Mungkin sudah biasa kita dengar bahawa sorang laki boleh jadi bestfren kepada lelaki yang lain, dan tidak kurang juga kepada yang berlawanan jantina. Tapi kalau wa dengan beliau, wa tak rasa bestfren, wa rasa beliau more than seorang kakak kepada wa. Mungkin kerana kehadiran kami ke Sekebun ini pada tahun yang sama menjadikan kami lebih arnab, maafkan saya, lebih akrab berbanding dengan guru2 lain. Tapi wa tak nafikan memang ada yang memandang serong dengan keakraban kami dan hanya sebilangan sahaja yang mengerti apa yang kami lalui.Apatah lagi beliau adalah seorang ibu tunggal.
Banyak benda yang wa lalui either yang suka malah lebih banyak yang duka. Kalau wa ada problem masalah pun wa akan stori kat kak Mi. Oh ya, wa panggil beliau Kak Mi. Sepanjang kenal pun beliau la yang banyak memberi nasihat kepada wa apatah lagi sepanjang wa memiliki 3 orang WKH, beliau jugak la antara orang yang banyak mengetahui kisah wa.
Yang pasti, wa sentiasa ada ke mana sahaja program tahun 6 yang beliau rancangkan. Dari perjalanan ke Gambang 2010, menaiki Keretapi 2010, ke Bukit Merah, Pulau Redang, Gambang lagi sekali, Kem Anjung Ilmu 2011, dan untuk 2012 ni antaranya ialah ke Tunas Ilmu, Kem Kepimpinan Di Kem Askar, Perkelahan Di Sekayu, dan latest Perjimbaan Ke Negeri Sembilan, Melaka Dan KL, yang pastu muka wa akan terselit. Sampaikan ada yang cakap asyik2 muka wa je yang ikut, tak kurang juga yang beranggapan wa nih kroni beliau.
Ada jugak ketidakbestan yang wa dan beliau alami. Wa takkan lupa sampai bila2 berkaitan perkhemahan Pengakap tahun ini 2012 dimana hanya wa, dia dan cikgu Lutfi sahaja yang bertungkus lumus menhandle segala-gala sedangkan itu sepatutnya satu sekolah terlibat.
Tak sangka juga secepat ni wa kena tinggal. Yelah, dalam proses nak meningkatkan diri, beliau pula ditawarkan sebagai PK Ko di sekolah lain. Apasal la tak SEKEBUN???? WHY ?
Terima kasih Kak Mi kerana menjadi seorang kakak yang bukan kakak sendiri yang paling baik wa pernah kenal. Semoga berjaya di tempat baru.
0 comments:
Post a Comment