Tolong la cakap blog wa ni tak best. Tolong la berenti dari baca blog ni. Tolong la jangan teruskan baca sebab bukan ada apa yang boleh dijadikan teladan pun.
Dah masuk bulan 6 lebih. Bermakna wa akan mengajar tahun 6 2012 sebelum mereka semua UPSR 11 September 2012, ada la dalam 70 hari lagi. Tahun ni RYP pun dah macam slow down sikit. Wa cuma ingat RYP hanya bila wa ada benda yang mengganggu isi hati wa.
Apahal plak last sekali WQH????
2 tahun lalu 2010 wa pertama kali menjejakkan kaki ke sekebun ni, dan itu lah juga pertama kali wa mengenali mereka 4 Al Ghazali. Terdiri daripada 14 lelaki dan 10 perempuan (masa tu). Tapi serius, masa ni wa sangat tension time nak masuk kelas diorang je wa jadi blur. Bukan sebab wa tak tau nak ajar apa, tapi tak tau nak buat diorang faham dan suka dengan subjek wa ajar. Antara kelas yang paling wa tak suka nak ajar tahun itu adalah 4G. Bukan kerana diorang, kerana wa sendiri belum tau silibus yang hendak diguna pakai.
Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Bagai semalam wa amik gambar ni.
Tahun 2011, wa pertama kali menjadi guru kelas 5 Al Ghazali. Wajah yang pernah wa kenal, dan tidak asing lagi. Wa jadi guru BI lagi. Genap 2 tahun berturut2 diorang dah nak muntah dengan wa. Huhuhu... Tapi 2011 wa tak berapa nak close dengan diorang. Sebab wa lebih banyak masa dengan tahun 6 Ghazali. Dan wa seolah-olah menganaktirikan diorang. Masa tahun ni 2011, beliau wa lantik jadi ketua kelas. Memang wa tak pernah pikir pun budak yang jadi ketua kelas time ni akan jadi student wa paling rapat dengan wa sekarang. Masa ni wa sangat supersedihrisau dengan diorang semua. Takut tul la camne tahun depan (sekarang) dengan BI diorang. Alhamdulillah ada yang lulus sebenarnya.
2012....Sekarang....
Time cuti lagi budak ni pernah menghubungi wa nak bagitau dia bersunat. Time tu wa kat KL. Wa pun tak sangka dan tertanya-tanya gak apasal la budak ni call wa guna phone mak dia. Dan dari bukak sekolah hari tu lagi beliau dah start rapat dengan wa. Tapi wa xde la bawak jalan2 lagi macam sudah2. 1st time wa ajak kuar pun sebab wa nak ajak beliau masuk tuition tempat wa mengajar. Wa tanya leklok dengan mak beliau dan wa dapat kepercayaan itu untuk membawa beliau tuition luar kat wa ngajar.
Ujian pertama dan ujian kedua, beliau masih lagi di takuk gagal. Wa pun tak tau nak wat camne. Susah payah bebenor tak macam Amirul. Tapi last exam adalah pertengahan tahun punya exam, beliau telah menluluskan dirinya sendiri. Tak sangka gak wa. Dalam kelas wa 9 orang lulus termasuk beliau, tapi takdelah yang tertinggi, kira cukup2 makan la.
Last week 18 Jun 2012, sekolah tempat wa keje (wa kan tukang wat air kat kantin sekolah itu) telah mengadakan majlis temu murni (bukan temu dengan cikgu Murni sebab takde pun cikgu nama Murni, cikgu Tini ada lah..) yang diberi nama Cakna Cemerlang SKBN. Program ni bukan apa pun, hari mak bapak budak amik repot kad diorang, pastu budak2 yang dapat 5A dalam mid-year exam dapat habuan. Pastu kelas wa (eh..tukang wat air cam wa pun ada kelas ke???) kan 6Al Ghazali. Kelas cencorot. Budak bantu lulus je. Alhamdulillah BI tahun ni untuk mid year 9 orang. Tahun lepas 8 orang masa midyear. Masa sebenar 5 saje. Hopefully tahun ni ramai la yang boleh ditolak ke depan. Seperti yang wa cerita tadi, beliau lulus subjek wa dan satu-satunya lelaki dari kelas wa yang lulus semua 5 subjek UPSR. Dah lulus semua sekurang2nya, sekolah janji akan bagi hadiah. So hari temu murni tersebut, maka naiklah beliau ke pentas bersama ibunya. Wa time dia naik ke pentas tu rasa sayu sangat. Syukur ada, gembira pun ada sebab beliau lulus, Wa nak polish lagi beliau bersama-sama pelajar yang lain.
Jadi ini lah beliau, cuma masih relevankah wa istilahkan sebagai wkh wa tahun ni. Wa reveal dari belakang je. Hahaha,,,, leh teka ke yang mana satu kalo di compare semula dalam pic tahun 2010 ngan 2011 di atas sana???
0 comments:
Post a Comment