi aku bukan rapat dengan dia on purpose... Akhir2 baru aku rapat dengan dia. Masa mula2 aku jejak kaki ke kelas 6G, dia adalah antara budak yang paling aku banned sebab selalu buat kacau, kurang ajar, biadap dan memang aku pernah letak dia di tempat yang aku paling tak nak tengok muka dia setiap kali aku masuk kelas. Dia suka ganggu orang, tak dengar apa yang aku ajar, kuat mengajuk apa yang aku cakap sampai satu tahap aku dah hilang sabar dengan perangai dia.
Bila dah hilang sabar, aku ingat peristiwa aku menasihatkan dia dalam kelas bertubi-tubi, semua benda yang aku tak puas hati dengan perangai dia aku luahkan... Sampai dia menangis teresak-esak. Gelabah giler aku bila tengok dia menangis, tanpa malu2 pulak tu menangis depan kelas.
Sejak hari tu perangai dia turut berubah.. Aku mula senang dengan sikap dia dan frankly aku sayang akan budak ni walaupun dia bukan budak target lulus aku. Kalau lulus.. syukur alhamdulillah....
2 comments:
ermm..best best banyak gambo
Kenapa best bila banyak gambo?????
Post a Comment