Wednesday, January 7, 2009

Demi Amirul


Jika kita bisikkan gundah gulana di hati kita pada Allah yang Maha Esa, pasti didengari. Rintihan kita sebagai hamba yang dipinjamkan dunia sebagai pentas kehidupan kita, diberikan watak untuk dijadikan peranan, aku hanya mampu mengeluh dan mengadu...mengadu hanya apabila didatangkan dengan musibah dan masalah, sedangkan nikmat yang diberi tidak penah mampu dihitung banyaknya.

Aku yakin, Allah telah gerakkan hati aku, untuk berasa kasih dan pilu atas perubahan diri orang lain. Aku juga yakin Allah telah gerakkan hati beliau untuk menunjukkan diri beliau yang sebenar. Kesabaran aku diuji lagi, cepat benar Kau hantarkan ujian ini, adakah kerana KAU terlalu menyayangi aku?

Hari Isnin, selepas cuti sehari kerana cuti peristiwa perkhemahan last weekend. Aku meneruskan kehidupan macam biasa, bangun awal dan melangkah malas ke sekolah. Sungguhpun alasan untuk tidak ke kelas tahun 6 sudah tiada lagi, tapi aku masih lagi diberi tugas untuk mendidik anak2 bangsa yang lain. Tapi dalam jadual kelas, tahun 6 masih tercatat kukuh di dalam rancangan pengajaran harianku.

Hari ini jadual kelas aku agak senggang. Kelas pertama seawal 745-815pagi (hanya satu masa) adalah tahun 4. Aku laksanakan dengan penuh tanggungjawab. Sejurus selepas kelas tahun 4, jadual aku adalah tahun ENAM!!! Kelas beliau ni... getusku. Tapi aku tahu semua pelajar tahun 6 berada di surau untuk aktiviti surau sehinggalah jam 845 (dah amik 1 masa aku tu).

Aku melangkah berat ke kantin, sebolehnya tidak mahu lagi memasuki kelas itu. Tapi kalau itu takdirnya, lain pula rencana yang menanti aku di sana. PK-Akademik berjumpa dengan aku lalu bertanyakan program ICT yang aku kena handle. Kalau dijadualkan berlangsung pada Khamis ini. Tapi menurut beliau, program itu memerlukan persediaan rapi dari awal. Pertandingan mencipta video menggunakan movie maker. Setiap dari mereka sedia maklum sudah memiliki e-book. Jadi, bukan alasan yang konkrit untuk aku membatalkan pertandingan ini.

Dengan berat aku menghela nafas yang panjang, bersetuju untuk menggunakan masa yang ada pada waktu aku habis bersarapan untuk bertemu muka dengan semua pelajar tahun 6 untuk memberi taklimat pasal pertandingan tersebut.

Semua sudah siap sedia menghadap aku di dalam makmal komputer. Frankly aku masih tidak nampak kelibat beliau. Lalu ku buat2 tanya nama2 pelajar2 lain yang juga tiada.

"Mana Lukman? Izzhadi?"

"Takde dalam kelas..." balas seorang dari mereka.

"Pergi cari" pendek jawapanku tapi tegas.

Sebaik sahaja mereka masuk, sedarlah aku bahawa mereka pergi bermain bola. Seramai 7 orang, Adi, Lukman, Mat Nong, Shami, Asraf, Syafik, dan beliau.

Masing2 berdiri di depan aku. Puluhan pasang mata dan telinga sedang memerhati. Aku bakal membebel lagi...getusku.

Aku bertanya, cikgu mana yang bagi korang main bola?

Diam

Masa subjek apa korang gi main bola?

Diam

Masa saya!! Ada tak korang infom kat saya korang nak main bola?

Diam

Aku sudah lali dengan diam mereka. Bagi mereka, penawar yang terbaik untuk amarah adalah diam. Baik, aku ubah tone suara aku.

Boleh saya tahu, awak semua main bola bawah pengawasan siapa? Sedikit lembut tapi masih mendatar bunyinya.

Tiada guru- salah sorang dari mereka menjawab tapi aku lupa siapa kerana aku memandang ke dinding.

Siapa yang jadi kepala ajak main bola?

Walaupun tiada jawapan, tapi dari ekor mata setiap orang memandang ke arah beliau. Aku tahu..beliau lagi. BELIAU!!!!

Mereka tahu masa itu adalah masa aku. Kejap, aku ubah ayat. BELIAU tahu itu adalah masa aku. BELIAU tahu cara nak menaikkan suhu kemarahan aku. BELIAU tahu apa yang aku tak suka. Dan itulah BELIAU lakukan. Sekali lagi Allah tunjuk, betapa hebatnya kebencian beliau pada aku. Begitu pandai beliau cuba untuk menambahkan jurang keakraban kami. Begitu pandai beliau mencari alasan untuk menunjukkan rasa protes terhadap aku. Dan hati aku menangis lagi.

Kenapa ye, setiap kali berkaitan dengan aku, beliau akan cuba mencari pasal? Sakit hati sangatkah dengan aku? Salah akukah selama ini menegur beliau jika beliau membuat kesilapan? Tak bolehkah aku menjatuhkan hukuman yang adil sekiranya beliau melakukan kesalahan hanya kerana beliau aku nobatkan sebagai WKH?

Jadi, demi beliau, aku akan ikut rentak beliau. Sekiranya beliau lari, aku takkan kejar. Tugas aku sebagai guru sudah tamat sejurus beliau meletakkan pensil menghabiskan ayat2 terakhir dalam kertas 2 BI UPSR baru2 ini. Jika beliau bahagia tanpa aku, aku rela menjauh. Tapi jika beliau masih perlukan aku, masih ingin mendekati.

Aku hanya mahukan yang terbaik. Untuk beliau.

"Kalau Amirul dah berjaya nanti, Amirul pergilah sekolah yang bagus2. Masa tu Amirul sudah pandai, malah lebih pandai dari Sir. Sir masih lagi di sekolah rendah. Kalau ingat, datang la sekali sekala melawat sir di sini"

" Kalau Amirul dah besar nanti, bila Amirul ingat semula apa yang Sir dah buat semua untuk Amirul, Amirul datanglah cari Sir. Masa tu Sir dah tua. Amirul kenalkan Sir dengan isteri dan anak-anak Amirul. Masa tu Sir harap Amirul dah bertambah berjaya"

"Kalau lah Amirul dapat tahu Sir dah tiada di dunia, dah mati, datanglah carik kubur sir ya. Sir tak banyak buat amalan sunat dan pahala. Doakan supaya sir dapat jadi orang yang diredhai Allah"

"Sebagai anak, Amirul jangan sesekali melupakan jasa ibu dan bapa. Jangan derhaka cakap ibu dan bapa. Sebelum melakukan sesuatu yang ke arah keburukan, ingatlah ibu bapa yang mahukan kita jadi yang terbaik"

"Akhir sekali, terima kasih kerana pernah menjadi anak murid kesayangan sir,"


PS : Sedikit sebanyak cara aku menulis seiras seperti cikgu Jimi. Memang aku tiru...



4 comments:

Nuna said...

Ragam budak2 yang baru nk membesar kenal dunia dan mencari identiti...Jadikan ini pengalaman dan amik iktibar dari ape yg berlaku...Latihan untuk mendidik anak2 nnt...hehe

Aini Faizi Jaslan said...

Aku mengipas ngipas muka menggunakn tangan.. Tandanya sebak..

Anonymous said...

jgn nak pilih kasih m oii!!
takot ader yg benci
biasalah..budakk2
memang cpt terase..

Kiesya_White said...

sabor itu separoh drpd iman......
saborlah sir m...

Post a Comment