Sunday, November 28, 2010

Friday, November 26, 2010

Menjawab Tag Cik Nani (edisi plagiat tajuk kakak N)

1. apa benda paling penting dalam hidup anda?

Family


2. benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?

Sarapan pagi tadi


3. dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?

Kat rumah pengantin perempuan, temanya kena la tanya beliau


4. adakah korang sedang bercinta sekarang?

Cinta kepada Yang Maha Pencinta - Ya

Cinta kepada Yang Maha Pencinta ciptakan - pun ya jugak


5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

selagi dalam hati ada cinta..(Malas nak pikir, dah copy n paste biar je la jwpn ni)


6. novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?

Gempak Edisi 15 November 2010


7. antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

Nyesalnya..2-2 dah takde... Rasanya same je.


8. namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?

Si M******I, sebab dia hutang aku dari tahun lepas, sampai sekarang buat deeek je..


9. adakah korang basuh baju korang sendiri?

tak, mesin yang tolong basuh


10. di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?

Rasa cam nak gi sekolah sebab boringnye time cuti2 ni (poyo tak jawapan??)


11. pilih salah satu, peluk atau cium?

atau


12. beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?

3 je benda? Aku ingat tiga belas ratus pun aku leh beritahu...

WEMEQ, Ladybird, Kontrol besi (kontroversi la)



14. 5 lagu yang korang suka and selalu dengar?

sekarang dok ulang2 lagu

Insya-Allah / Allah Kiya Karo - Maher Zain

Dan Bila Esok - Sofaz

Tinggal Kenangan - Saleem - Kalo pasang dalam kete time WKH ada sebelah mesti dia diam jerk.

Manifestasi Cinta - Fiq dan Mirwana

(dah cukup 5 kan? Maher Zain je dah 2)



15. 3 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini ?

puan bintang (sebab aku tengok dia tak jawab lagi)

Hapis (apisblur.blogspot.com)

Ada

cik bedah, cik kiah, cik melah

sape2 la yang baca blog aku ni


Sunday, November 7, 2010

Aku Kena Lepaskan


Sekerap mana pun dapat berjumpa,

Serapat mana diri ini mampu mendekati,

Sejauh mana pun kasih sayang ini bertaut,

Yang pasti saat itu akan muncul jua

Aku kena lepaskan jua dirimu itu

Kerana itulah ketentuanNya.....


Sampai masa aku tetap kena lepaskan.......

Friday, November 5, 2010

Kalau Blog Boleh berkata-kata


Para pelakon : Bintang, Kudis, Kapal, dan Rayap

Tempat : Alam virtual

Subjek : Predikat


Pada suatu petang yang hening......

Kapal : Lamo sungguh kawe dok hapdet blog kawe. Sekali kawe hapdet 14 ratus n3 sekaligus.

Rayap : Kira okey la, banyak2 n3 boleh la readers lain melepaskan rindu membaca blog demo.

Kudis : Aok aok aok..

Rayap : Apa yang auk auk auk ni? Menyalak ke nak cakap apa ni?

Kudis : Aok tu maksudnya **** dalam bahasa orang Pahang. Aok apa tau...

Rayap : Koi tau la, tengok koi reti cakap koi.

Kapal : Demo royak gapo pulok ike koi ni? Ike koi kawe letok dale kole.

Kudis : Dalam koleh? Kesian kat ikan koi aok tu.

Kapal : Bukan koleh hok demo buat minum tu la, ni kole ike...

Rayap : Oh, cakap la kolang ikang. Baru awok ni pahang...

Bintang yang terkebil2 mendengar perbualan mereka mula meracau-racau.

Bintang : Argh!!! Pening-pening. Banyaknya bintang yang aku nampak di kepala ku ini!!!

Rayap : Kak ni kenapa?? Mesti pembawakkan budak tu kot...

Bintang : Pening la aku dengar perbualan korang. Dah la aku bawak budak. Eh lupa, aku je yang dah kawin kat sini.

Kudis : Ko memang macam tu, orang KL kena la belajar bahasa kami ni (tiba-tiba je Kudis pun cakap Kay Eyl)

Bintang : Ye lah, korang duk cakap pasal Koi la, aok la, kole la, camne aku nak paham?

Kudis : Takpe, aku dah tekan butang alih bahasa kat controller astro ni ke B.Melayu. Rayap dengan Kapal aku tak tau le diorang tekan ke tak.

Rayap : Tekang butang merah ke?

Kapal : Kesiye pulak kawe tengok demo binte, sapa penin pallo. Demo pahe kot kawe kechek gapo ni ke?

Bintang : Yelah, aku cuba mempahamkan diri sendiri. Tadi kole koi aok tu apa?

Rayap : Akak tanya la Kudis, Ish ish Kudis, aok dah xde name ke Kudis jugak yang aok nak.

Kudis : Kurang asam keping tol ko nih. Name je kudis, tapi aku tak berkudis ye. Kudis tu kan name singkatan yang tuan aku buat. Yang ko merayap je nih macam bagus sangat!!!

Rayap : Memang la tuan aku tu suka merayap. Rayap pun name singkatan yang tuan aku buat jugak.

Bintang dan Kapal : Dah, jangan gaduh2. Nikah jugak karang baru tau...

Kudis : I dah berpunyeeeee.

Rayap : I masih intermission....

Bintang : Dah, mintak maaf sempena hari raya deepavali ini.

Kudis : Aku tak sambut la, Rayap yang sambut.

Rayap : Tengok kak, dia nak cari pasal...

Bintang : Kudis, dah la, Rayap kan adik, kakak kena la mengalah...

Kapal : Tengok, dah nak nangis tu kawe tengok si Rayap

Kudis : Hahaha, korang percaya ke? Rayap tuh pelakon lelaki terbaik anugerah skrin 14 inci.

Bintang : Aku percaya korang ni main2 je. Aok tu apa?

Rayap : Jangan jawab lagi Kudis, jom kita tanya Binatang, eh silap, Bintang yang sebenar. Hah Pn Bintang, soalan minggu ini.. Adakah anda tahu apakah maksud Aok, Koi, Kole, ??? Ha, jawab2..



Argh... Tak kisah pun


UPSR tinggal 7 hari lagi untuk tahu result, dan salah seorang calonnya ialah encik WKH... Semalam abang aku dari Kota Bharu balik ke Terengganu, tinggal dia sorang je la yang masih aku boleh panggil abang selain dari abang ipar di rumah kakak aku. Aku tak tahu nak jadi apa... Lantaklah.. semuanya ketentua dari Allah.

Bercakap pasal abang aku ni, sesampainya beliau ke rumah, terus meminta bantal dan pasang kipas, alasan nak tidur sebab letih memandu dari KB ke KT. Sambil2 tu beliau mensuruh aku membeli makanan untuk makan petang. Aku cakap nak apa? Sotong? Ikan? Keropok lekor? Pisang goreng? Dia cakap tak kisah.. kerepok tengok sikit, kalo nampak tak sedap, beli sikit dah la... jawab beliau.

Aku sampai ke kedai mengorder sotong goreng dan keropok. Aku tengok keropok macam tak sedap, so aku beli dalam 3 hengget je la...

Kesudahannya....

Keropok yang nampak tak sedap tu telah berjaya dihabiskan oleh beliau tanpa aku sempat menjamahnya... Argh!!! hahahaha... tak kisah pun...