Lama bebenor wa tak hapdet dalam Rayap wa neh. Seriusly s*** wa sangat super sibuk dengan kerja2 sekarang. Kerja2 wa yang diluar waktu kerja pun banyak. Wa hutang banyak n3 dengan Rayap, dengan blog Sekebun pun wa tak hapdet. Btw dah lebih sebulan WQH berada di sisi wa. Setakat ni wa memang tak menamakan beliau dengan sebarang nama lagi. Mula2 nak panggil Pira jerk, tapi cam nakhorom jerk rasanya. Last2 WQH je la setakat ni. Last wa nak citer pasal Kem Tunas Ilmu, hari minggu wa terkorban dek kerana kem tersebut. Next day kursus pengakap pulak. Minggu seterusnya wa kena gi Kursus Profesionalisme ICTL (tajuk kursus bukan main lagik gempak siak), kendian berlaku satu kes yang buat wa rasa nak tukar sekolah. Huhuhu, tak pernah2 wa terpikir nak tukar sekolah tapi ada satu kes buat wa rasa stress yang amat dengan environment Sekebun sekarang ni. Wa dah tak berapa suka atmosfera di sini hari ni. Dulu wa rasa seronok sangat sebab bila wa ada masalah je wa akan release bila bersama2 dengan anak2 wa. Tapi sekarang mood nak mengajar pun dah rasa lari sejak banyak benda yang berlaku buat wa rasa letih sangat. Tiba2 je wa rasa GB lama wa lagi best dari GB sekarang yang ntah apa2 bagi wa.
Mana nak stat ek? Ok la, mula2 nak stori pasal Kem Tunas Ilmu (Tahun lepas Anjung Ilmu) bertempat di Marang Spa Village n Resort (sama je tahun lepas cuma nama tukar)
Kem Tunas Ilmu ni rancang dah lama dan berlangsung pun dah lama gak. 3minggu lepas kot. Tahun lepas wa pergi dengan bebudak naik bas, tapi tahun ni wa drive Shiro(tetibe je dah ada nama plak) ke sana. Saja senang sikit bawak banyak barang. Kalau naik bas susah sikit, almaklum lah kena banyak tangan. Wa pun tak reti nak citer apa pasal Tunas Ilmu ek? Sebab dah lama sangat. Sibuk dengan keje usah dikata la memang sangat sibuk.
Citer pasal present la senang, kan?
Hari ni sekolah wa jadi tuan rumah untuk pertandingan bola sepak. Ramai gak la ex-SKBN yang datang. Antaranya Amirul. Sorang budak datang kat wa dan tunjuk Amirul yang jaraknya mebi 100 m kot dari wa. Wa kata..OK. Memang wa rindu kat budak tu tapi wa tak lupa yang wa bukan lagi cikgu beliau. Takpelah kalo dia nak keep the distance sampai 100 m tak nak datang kat wa sedangkan bebudak lain ada je nak salam ngan wa.
Pertandingan bola hari pertama menentang SK Bukit Wan. Surely Bukit Wan terkenal dengan pasukan diorang, tapi 9 orang dari kelas wa merupakan pemain2 pasukan sekolah. Antaranya adalah 2 org calon WKH wa tahun ni..(hahahaha gelak serius).
Citer pasal present la senang, kan?
Hari ni sekolah wa jadi tuan rumah untuk pertandingan bola sepak. Ramai gak la ex-SKBN yang datang. Antaranya Amirul. Sorang budak datang kat wa dan tunjuk Amirul yang jaraknya mebi 100 m kot dari wa. Wa kata..OK. Memang wa rindu kat budak tu tapi wa tak lupa yang wa bukan lagi cikgu beliau. Takpelah kalo dia nak keep the distance sampai 100 m tak nak datang kat wa sedangkan bebudak lain ada je nak salam ngan wa.
Pertandingan bola hari pertama menentang SK Bukit Wan. Surely Bukit Wan terkenal dengan pasukan diorang, tapi 9 orang dari kelas wa merupakan pemain2 pasukan sekolah. Antaranya adalah 2 org calon WKH wa tahun ni..(hahahaha gelak serius).
Dua calon WKH wa tahun ni...hahaha
Akhirnya sekolah wa tewas 1-0 (tu pun sebab penalti) Kira okey la jugak permainan diorang. Time nak balik sekali lagi pasukan ex-SKBN datang salam dengan wa TERMASUK budak Amirul. Takpelah, at least dia datang pada wa bila ngan kawan2 dia. Pelik gak x macam Amirul yang chat dengan wa dalam fb pun.
Pasukan SKBN.. Wa sebok je menyemak kat situ...
Hari ke-2 SKBN lawan SK Bukit Guntung. Kali ni menang 3-2. Wa macam biasa turun padang memberi sokongan walaupun tak bertugas. Wa tercari2 gak kelibat Amirul tapi tidak kelihatan.
Hari ke 3 SKBN lawan SK LKTP Belara menang 2-0. Ni semalam la Selasa 10 Apr 2012. Hari ni budak Amirul datang, tapi dia tak datang pun kat wa. Ish wa still marahkan diri wa kerana mengharapkan budak tu datang pada wa, at least tegur macam lain2 apa salahnya kan? Izzhadi, Aizad, Akram, Fahmi, ni semua ex-SKBN reti je nak tegur wa. Maybe la budak Amirul ni malu. Takpelah dia budak pandai.
Malam nya wa buat kelas malas untuk 6G, ngajar pasal apa tak perlu la wa stori. Tapi detik yang paling wa rasa dihargai sangat2 adalah time budak2 semua dah balik wa stay lagi dalam kelas tingkat 3 tu. Saje la sebab tak nak bertembung dengan mak bapak budak2 lain yang ramai kat bawah. Sekali wa dengar sore jantan beri salam. Serius wa mula2 tak kenal. Sekali wa perasan budak itu adalah WKH sulung wa si Fairul Hisham yang kini berada di tingkatan 2. Serius wa macam tergamam sangat tengok dia sanggup naik ke kelas semata2 nak jumpa wa. Dia datang sebab nak amik adik dia yang sekarang ni yr 6F. Bila wa tanya ada apa naik ke kelas? Dia jawab saje nak jumpa sir. Serius wa sangat2 terharu. Dulu size dia ala2 comel je sekarang dah tinggi sikit. Suara pun dah garau. Wa tergamam dan terharu sampai lupa nak mintak no phone beliau. Hari tu bukan main lagi dia nak datang rumah wa. Kendian wa pun balik selepas si Hisham ni balik.
Hisham 2 tahun yang lalu. Semalam wa lupa nak snap wajah beliau. Wa janji wa mesti carik beliau lagi
Betul la kata sesetengah cikgu yang wa jumpa... selalunya budak2 yang terkebelakang ini lah yang akan tegur kita bila jumpa semula, budak yang straight As selalunya (bukan semua) akan jauh dengan guru, malah segan nak bertegur sapa. Buktinya hari ni wa nampak. Si Amirul A dalam BI dan Hisham D dalam BI, budak mana yang lebih menghargai wa? Terima kasih .....
Tapi wa tak kata semua budak cemerlang la. Ada gak budak yang A ni terus hargai cikgu2nya, contohnya adalah wa sendiri (hehehe). Pantang wa jumpa cikgu yang wa rasa kenal, wa mesti tegur. Esp cikgu yang pernah meng'WKH'kan wa satu masa dahulu.
Wa dah pernah jumpa
1. Cikgu Fauzi
2. Cikgu Roshdi
3. Cikgu Ramlan
4. Cikgu Wa Dah Lupa Nama (ayah angkat dulu)
5. Teacher Nor Afdzan (guru penyebab wa minat Enggerissssh)
6. Sir Cheah Ku Li
Ni je wa dah pernah jumpa selepas bergelar guru. Insyaallah wa akan carik lagi.
0 comments:
Post a Comment