Friday, April 19, 2013

Sebab-Sebab RaYaP berdebu...

Assalamualaikum... tak jawab berdosa.. Hahaha. Wa dah lama tak hapdet rayap neh. Sebab-sebab wa tak hapdet rayap ni adalah kerana :

1. Wa busy yang teramatlah busy sebaik sahaja selepas cuti berakhir. Sapa cakap keja cikgu ni mudah. Gi sekolah, ngajar dan balik. Sangatlah tidak seperti yang disangkakan. Nanti wa citer apa keje2 wa kena buat

2. Ada sesetegah orang yang kenal wa dan folo blog wa tanya apa kesudahan citer WKH wa selepas kena gantung. Nanti wa hapdet.

3. Busy wa yang pertama adalah wa menguruskan kem anjung ilmu yang bersiaran di sebuah resort kat Marang. Kenapa wa? Dah wa penyelaras UPSR. Tapi wa rasa kerja wa dah jadi senang dengan pertolongan cikgu2 lama yang lain.

4. Wa busy yang ke2 kerana wa menyertai Smart English YDSM yang baru je melabuhkan tirai. Wa trained bebudak action song. Lain2 telah dihambik alih oleh kakak2 wa yang lain.

5. Smart English dah abes tapi disusuli pulak dengan Karnival Bahasa Inggeris yang baru je berlalu minggu ni dan wa telah menggunakan kumpulan yang sama untuk action song untuk pertandingan action song la.

6. Wa sebagai pengurus pasukan bola baling sekolah telah disuruh menghantar pasukan bola baling yang akan berlangsung di sekolah adik angkat wa (WKH) nanti bermula hari Ahad ini.

7. Wa ada migrain.. huhuhu minggu depan nak diadakan kem Sinar pulak di sekolah, sekali lagi wa akan sakit kepala.

8. Blog wa bukan ramai sangat readers pun wa nak hapdet selalu. Lagipun bosan sangat la isi blog wa. Takde enrichment langsung.

9. Wa rasa macam nak private la blog ni sebab ada dikalangan anak2 murid wa yang baca blog ni dan tau banyak perkara pasal WKH wa. Wa takut WKH wa jadik malu.

10. Wa akan cuba hapdet satu persatu...




1 comments:

Muhammad Syahmi said...

Uish.... Janganlah diprivatekan... Nnti xdpt nk bace...

Post a Comment