Monday, December 31, 2012

Malam Ini Janggal Kurasakan

Ok fine, wa gagal untuk menggenapkan seratus n3 untuk tahun ni sebab masih ada sehari sahaja lagi untuk wa bernafas dalam tahun 2012 ni iaitu esok. Alhamdulillah semua perkara yang membuatkan wa bz sepanjang cuti sekolah baru2 ni telah pun berakhir, Segala2 nya berjalan lancar dan wa memanjat kesyukuran yang teramat kepada hadratMu ya Allah atas kurnia dan rahmat yang diberi.

Majlis wa dijadualkan berlangsung pada 25 December 2012 dan pada 24 December sehari sebelum tu, bagai nak nangis wa menlihatkan keadaan cuaca yang super teruk. Dengan kejadian banjir yang menimpa kawasan sekolah wa (mujurlah kampung wa tak kena). Pastu hujan tak berenti. Angin kuat membawa hujan yang membasahkan. Kadangkala hati wa terdetik jugak rasa sesal kerana mengadakan pada tarikh tersebut. Dengan kanopi yang beralih kedudukan, dengan air yang bertakung, wa sentiasa berdoa agar kepayahan ini berakhir.

Pagi 25 December cuaca redup je. Tiada angin, sekali sekala datang rintik hujan menyembah bumi. Seawal pagi wa bergerak menuju ke Kg Tepoh untuk mempikap anak2 murid wa sebagai pekerja kontrak. Hehehe.. Wa dah sedia maklum kat setiap parents tentang tujuan wa meng kidnap anak2 diorang. Dengan hadiah sehelai baju yang wa beli di Mydin, mereka sungguh komited dengan kerja pembersihan pinggan. Huhuhu...




Kumpulan Oren Katanya...


Dan pengakhiran hari kenduri wa sangatlah syukur. Tiada kebasahan, walaupun tiada juga sinar mentari, tetapi redup yang panjang mengiringi kenduri itu. Alhamdulillah. SYukur pada Mu ya Allah.

Hari ni 30 Ogos 2012, belangsung sudah proses pendaftaran kelas sesi 2013. Sekali lagi wa diberi tugas menjadi guru kelas tahun 6G. Hakikatnya 6G 2013 ini tidak pernah menjadi anak murid wa, jadi kebarangkalian untuk terjalin kasih sayang mungkin tidak seerat 6G 2012. Mungkin tiada WKH lagi. 

Selain tahun 6G, wa jugak ngajar 5F dan 3F. Untuk kali pertama wa akan mendalami KSSR. Hurm...  Dah la kelas depan. Tak berapa menseronokkan sangat.

Selamat Tahun Baru....

2 comments:

sangkuriang said...

jutaan tahniah buat saudara.. menamatkan zaman bujang..

AFAD said...

selamat perantin baru din.. letak la gambar sanding.. thn ni azam ber 3 pulak ye.. hehe..

Post a Comment