Tuesday, January 14, 2014

Tak Semua Yang Suka

Semakin lama semakin jarang pulak wa mencoretkan sesuatu di rayap. Tapi hit preview tetap ada. Maksudnya dalam 5 tahun berkecimpung arena pembloggan ini, still ada yang sentiasa mengharapkan wa hapdet apa2 dalam ryp ni.

Mostly ryp wa lebih banyak berkisarkan pahit manis sejak wa menjadi penuntut di IPGM IPOH lagi. Di sana wa belajar dengan Kak Nisah dan dia yang bertanggungjawab memperkenalkan blogspot ni kepada wa. Dan masa mula2 wa menulis pum tak pernah fikir pun nak fokus dalam hal apa pun.

Nak dijadikan cerita wa lebih banyak menjadikan kisah WKH dalam ryp wa bermula dari wa praktikum lagi. WKH bukan sesuatu perkara yang sengaja wa nak highlight kan tetapi itu adalah antara benda yang membuatkan hidup wa menjadi berwarna-warni. Wa hidup sampai ke hari ni pun diselangi dengan pelbagai kaler. Apa lah salahnya kalau wujudnya karekter WKH ni menjadikan wa lebih banyak belajar dalam mengenali karenah kanak2 yang sudah tentunya wa akan hadapi lagi masa akan datang.

Bukan mengadu bukan terasa, tapi semua benda tak semestinya disenangi orang seratus peratus. Ada perkara yang menjuruskan kepada kebaikan yang membuatkan orang lain suka, dan adakalanya mereka mengatakan wa tidak ikhlas dalam mengajar.

Last year wa berjaya dari meletakkan sayang pada mana2 budak kerana wa tau wa takkan jumpa lagi budak yang seperti Hafizam. Serebellious mana pun Hafizam, wa tau dia pasti kembali kepada wa. Beside wa masih lagi berhubung dengan budak itu.

Several n3 before wa ada menceritakan beberapa perkara mengenai kata2 gurauan dari seorang yang wa panggil kakak supaya wa perlu ada seorang WKH tahun ni (2014) supaya semangat bersungguh2 dari wa pun perlu, dan wa perasan ada 3 komen je dari n3 itu. Ustaz Syahmi pun macam setuju, si Haslil ni pun macam sokong, tapi wa tak tau sape yang TAK BERANI nak letak ID sendiri dan guna anonymous sahaja memberikan komen seolah2 tak berapa setuju dengan istilah WKH ni. Seolah2 wa ni tak ikhlas pulak nak mengajar orang lain. Kalau betul nak bagi pandangan pun, tinggalkan la ID dek non oi. Barulah wa tahu lu cmne, Lu tau ke keje wa camne. Lu cikgu jugak ke? Manelah tau lu sebenarnya salah seorang tenaga pengajar sekebun ke. Berdepan la dengan wa. Bini wa tak tak kata apa pun sebab dia memahami. 


Bak kata DIVA EH EH, why bother why bother why bother? Setiap komen wa terima. Manelah tau dia sebenarnya bekas anak murid wa. Jeles kot. Hahahaha...  Terima kasih, wa akan cuba ikhlaskan diri dalam memberi ilmu kepada anak bangsa. Pesan wa pulak, ikhlaskan diri dalam memberi komen... Silalah letak ID kalau ikhlas. 


Published with Blogger-droid v2.0.10

4 comments:

Miss S said...

bukak blogger dashboard, rayap top story...tahniah2...hehehe

Mr M said...

Bukan top story... on the top je kan mula2 tu. Kalo top story tu mcm hot story la...

haSlil jAlinu said...

setiap perkara ada pro N kontra.. ada yg suka ada yg xsuka.. just teruskan apa yg lu rasa betul.. wa pasti lu tau apa yg buat..

Miss S said...

hahaha...alamak...len maksudnyer eh? btw sy rs ok pe cte2 psl wkh tu bcoz dlu sy pn pnh jd wkh ckg maths ms spm dlu...hahaha..tp xde la ckg tu pggl sy wkh..dia pggl sy anak emas...kihkihkih...tertelan semut byk sgt agknya ms f5 dlu sebab maths keje nak gagal je setiap test even dk kelas utk target students..berkat usaha ckg tu ajar, ms trial dpt la jgk B and finally ms spm dpt A utk paper tu...cte2 psl wkh ni memberi inspirasi jgk la utk sy jd guru yg sentiasa cakna ngn murid2 yg lemah ni sebab everyone ada potensi utk berjaya...sebab ckg yg jadikn sy anak emas tu la sy skrg minat nk jd ckg maths...anugerah dari kegagalan...

Post a Comment