Monday, February 27, 2012

Rindu Semakin Jauh

Jumaat lepas 24 Feb 2012 adalah pengakhiran minggu ke 7 untuk sesi pertama penggal 2012 ni. Wa masih macam dulu, sibuk dengan tugas2 baru, sibuk dengan menanda kertas, mencari bahan, rasanya macam same je tahun lepas. Walaupun dah kurang satu kelas wa tetap cari bahan macam untuk 4 kelas.

Yer, dah masuk 8 minggu blog ni di tahun baru. Wa masih lagi mengekalkan header wa dengan gambar WKH wa - Amirul. Dulu wa cakap kalau header dah bertukar means dia dah lupakan wa. Tapi sekarang walaupun dia memang dah lupakan wa, wa masih kekalkan header ni. 

Jumaat lepas rumah pakcik wa buat tahlil. Dengan secara automatiknya wa kena la turun padang sama walaupun wa lebih banyak lepak dari mentulong, (ala wa bukan kje masak2 pun, wa just angkat lauk, susun kerusi dan keje kat luar la kebanyakannya.) Tengah wa duk melayan tetamu, hset wa menyanyikan lagu 'ada lembu nak jaga' dan tertera nama mak WKH wa di telefon. Wa dah mula risau tak pernah2 mak beliau mentelepun wa.

"Amirul ni " suara yang masih sama tapi wa tetap rindu dengan suara yang dulu.

Rupa2nya rumah beliau juga mengadakan tahlil. Dan wa diundang untuk hadir sekali pada petang nanti lepas Jumaat. Wa serba salah, nak pergi tapi pada masa yang sama wa pun ada tahlil sendiri. Wa memang nak jumpa beliau sangat2 tapi ada je halangan. Beliau kata okeh. Wa menteruskan keje2 wa.

Tak sampai dua minit sekali lagi phone wa berbunyi. Nama yang sama. Orang yang masih sama di hujung talian.

"Mak nak sir datang jugak biar kul 4 pun," pinta Amirul lagi. Argh....serba salah sungguh. Wa tak janji tapi wa akan cuba. Wa tau yang ajak datang adalah mak dia. Wa tak rasa dia nak jumpa wa pun. Maybe atas desakan mak dia baru dia berani hubungi wa. Takpelah, sekurang2nya dia ada gak kontek wa biarpun mak dia yang suruh. Itu sudah memadai. 

At the end, wa memang tak dapat hadir. Al maklum la rumah pakcik wa buat tahlil sampai kul 5. Pastu nak kena clear lagi. Wa rasa terkilan jugak tak dapat datang. 

Maafkan sir, Amirul. 

Wa still carik 2-3 orang sebagai pengganti Amirul bukan sebagai WKH tapi sebagai penanda aras wa dalam mengajar BI untuk kelas belakang. Mampu ke sapa2 dapat A lagi untuk BI?

Amirul adalah WKH wa yang terakhir.






























0 comments:

Post a Comment