Monday, July 7, 2014

Berikan Aku Sedetik Lebih

Genap 8 hari umat Islam menunaikan tanggungjawab ibadahj puasa di bulan Ramadhan. Wa masih macam biasa pose2 jugak, terawih kadang2 on, kadang2 off. 

Last Thursday wa menjemput WKH datang menemani wa selama 2 hari, sehingga Sabtu. Alhamdulillah wa punya WKH tidak cerewet untuk berbuka. Apa wa telan itu jugak la yang beliau telan. Hari Jumaat wa macam teringat yang esoknya (Sabtu) adalah ulangtahun beliau yang ke 14. Serius wa tak ingat sangat. Tapi bila terlintas yang hari Jumaat 4Julai, baru lah mari ke dalam kepala otak wa hari besday beliau.

Mula2 wife wa mesej tanya nak bagi apa untuk beliau. Wa macam tak tau sangat apa nak bagi. Banyak benda dah wa bagi. Dari baju, watch, buku, perfume pun amik wa punya yang dah belen2 tu. Then wa terpikir pernah suatu hari dia mintak beg sekolah. Tapi itu tahun lepas kalau tak silap wa lah.

Lepas Jumaat wa buat2 ajak kuar. Kononnya wa nak beli beg sandang untuk wa. Wa tanya la beg mane yang dia berkenan. Bila dia berkenan wa plak tak berkenan. Tapi itukan untuk beliau. So aci kira wa pun rembat la sebuah. Mula2 wa macam nak beli sebijik lagi untuk wa memandangkan tengah sale. Tapi nanti kan menjadi kepelikkan kepada beliau plak bila wa beli 2 beg pada satu masa. So alang2 dia yang kononnya pilihkan untuk wa, wa pun amik la beg tu. 

Sepanjang perjalanan balik tak henti2 beliau memuji kakacisan beg baru wa itu. Siap cakap beg lama wa yang wa beli tahun lepas diserahkan pada beliau. Wa kata

JANGAN HARAP!!

Hahahaha..

Sepanjang petang sampai waktu berbuka beliau asyik tanya wa

"Sir tau tak esok hari apa?"

Wa cakap tau, esok hari Sabtu. Dia balas balik bukan Sabtu biasa. Wa pun selagi mampu buat tak tau wa cakap la esok Sabtu bulan puasa, sebab tu bukan Sabtu biasa. Dia jadi geram bila wa buat tak tau. Tarik muka sekejap masing2 melayan diri.

Lepas je berbuka dia tanya lagi. Wa pun kata dah masuk Maghrib maknanya dah masuk hari baru. So wa pun wish la ulang tahun beliau. Dalam fb beliau dah berduyun2 manusia mengewish. Hahahah... Baru lah nak sengih melayan wa semula.

Dua tahun yang lalu





Selamat Ulang Tahun ke 14 Tengku Hafizam Tengku Arif. Sudah 5 tahun mengenali sir, tanpa segan silu menganggap masih wa seperti seorang abang, banyak belajar dalam kehidupan dari wa dan kadang2 banyak membuat wa naik angin pun ada dengan tingkah laku budak yang hendak membesar. Kadang-kadang bertanyakan soalan yang pelik2 pun ada, dan membuatkan wa terfikir yang maybe inilah bakal dihadapi oleh seorang ayah dengan pertanyaan pelik2 dari seorang anak.

Soalan yang pelik2 pernah dia tanya wa

1. Bagaimana anak kembar terjadi?

2. Sembahyang mayat macam mana?

3. Kahwin tu penting ke? - kes dengar iklan radio era yang ending dia ada cakap "Yang penting dah nikah, ye dok?"

4. Senggugut itu apa? - dengar Johara era jugak ada sebut benda ni.

Rasanya mungkin ada lagi, setakat yang wa ingat ini je lah. Mungkin hari ni masih lagi sudi mengangkat wa sebagai seorang ahli keluarga beliau, tapi wa sentiasa bersedia jika beliau perlu untuk wa lepaskan. Jikalau sampai masanya, pinjamkan aku sedetik lebih untuk kukenangkan.

5 comments:

Muhammad Syahmi said...

Hahaha macam mana tak marah kalau ada orang 'tak ingat' birthday dia...

lan said...

so sweets...

Anonymous said...

Semoga anak akan sentiasa mengingati sir smpi bila2...Insha Allah...Amin

Mr M said...

Ada komen, bermakna ada orang menjenguk... Ustaz Syahmi, Lan, cik Anon... terima kasih kerana sudi menjenguk.

Anonymous said...

Saya sentiasa menyokong penulisan Sir M. Teruskan mencoret new N3.Saya sentiasa ternanti2 cerita terbaru dari Sir M..Gud luck for you...;-)

Post a Comment