Tuesday, January 1, 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013

Awal tahun baru...Wa dah setat mentulis sesuatu ke? Heheheh.. wa tengah boring ya amat sekarang. Semalam wa tak lepak rumah wa, sebaliknya wa balik ke rumah mak wa sebab wa takut terlajak tido tak bangun2 lak nanti. So pagi hari pertama persekolahan wa bergerak dari rumah mak wa. 

Hari pertama persekolahan. Macam biasa, dimeriahkan oleh kedatangan para ibu bapa yang menghantar anak2 mereka yang baru mula menjejakkan kaki ke tahun 1. Biasalah tu, semua ibu bapa pun macam tu. Hatta anak yang ke 7 pun masih nak menemani anak2 mereka.

Pagi ini hujan mengiringi perjalanan wa bertemankan Shiro menuju ke sekolah. Wa kuar macam biasa 7am, tapi entah kenapa perjalanan hari ini sangat tidak superkacis kerana jem semacam je wa tengok. Maybe sebab hujan, dan kedua sebab hari pertama persekolahan kot.

Seperti yang wa menceritakannya pun adoi ter ber, wa menjadi guru kelas tahun 6 lagi. Kali ni kelasnya bukan kelas tahun lepas. Dan hati wa sedikit gusar sebab ada di antara pelajarnya ada kes dengan wa. Memang wa rasa ada aura superbenci yang meluap2 dari kelas itew....

Selepas rehat, buat kali pertama wa menjejakkan kaki ke kelas 6G. Dan macam biasa wa intro sikit2 then wa bagi soalan exam terus. Saje nak test bebudak ni ngan kertas dua BI. Lepas dah setel ujian wa diskas pasal pelantikan ketua kelas. Memandangkan mereka lebih kenal antara satu sama lain, jadi wa memberi kenbebasan untuk mereka memilih siapa yang layak jadi ketua. Hasilnya, budak yang wa target memusuhi wa pulak yang mendapat undian tertinggi. Hurm...Tak taulah tapi wa tengok budak tu biasa je, okey je sembang dengan wa tapi takdelah pulak nak bermusuhan dengan wa. Jangan2 wa je kot yang merasai sedemikian.

Kelihatan para ibu menemani anak2 mereka yang baru menjejakkan kaki ke Sekebun

Ada satu kata-kata yang membuat wa agak sendu apabila ditanya siapa WKH baru tahun ni. Hahahaha... Baru 1st day dah nak kena ada WKH ke? Wa ada sorang anak murid pompuan, ekcely bekas anak murid la sebab tahun ni wa dah tak ajar beliau. Nama beliau Putri, boleh dikatakan agak kacis dengan wa, dan banyak juga menceritakan apa sahaja cerita dengan wa. Kalau dia lelaki, sah2 wa dah jadikan dia WKH wa yang baru sebab dia suke datang kat wa. Hari pertama lagi dah jumpa wa menyatakan sedih sebab bukan wa cikgu BI dia. Tapi demi kebaikan dia jugak, biarlah Tcr Sham yang ngajar dia. Wa tahu beliau hanya sekadar mensedapkan hati wa saja. Padahal dalam hati memang tak mengharapkan wa pun...

Sekolah masih di sini, tapi WKH sudah tiada. Wa terasa amat kehilangan apabila tiada lagi wajah yang selalu menanti wa di bilik guru, atau di tempat letak kereta time nak balik. Tiada lagi sebab2 untuk wa berlama-lamaan di kelas 6G. Ya Allah, kuat betul kasih sayang ini. Wa sangat teringatkan setiap saat yang wa habiskan bersama. Dari tahun 4 sehinggalah tahun 6. Kini wajah itu tidak ada lagi di bumi Sekebun ini.

0 comments:

Post a Comment