Friday, April 19, 2013

Demi Hafizam ..... Part 2

Maafkan wa sebab wa amik masa 3 minggu untuk menghapdet apa yang terjadi seterusnya kepada WKH. Hari kakak aka sang ibu nya WKH ke sekolah, wa dirumah sendirian. Yelah, minggu cuti persekolahan masih lagi bersisa dan wa macam rasa tak sedap hati je. Dalam jam 12 tghari wa mentelefon kakak dan bertanya keputusan sekolah terhadap penggantungan sekolah beliau. Akak menjawab baru saja pulang dari sekolah, suaranya sayu kadangkala mendatar. Ada sendu yang berlagu dihujung suaranya. Wa faham perasaan beliau.

Cerita punya cerita, dipendekkan cerita apa yang wa dapat tahu 
1. Sekolah mengakui WKH wa bukanlah budak yang ada bad record malah dalam kelas pun budak yang innocent je. Cuma kesilapan dalam berkawan dan sekolah mahu memberi pengajaran sebelum kejadian lebih teruk berlaku, beliau dikenakan hukuman gantung sekolah seminggu selepas dibuat rayuan.

2. Memang berlaku kes dengki dalam hal ini kerana nama WKH wa dipetik oleh kawan sendiri kerana kawan itu terlebih dahulu ditahan.

3. WKH wa sudah terbiasa dengan cubaan memintak duit dengan kawan2 sekadar suka2. Bukan threaten sangat pun, tapi disalah anggap oleh orang yang melihat kelakuan WKH wa.

4. Buat pertama kali wa diam je semasa bersembang dengan akak kerana wa lebih banyak mendengar tangisan beliau dari gelak ketawa beliau.

So, soalan akhir wa , lepas ni anak akak takleh kuar ke sepanjang kena gantung? Mana tahu kena detention dalam rumah seminggu. Sengaja wa cuba mewujudkan suasana ceria untuk keluar dari awkward moment yang sedang wa hadapi sekarang. Akak pun menjawab dalam nada sedikit bergurau " Sir nak culik anak kak ni amik lah, takpe dia dah kena hukum pun dengan abg (ayah si WKH) ni...." sambil beliau ketawa.

Mujurlah, akhirnya ketawa jugak akak tu. Memang wa ada sedikit gusar manalah tahu sang anak sudah forbid dari datang rumah wa. Yelah, nak ajar sikit supaya budak tu beringat.  Kesudahannya..wa pulak yang membebel kat WKH bila dia datang lagi. Ada jugak la bebelan yang berunsur perli memerli ni. Lastly wa harap inilah kes terakhir yang beliau lalui.. Dia janji dengan wa..

Kadang2 wa rindukan beliau semasa tahun 4. Sangat la inesen dan lurus...

1 comments:

Muhammad Syahmi said...

Sabar je la... Nk buat mcm mana. Klu org dah sangka buruk atas tindakan kita...

Lain kali, xleh la gurau mcm tu lagi...

Post a Comment