Jam menunjukkan ke angka 259 am... aku kata aku lembab sebab baru nak berjinak2 dlm arena pem'blog'an ini.. Hahaha, untuk permulaan biarlah aku stat siapa aku niAku tetiba je tertarik nak stat memblog kan diri ni lepas aku terbaca (actually memang sengaja pun) blog akak Kpli aku yg sorang ni, aku rasa macam best je.. disebabkan aku nak elak dari membayar royalti kalo aku sebut name dia, biarlah aku bahasakan dia sbg Kak 'N' sajah.. ah..
Tadik aku and the gang (aznan,ajim,din,mizi,asrul aka mak, ajak, rahimin, ngan zurul dan tidak lupa amri broadband) baru je lepas nonton sneak preview transformers the revenge of the fallen.. (thanks to ajim cos getting the tickets).. Puas ati beb, memang beyond my expectation.. Dan balik2 dah dekat kul 1.30, semua kecuali aku ngan aznan esok sekolah pagi.. semua dah tarik muka nak tido.. aku gak yang masih bertemankan lappy kesayanganku ini.. Dah le 2 hari tak dapat online.. akhirnye streamyx yang berkoyan2 aku kena kutuk dulu kini menjadi penyelamat dunia. Takde internet rasa macam tak bertamadun jerk..
Hari ni (supposed 23 June aaa) 2nd day aku kat St Michael 1, ipoh.. Tapi 1st day lagi aku datang dah ditegur oleh Puan Azizah (PK Hem) kemudian melambai2 pulak Haji Arifin (Tn Guru Besar). Lepas berbasa basi tuh, lepas bagitau tujuan kedatangan kami, diorg macam tak expect pulak kedatangan kami. Heran gak... maktab tak hntar apa2 notis ke?
Cikgu Fairus masuk semasa Haji Arifin tgh bersyarah dengan aku plak yang tgh risau sbb hp si ajim dalam poket aku... nak kena serah kat dia time datang ke sekolah ni. Mesej si Miji senyap je... takde nak reply.. Cikgu fairus masuk jmp Haji Arifin mintak lepaskn dia sebb nak carik barang.. dia pandang kat kitorang.. nak lepaskan relief kelas la tuh.. dalam stgh jam si mizi call, aku pun meng excuse kan diri kuar kejap...
Sedar tak sedar sejam dengar ceramah Haji Arifin.. Last2 dia pun nak kuar.. Tiba2 je si aznan nak tanya pasal relief kelas, aku cepat2 potong supaya tak ingat pasal nak relief kelas tuh..Erm.. 1st day kat sekolah xde keje lagi. Jadual pun x dapat lagi... Asyik sibuk nak kena uruskan period hour nak ngajar..
So 1st day berlalu tanpa jumpa mana2 budak2 yang pernah kenal aku..
2nd day,.. hari ni laaaPergi mktb jap pepagi tuh, kononye nak jmp Mr Lim.. dibuatnya dia takde... nampak gak bebudak KPLI baru daftar melawat maktab.. selamat datang ke dunia yang penuh dengan asemen.. egegegege
Lepas jmp mr ruban kejap si aznan ajak makan kat 'koya' .. layan kan aje... Lepas makan shoot ke Sekolah St Michael 1 yang jaraknya lebih kurang 20 minit...
Hari ni pun tak buat apa2.. asyik baca paper hari ni ngan hari lepas2 pun baca gak... berkenalan jgk la dengan beberapa kerat cikgu yang ada,.. yang dah kenal tuh macam cikgu syukri, ery, azman, ida... ada sorang cikgu yang aku panggil akak pun asal dari terengganu... tak sempat nak tanya nama apa...
Dapat tahu aku ngajar darjah 4. si aznan darjah 5.. tapi jadual tak dapat lagi.. Aznan take over kelas Pn Sarala, aku plak Pn Sarojini.. cuak gile.. takde cikgu enggeris melayukah di sekolah ini???
Time rehat aku melepak sendirian, datang la wajah yang aku rindukan selama ni... sape lagi kalo bukan budak yang aku tangkap masa dia tgh ponteng kelas.. si Isma Daniel.. dia dtg kat aku sambil cium tangan.. tanya apa aku wat kat situ, aku cakap la dtg semata2 nak jumpa dia.. dia bantai gelak.. aku cakap betul laa.. rambut dia dah pendek sikit, dah tak selekeh macam dulu... aku tanya dia buli orang tak lagi,, dia cakap tak.. datang budak india sorang tuh cakap si Isma tipu.. tak pasal2 si isma cepuk kepala budak india tuh, aku apa lagi, cepuk si isma plak.. dia tersengih2 je, aku cakap la aku tak ajar darjah nam... dia jadi kecewa.. ntah betul ntah tidak dia kecewa.. last2 aku suh dia masuk kelas...
Budak si isma time aku tangkap tgh memonteng ms PBS dulu
Isk risau sungguh usus aku mengingatkan pelajar tahun 4 yang bakal aku lalui nanti...er..ku nak tido la.. ada masa aku stori mori lagi...
0 comments:
Post a Comment