Wednesday, June 27, 2012

Kak Mi Dalam Ingatan...


Mungkin sudah biasa kita dengar bahawa sorang laki boleh jadi bestfren kepada lelaki yang lain, dan tidak kurang juga kepada yang berlawanan jantina. Tapi kalau wa dengan beliau, wa tak rasa bestfren, wa rasa beliau more than seorang kakak kepada wa. Mungkin kerana kehadiran kami ke Sekebun ini pada tahun yang sama menjadikan kami lebih arnab, maafkan saya, lebih akrab berbanding dengan guru2 lain. Tapi wa tak nafikan memang ada yang memandang serong dengan keakraban kami dan hanya sebilangan sahaja yang mengerti apa yang kami lalui.Apatah lagi beliau adalah seorang ibu tunggal.

Banyak benda yang wa lalui either yang suka malah lebih banyak yang duka. Kalau wa ada problem masalah pun wa akan stori kat kak Mi. Oh ya, wa panggil beliau Kak Mi. Sepanjang kenal pun beliau la yang banyak memberi nasihat kepada wa apatah lagi sepanjang wa memiliki 3 orang WKH, beliau jugak la antara orang yang banyak mengetahui kisah wa. 

Yang pasti, wa sentiasa ada ke mana sahaja program tahun 6 yang beliau rancangkan. Dari perjalanan ke Gambang 2010, menaiki Keretapi 2010, ke Bukit Merah, Pulau Redang, Gambang lagi sekali, Kem Anjung Ilmu 2011, dan untuk 2012 ni antaranya ialah ke Tunas Ilmu, Kem Kepimpinan Di Kem Askar, Perkelahan Di Sekayu, dan latest Perjimbaan Ke Negeri Sembilan, Melaka Dan KL, yang pastu muka wa akan terselit. Sampaikan ada yang cakap asyik2 muka wa je yang ikut, tak kurang juga yang beranggapan wa nih kroni beliau.

Ada jugak ketidakbestan yang wa dan beliau alami. Wa takkan lupa sampai bila2 berkaitan perkhemahan Pengakap tahun ini 2012 dimana hanya wa, dia dan cikgu Lutfi sahaja yang bertungkus lumus menhandle segala-gala sedangkan itu sepatutnya satu sekolah terlibat.

Tak sangka juga secepat ni wa kena tinggal. Yelah, dalam proses nak meningkatkan diri, beliau pula ditawarkan sebagai PK Ko di sekolah lain. Apasal la tak SEKEBUN???? WHY ?



Terima kasih Kak Mi kerana menjadi seorang kakak yang bukan kakak sendiri yang paling baik wa pernah kenal. Semoga berjaya di tempat baru.

Masih Relevankah WKH?

Tolong la cakap blog wa ni tak best. Tolong la berenti dari baca blog ni. Tolong la jangan teruskan baca sebab bukan ada apa yang boleh dijadikan teladan pun. 

Dah masuk bulan 6 lebih. Bermakna wa akan mengajar tahun 6 2012 sebelum mereka semua UPSR 11 September 2012, ada la dalam 70 hari lagi. Tahun ni RYP pun dah macam slow down sikit. Wa cuma ingat RYP hanya bila wa ada benda yang mengganggu isi hati wa.




Apahal plak last sekali WQH????

Sedia maklum WKH dah banyak kali wa sebut term tu, tapi wa tak pernah2 reveal nama sebenar dan rupa paras beliau. Sehingga ke hari ni memang satu sekolah tahu budak ni sekarang memang paling kamceng dengan wa. Tapi takdelah istilah WKH pun diorang tau.


2 tahun lalu 2010 wa pertama kali menjejakkan kaki ke sekebun ni, dan itu lah juga pertama kali wa mengenali mereka 4 Al Ghazali. Terdiri daripada 14 lelaki dan 10 perempuan (masa tu). Tapi serius, masa ni wa sangat tension time nak masuk kelas diorang je wa jadi blur. Bukan sebab wa tak tau nak ajar apa, tapi tak tau nak buat diorang faham dan suka dengan subjek wa ajar. Antara kelas yang paling wa tak suka nak ajar tahun itu adalah 4G. Bukan kerana diorang, kerana wa sendiri belum tau silibus yang hendak diguna pakai. 

 Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Bagai semalam wa amik gambar ni. 

Tahun 2011, wa pertama kali menjadi guru kelas 5 Al Ghazali. Wajah yang pernah wa kenal, dan tidak asing lagi. Wa jadi guru BI lagi. Genap 2 tahun berturut2 diorang dah nak muntah dengan wa. Huhuhu... Tapi 2011 wa tak berapa nak close dengan diorang. Sebab wa lebih banyak masa dengan tahun 6 Ghazali. Dan wa seolah-olah menganaktirikan diorang. Masa tahun ni 2011, beliau wa lantik jadi ketua kelas. Memang wa tak pernah pikir pun budak yang jadi ketua kelas time ni akan jadi student wa paling rapat dengan wa sekarang. Masa ni wa sangat supersedihrisau dengan diorang semua. Takut tul la camne tahun depan (sekarang) dengan BI diorang. Alhamdulillah ada yang lulus sebenarnya.

2012....Sekarang....
Time cuti lagi budak ni pernah menghubungi wa nak bagitau dia bersunat. Time tu wa kat KL. Wa pun tak sangka dan tertanya-tanya gak apasal la budak ni call wa guna phone mak dia. Dan dari bukak sekolah hari tu lagi beliau dah start rapat dengan wa. Tapi wa xde la bawak jalan2 lagi macam sudah2. 1st time wa ajak kuar pun sebab wa nak ajak beliau masuk tuition tempat wa mengajar. Wa tanya leklok dengan mak beliau dan wa dapat kepercayaan itu untuk membawa beliau tuition luar kat wa ngajar. 

Ujian pertama dan ujian kedua, beliau masih lagi di takuk gagal. Wa pun tak tau nak wat camne. Susah payah bebenor tak macam Amirul. Tapi last exam adalah pertengahan tahun punya exam, beliau telah menluluskan dirinya sendiri. Tak sangka gak wa. Dalam kelas wa 9 orang lulus termasuk beliau, tapi takdelah yang tertinggi, kira cukup2 makan la.

Last week 18 Jun 2012, sekolah tempat wa keje (wa kan tukang wat air kat kantin sekolah itu) telah mengadakan majlis temu murni (bukan temu dengan cikgu Murni sebab takde pun cikgu nama Murni, cikgu Tini ada lah..) yang diberi nama Cakna Cemerlang SKBN. Program ni bukan apa pun, hari mak bapak budak amik repot kad diorang, pastu budak2 yang dapat 5A dalam mid-year exam dapat habuan. Pastu kelas wa (eh..tukang wat air cam wa pun ada kelas ke???) kan 6Al Ghazali. Kelas cencorot. Budak bantu lulus je. Alhamdulillah BI tahun ni untuk mid year 9 orang. Tahun lepas 8 orang masa midyear. Masa sebenar 5 saje. Hopefully tahun ni ramai la yang boleh ditolak ke depan. Seperti yang wa cerita tadi, beliau lulus subjek wa dan satu-satunya lelaki dari kelas wa yang lulus semua 5 subjek UPSR. Dah lulus semua sekurang2nya, sekolah janji akan bagi hadiah. So hari temu murni tersebut, maka naiklah beliau ke pentas bersama ibunya. Wa time dia naik ke pentas tu rasa sayu sangat. Syukur ada, gembira pun ada sebab beliau lulus, Wa nak polish lagi beliau bersama-sama pelajar yang lain.

Jadi ini lah beliau, cuma masih relevankah wa istilahkan sebagai wkh wa tahun ni. Wa reveal dari belakang je. Hahaha,,,, leh teka ke yang mana satu kalo di compare semula dalam pic tahun 2010 ngan 2011 di atas sana???

Tuesday, June 26, 2012

Sejak Bila Wa Tukar Jantina??


Wa terima surat dari kerani sekolah wa. Akcelly beliau meletakkannye je pun adoi ter ber atas meja wa. Yang menjadi persoalannya kenapa wa di title kan sebagai PN as what as we oll konsen PN tu kan PUAN. Hahahaha..dah tu bin pulak. Takkan la orang yang wat surat ni tak tau bin tu jate???





Friday, June 15, 2012

Jiwa Wa Separuh Pergi


Wa la ni kan, memang penyakit super malas wa nak hapdet memang membuak2 bagai ombak memukul pantai. Bagai angin semilir yang menari2. Dah la bukak tenet pun pakai encik HTC je, malas la nak taip semua bagai. Tapi hari ni wa ada sedikit perasaan yang separuh jiwa wa macam dah pergi wa kuatkan semangat wa nak hapdet rayap wa. Mula2 wa nak bagi tajuk 

WA DIABADIKAN DI SITU

Macam tak percaya jugak wa bila mensaksikannye pun adoi. 

Ni meja Pn Norizan bt Mat Dris (as shown in the photo, her name was there rite??)

Ni pulak meja wa (yang sangat super nakhorom bersepah)


Ni kedudukan meja wa dari meja beliau yang sangat super kemas dan suchiiiii


Mari kita menghampiri meja beliau..... Ada kepingan photo yang diabadikan di sana

Ku melihat dari dekat.. yer wajah kacis wa ter sesat masuk dalam gambar ni. Apa wa buat kat sini? Huhuhuh...Tak sangka wa telah menjadi salah seorang adik yg disenangi oleh beliau. Bukan senang tau nak beliau mensukai seseorang. 

Itulah wa... bersama 3 orang kakak wa yang super kacis di sekebun ni. Tapi ....

Jiwa Wa Separuh Pergi....

Salah seorang dari kakak-kakak wa itu akan pindah. Wa....(ini meraung). Sedih siak. Wa mcm speechless bila dapat tau Kak Mi akan tukar sekolah. Tiada lagi senda gurau dan tempat wa mengadu. Dah la wa dapat tau yg 1st.. pulak tu secepat ini pulak kak mi akan pergi. Minggu depan ok!!! Waaa (meraung lagi)

Monday, June 4, 2012

Test test

Cubaan 1 2 3...

Post n3 guna android...ok bye


Published with Blogger-droid v2.0.4