Sunday, April 15, 2012

Setiap Kali

Setiap kali wa rindukan mereka, wa akan mainkan vc ni. Setiap kali dimainkan juga wa nyer airmata akan gugur...



VC yang ke 2
Wa rindukan semua especially yang sorang tu lah

Selamat Tinggal


Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

30 March 2012 adalah kali terakhir wa melihat beliau. Memang sejak memiliki Shiro, Pn Honda sudah lama tidak dipandu lagi. Dan selagi beliau masih disisi wa, selagi itulah wa akan risau akan kesudahan kisah kami. Mana lah tau kot2 break down yang superb. Jadi wa telah memasang niat untuk menjadikannya milik orang lain.

Seminggu sebelum hari terakhir, wa dihubungi oleh seseorang yang agak asing bagi wa. Itulah Zulhamizan, bekas anak murid wa UPSR 2011 tahun lepas - batch Amirul. Pada mulanya memanglah sekadar bertegur sapa dan bertanya khabar. Sekali beliau kata bapak beliau mahu berbicara dengan wa. Ditanyanya pada wa pasal ketiadaan Honda kerana bapak beliau sering berulang alik ke Sekebun untuk menghantar adik si Zulhamizan. Wa pun cakap la Honda masih di sisi wa dan berniat untuk di let go. Bercakap lebih kurang dan dalam tempoh seminggu bapak beliau melihat dan mengetest drive Pn Honda, maka pada hari tersebut jam 4.57pm wa melihat Pn Honda dipandu pergi oleh encik Zulman. Yang pasti wa terasa kehilangan beliau. Saat wa menceritakan semua ini pun wa masih terasa sedih yang amat.

Puan Honda dibeli oleh arwah abah wa seingat wa pada usia wa 11 tahun (18 tahun dahulu). Dengan Pn Hondalah arwah abah menghantar wa ke sekolah. Dengan Pn Honda jugak la arwah abah memecah keheningan pagi menuju ke Muadzam Shah Pahang tatkala wa ditawarkan ke MRSM di sana. Dengan Pn Honda lah wa diusung ke sana ke mari sepanjang wa meningkat remaja. Dengan Pn Honda jugaklah wa menjadi driver arwah ayah wa sepanjang cuti panjang semasa menjadi penuntut universiti dahulu. Wa membesar di hadapan beliau, agak berat melepaskan beliau pergi, tetapi inilah suratan yang telah tertulis.

2009 - Arwah pergi meninggalkan dunia dan ini menjadi tanggungjawab wa sejak pemergian beliau



Dua kali major break down sepanjang di bawah jagaan wa 2009 - 2012

Berhujan dan berpanas bersama

Menjadi peneman wa setiap kali mendatangi SKBN

Pernah menjejakkan kaki tayar di bandar Ipoh (2009)

Menjadi pengangkutan utama wa sepanjang wa bergelar Sir M


Kenangan bersama2 WKH terakhir wa




Ironinya

Ironinya

1.Wa dulu disebabkan sangat marahkan kakak wa yang asyik nak wa balik kerja Terengganu telah bertekad untuk tidak mencari pasangan senegeri. Ironinya wa memang kerja Terengganu dan tunangan wa adalah orang sekapal

2. Wa dulu sering kutuk2 Proton sebab menghasilkan model yang meniru sebijik Mitsubishi Lancer. Ironinya? Sendiri mau ingat lah!

3. Wa dulu dah berjanji untuk tidak mewujudkan lagi istilah WKH untuk mana2 anak murid wa dan wa sering kutuk pada cikgu yang bersikap favouritisme nih. Ironinya? WKH versi 2012 maybe ada cuma tak declaire lagi.

4. Wa dulu menolak untuk memiliki phone yang bercirikan sentuhan (kalau tak caya sila tanya SETIA). Ironinya kini HTC menjadi isteri wa ke 9.

5. Wa dulu berkata yang sekolah yang wa adalah sekolah yang terbaik pernah wa bekerja. Ironinya 2 minggu lepas wa terasa untuk memohon pertukaran sekolah. 

Jadi pengajarannya disini adalah, untuk mendapatkan sesuatu, baik / jangan kita mengutuk2 benda tu dahulu mana tau kot2 satu hari nanti ironinya akan kembali kepada kita. 

Ironinya wa sekarang mengutuk2 boss wa - mana tau satu hari nanti jadi boss

Ironinya wa sekarang mengutuk2 BMW - mana tau wa dapat cabutan bertuah..... (hahahaha)

Wednesday, April 11, 2012

Aktiviti Hari Cuti Sempena Pertabalan Yang Dipertuan Agong











Kakitangan sokongan

N3s Yang Tertunggak Part 2

Kursus Asas Renang Pengakap


Sebaik sahaja balik dari Marang untuk kem tunas ilmu, hari berikutnya pula adalah kursus untuk budak2 pengakap. Perjalanan bermula seawal 830 pagi menuju ke Sekayu Waterfall (ececece). Wa kali ni naik bas la, malas nak drive Shiro.Giuru yang terpergi adalah wa, Ust Azyan, Tecer Izza, dan 2 orang tecer praktikum Tecer Baiti dan Tecer Heeda (perghhh wa sorang je yang lelaki kot!!!)  Alhamdulillah perjalanan pergi dan pulang selamat walaupun ada sedikit taufan melanda ura2 untuk membatalkan projek wa ini. Lagipun wa ketua untuk lawatan kali ini.

Seriusly time ni wa sangat tak sihat, dari Marang lagi wa dah setat demam dan selsema. Tapi digagahkan jua badan ini bersama2 diorang.

Tiba dalam jam 1030 camtuh....

Mula2 wat kursus, tapi lebih banyak mandi dari kursus rasanya.... Hahahah

Kem Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Perpustakaan 


Minggu lepas plak SKBN menganjurkan Kem Kepimpinan seperti tajuk di atas. Wa sebagai guru AJK Badan Disiplin nih turut melakukan penglibatan diri (apa punya ayat daaaa). Kem diadakan selama 3 h 2 m di Kem Askar Sri Pantai Teluk Ketapang dekat je ngan rumah mak wa. 

 Mendengar taklimat

Tengah menunggu sesi pembotakkan

Yer..pelajar lelaki di askarkan kepala mereka...

Bersama 2 puteri kesayangan (konon2 la)

Yeh.. sesi river crossing... bukan river akcelly.. seems like tasik yang airnya sangat ijau... Ada ikan patin ngan tilapia besar2 bawah tu... Seriau gak bagi wa .....

Yes...wa berjaya jugerk

Hari terakhir dan bergambar kenangan sebelum balik....

Apasal la wa hapdet blog kali ni macam hapdet blog sekolah jerk... Hampeh tul.. Tapi pendek kata (panjang tak kata apa2 panjang rileks jer) setakat ni dah 3 hujung minggu wa tak lekat kat rumah. Mula2 Marang, kedua Kem Perkhemahan (oh, yang ni wa tak cerita ek.. Takyah citer la, buat sakit ati jer...) yang ke3 ni la..Kem Pengawas. Minggu ni la rileks sikit... Tu pun ada ura2 nak buat kelas...Tak mooooo

Entries Yang Tertunggak (Delayed N3s)

Lama bebenor wa tak hapdet dalam Rayap wa neh. Seriusly s*** wa sangat super sibuk dengan kerja2 sekarang. Kerja2 wa yang diluar waktu kerja pun banyak. Wa hutang banyak n3 dengan Rayap, dengan blog Sekebun pun wa tak hapdet. Btw dah lebih sebulan WQH berada di sisi wa. Setakat ni wa memang tak menamakan beliau dengan sebarang nama lagi. Mula2 nak panggil Pira jerk, tapi cam nakhorom jerk rasanya.   Last2 WQH je la setakat ni. Last wa nak citer pasal Kem Tunas Ilmu, hari minggu wa terkorban dek kerana kem tersebut. Next day kursus pengakap pulak. Minggu seterusnya wa kena gi Kursus Profesionalisme ICTL (tajuk kursus bukan main lagik gempak siak), kendian berlaku satu kes yang buat wa rasa nak tukar sekolah. Huhuhu, tak pernah2 wa terpikir nak tukar sekolah tapi ada satu kes buat wa rasa stress yang amat dengan environment Sekebun sekarang ni. Wa dah tak berapa suka atmosfera di sini hari ni. Dulu wa rasa seronok sangat sebab bila wa ada masalah je wa akan release bila bersama2 dengan anak2 wa. Tapi sekarang mood nak mengajar pun dah rasa lari sejak banyak benda yang berlaku buat wa rasa letih sangat. Tiba2 je wa rasa GB lama wa lagi best dari GB sekarang yang ntah apa2 bagi wa. 

Mana nak stat ek? Ok la, mula2 nak stori pasal Kem Tunas Ilmu (Tahun lepas Anjung Ilmu) bertempat di Marang Spa Village n Resort (sama je tahun lepas cuma nama tukar)




Kem Tunas Ilmu ni rancang dah lama dan berlangsung pun dah lama gak. 3minggu lepas kot. Tahun lepas wa pergi dengan bebudak naik bas, tapi tahun ni wa drive Shiro(tetibe je dah ada nama plak) ke sana. Saja senang sikit bawak banyak barang. Kalau naik bas susah sikit, almaklum lah kena banyak tangan. Wa pun tak reti nak citer apa pasal Tunas Ilmu ek? Sebab dah lama sangat. Sibuk dengan keje usah dikata la memang sangat sibuk.

Citer pasal present la senang, kan?

Hari ni sekolah wa jadi tuan rumah untuk pertandingan bola sepak. Ramai gak la ex-SKBN yang datang. Antaranya Amirul. Sorang budak datang kat wa dan tunjuk Amirul yang jaraknya mebi 100 m kot dari wa. Wa kata..OK. Memang wa rindu kat budak tu tapi wa tak lupa yang wa bukan lagi cikgu beliau. Takpelah kalo dia nak keep the distance sampai 100 m tak nak datang kat wa sedangkan bebudak lain ada je nak salam ngan wa.

Pertandingan bola hari pertama menentang SK Bukit Wan. Surely Bukit Wan terkenal dengan pasukan diorang, tapi 9 orang dari kelas wa merupakan pemain2 pasukan sekolah. Antaranya adalah 2 org calon WKH wa tahun ni..(hahahaha gelak serius). 
Dua calon WKH wa tahun ni...hahaha

Akhirnya sekolah wa tewas 1-0 (tu pun sebab penalti) Kira okey la jugak permainan diorang. Time nak balik sekali lagi pasukan ex-SKBN datang salam dengan wa TERMASUK budak Amirul. Takpelah, at least dia datang pada wa bila ngan kawan2 dia. Pelik gak x macam Amirul yang chat dengan wa dalam fb pun.
Pasukan SKBN.. Wa sebok je menyemak kat situ...

Hari ke-2 SKBN lawan SK Bukit Guntung. Kali ni menang 3-2. Wa macam biasa turun padang memberi sokongan walaupun tak bertugas. Wa tercari2 gak kelibat Amirul tapi tidak kelihatan.

Hari ke 3 SKBN lawan SK LKTP Belara menang 2-0. Ni semalam la Selasa 10 Apr 2012. Hari ni budak Amirul datang, tapi dia tak datang pun kat wa. Ish wa still marahkan diri wa kerana mengharapkan budak tu datang pada wa, at least tegur macam lain2 apa salahnya kan? Izzhadi, Aizad, Akram, Fahmi, ni semua ex-SKBN reti je nak tegur wa. Maybe la budak Amirul ni malu. Takpelah dia budak pandai.

Malam nya wa buat kelas malas untuk 6G, ngajar pasal apa tak perlu la wa stori. Tapi detik yang paling wa rasa dihargai sangat2 adalah time budak2 semua dah balik wa stay lagi dalam kelas tingkat 3 tu. Saje la sebab tak nak bertembung dengan mak bapak budak2 lain yang ramai kat bawah. Sekali wa dengar sore jantan beri salam. Serius wa mula2 tak kenal. Sekali wa perasan budak itu adalah WKH sulung wa si Fairul Hisham yang kini berada di tingkatan 2. Serius wa macam tergamam sangat tengok dia sanggup naik ke kelas semata2 nak jumpa wa. Dia datang sebab nak amik adik dia yang sekarang ni yr 6F. Bila wa tanya ada apa naik ke kelas? Dia jawab saje nak jumpa sir. Serius wa sangat2 terharu. Dulu size dia ala2 comel je sekarang dah tinggi sikit. Suara pun dah garau. Wa tergamam dan terharu sampai lupa nak mintak no phone beliau. Hari tu bukan main lagi dia nak datang rumah wa. Kendian wa pun balik selepas si Hisham ni balik.
Hisham 2 tahun yang lalu. Semalam wa lupa nak snap wajah beliau. Wa janji wa mesti carik beliau lagi

Betul la kata sesetengah cikgu yang wa jumpa... selalunya budak2 yang terkebelakang ini lah yang akan tegur kita bila jumpa semula, budak yang straight As selalunya (bukan semua) akan jauh dengan guru, malah segan nak bertegur sapa. Buktinya hari ni wa nampak. Si Amirul A dalam BI dan Hisham D dalam BI, budak mana yang lebih menghargai wa? Terima kasih .....

Tapi wa tak kata semua budak cemerlang la. Ada gak budak yang A ni terus hargai cikgu2nya, contohnya adalah wa sendiri (hehehe). Pantang wa jumpa cikgu yang wa rasa kenal, wa mesti tegur. Esp cikgu yang pernah meng'WKH'kan wa satu masa dahulu. 

Wa dah pernah jumpa
1. Cikgu Fauzi
2. Cikgu Roshdi
3. Cikgu Ramlan
4. Cikgu Wa Dah Lupa Nama (ayah angkat dulu)
5. Teacher Nor Afdzan (guru penyebab wa minat Enggerissssh)
6. Sir Cheah Ku Li

Ni je wa dah pernah jumpa selepas bergelar guru. Insyaallah wa akan carik lagi.