Monday, September 10, 2012

Selamat Menghadapi UPSR 6 Al Ghazali 2012


2009 yang lalu wa adalah seorang guru pelatih yang masih memerlukan latihan dalam skill2 mengajar kanak2 sekolah rendah. Masa tu wa menjalani latihan praktikum di SK St Michael 1 Ipoh Perak. Kalau kira ini lah sekolah pertama permulaan wa sebagai seorang pendidik. Di sana wa diberi tugas mengajar tahun 3. Masih dalam ingatan wajah2 Akim, Shaun, Keith dan semua2. Then wa akan dipostingkan pada tahun 2010. Tanggapan wa, dimana sahaja wa dicampakkan, wa mesti paling busuk akan diberi tahun 5. Dan paling extreme kalau wa diberi tahun 1. Tak mungkin wa menjadi guru tahun 6, kerana masa wa kat Ipoh pun pandangan wa terhadap pelajar tahun 6 ni macam terlalu extreme bagi wa.

Wa mula menjejakkan kaki ke SEKEBUN pada 4 Januari 2010. Sesaat wa sampai ke sana, wa memang tak diperkenalkan lagi kepada mereka. Yang wa tau wa follow Tecer Maria ke kelas2 yang beliau ajar pada tahun tersebut. Antaranya 4F 6G dan 3F. Tapi pada hari pertama wa ke sana, beliau tiada kelas 4G walaupun beliau juga mengajar 4G. Kemudian wa diberi kelas tahun 1 dan 2. Hanya 2 kelas sahaja. Super heaven bangat. Dan sungguh wa tak pernah mengenali murid2 kelas 4G.

Seminggu wa jadi guru tahap 1, tiba2 Tecer Maria cuti bersalin. Dan secara drastiknya wa kena tukar rentak dari tahap 1 ke tahap 2 apabila wa kena ambik semua kelas Tecer Maria. Pergh... Tiba2 wa kena ngajar tahun 6. Sungguh super siak wa pun tak tau nak ajar camne. Mula2 konon2 wa amik sementara Tecer Maria cuti, tapi, cuuuutiiilah sangat!! Rupa2nya cuti untuk selama2nya apabila beliau bertukar sekolah.

4G kali pertama wa menjejakkan kaki ke kelas diorang, wa rasa cam nak nangis... Ya Allah, nakhoromnya diorang. Dengan peralihan dari tahap 1 ke tahap 2. Kendian kelas G dikenali dengan sikap super siaknye. Dan juga level yang tersangat extreme lah lower nya pun adoi ter ber mer.....


Wajah2 inilah yang pernah suatu masa dahulu tidak ada seorang pun yang menjadi wajah kesayangan hamba wa. Mungkin kerana wa kerap bersama-sama dengan tahun 6 dan menjadikan wa guru yang kurang akrab dengan mereka. Tapi mereka tidak pernah lupakan wa, baju biru yang wa pakai itu adalah hadiah hari guru dari hasil kutipan dikalangan mereka sendiri. Hadiah yang paling bererti buat wa tahun itu. Dan juga mungkin kerana WKH wa tahun itu adalah Hisham, maka mereka seolah2 dianaktirikan.


Mereka membesar dan berubah betul2 di hadapan wa. Dengan mata wa sendiri wa lihat perubahan mereka. Tahun 5 2011 wa diberi tugas menjadi guru kelas buat julung2 kalinya. Dan kelas 5G bertemu dengan wa buat kali ke 2. Tapi wa juga masih mengajar tahun 6 jugak. Asam garam pahit manis sebagai seorang guru kelas dikongsi bersama dengan mereka. Tapi betullah, walaupun wa guru kelas mereka, disebabkan wa lebih banyak meluangkan masa dengan tahun 6, maka mereka masih dipinggirkan oleh wa dengan secara serius. Dibayangi pula oleh WKH wa tahun itu si Amirul, lagi lah wa tak ambil berat dengan diorang. Cuma wa risau kerana 2 tahun bersama wa, mereka semua masih di aras yang sama. Blur2 dan macam tak pernah belajar apa2 pun.
Kemenangan kelas terceria 2011

Ni masa tahun 2010 

Sambutan hari raya tahun 2011 

Kini........
2012 menjelma jua. Wa tahu saatnya semakin hampir, dan wa masih berani mengambil risiko mengajar mereka lagi. Tapi kali ini wa juga menjadi guru kelas mereka. Ini bermakna, dua tahun berturut2 wa jadi guru kelas diorang. Dan diorang pulak buat kali ke3 menatap wajah wa, menahan telinga mendengar tuturkata wa, menerima pengajaran wa. Dan wa tahu, bila mereka tahun 6, bermakna akan banyak masa diluangkan bersama. Ketawa bersama, kadang2 menangis bersama. Dan kali ni hati wa betul2 jatuh pada mereka. Wa kenali mereka selama 3 tahun. Dalam masa 3 tahun ini lah wa belajar cara mengajar dan mereka lah sebenarnya bahan experiment wa yang terulung selepas tiga tahun menuntut ilmu dengan wa.

Gambar kelas 6G 2012

Sambutan hari raya 2012

Kelas malam terakhir (akan diceritakan pada n3 akan datang)

Gambar kelas sambutan hari raya 2012. Baju wa sama dengan tahun lepas...


Dan saat wa menulis n3 ni, dalam masa beberapa jam lagi pada tarikh 11 September 2012, mereka semua akan berjuang menghadapi UPSR. Apabila mereka habis nanti, habis jualah pengajaran wa dengan mereka. Saat ini wa mula rasa sesak dengan mengajar tahun 6. Kalau lah boleh, wa taknak lagi mengajar tahun 6 tahun depan, kerana wa pasti akan jatuh sayang dengan mereka, dan sayang ini bermakna mereka akan pergi. Itu yang wa tak nak lalui. Kalau dulu wa ditinggalkan batch tahun lepas, sekurang2nya wa masih ada batch diorang tahun ini. Tapi lepas mereka pergi nanti, wa sudah tidak ada pewaris legasi lagi. Maybe wa akan diturunkan ke tahun 3. Huhuhu... Mereka datang dengan cinta secara banyak, dan secara banyak jugaklah mereka akan pergi. Wa doakan mereka semua peroleh kejayaan yang selayaknya mereka terima. Selamat berjuang anak2ku.... SIR akan rindukan korang semua....

0 comments:

Post a Comment