Tuesday, September 16, 2014

Bila WKHs Berkumpul

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan dah lepas.. Salam Syawal lah plak.tu pun dah lepas...... sebenarnya ni cerita lama. Wa nak post n3 ni sejak lepas aidilfitri lg tapi asyik draf je...

Wah...bersopan santun lak kali ni wa siap beri salam bagai. Takpelah, jwb la salam kalo terbaca salam di atas. Apa nak coret kali ni ek? Sementara masih ingat, ekcelly this thing happen oredi more than 5 weeks ago... Hahahaha.. itulah terjadi bila wa mencuba menspeaking London. Raya dah lepas beberapa minggu lepas. Tahun ni raya serba sederhana. Bukan apa, kerana keadaan tidak begitu memihak.

Wa mengajar dah hampir 5 tahun dan Insyaallah tahun ni merupakan batch yang ke-5 yang mengambil UPSR dibawah didikan dan ajaran sesat wa. Haish... tak la sampai sesat. Insyaallah ada je yang berjaya.

Tahun pertama menjadi tecer, wa tak rasa sangat kehadiran anak2 murid wa datang beraya. Almaklumlah, bebudak sekolah rendah. Wa bukan duduk sebelah sekolah pun kan? Sah-sah takde budak yang mampu datang beraya rumah wa pada masa itu. Campak belakang sikit lah boleh? Tahun pertama WKH wa adalah.... jeng jeng jeng si budak penangis Fairul Hisham. Masa tahun 6 wa dah banyak kali citer dan boleh dikatakan menjadi sebahagian besar sebab-sebab rayap ini hidup kerana banyak pengalaman kali pertama menjadi guru diceritakan di dalam rayap. Tak yah la campak banyak sangat k.
Ni la WKH no 1. Namanya Fairul Hisham. Kalau di flashback balik, mostly bebudak yang jadik WKH wa memang berasal dari budak yang wa tak suka pada awalnya. Dia antara pelajar yang suke menjawab dan agak kurang ajar. Pernah sekali kena basuh dan menangis, barulah beliau berubah menjadi baik.


Wajah beliau kini


Tahun 2011 - WKH no 2, sape lagi kalo bukan Si Amirul. Antara pelajar yang paling banyak menguji wa sebagai cikgu. Kadangkala mesra, kadangkala jauh. Sebelum mentinggalkan sekolah pun ada kes dengan wa. Tapi beliaulah satu2nya bukti wa mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari kelas belakang yang mendapat A dalam subjek wa.
Penampilan istimewa Hafizam. Dulu wa selalu rasa Hafizam ni macam merimaskan sebab dia selalu mengganggu bila wa dengan Amirul. Tapi yang mengganggu itulah kini menjadi WKH agung wa sampai sekarang...

Lagi gambar si Amirul

WKH 3? Rasanya tak perlu dimasukkan dalam citer kali ni. Sebab dah banyak sangat citer beliau. Tapi amiklah pic ni sebagai hiasan




Kenapa wa nak citer semua benda ni? Boleh dikatakan 2 orang WKH wa yang pertama tu kini semakin membesar. Sorang tingkatan 4 dan sorang tingkatan 3. Macam wa cakap tadi, awal2 dulu tiap kali raya memang takde la anak murid yang nak datang raya. Tapi sekarang anak murid sulung dah tingkatan 4, dah reti nak merempit. Mereka datang bersama2. Bersama2 pelajar yang pernah wa ajar jugak. Tak sangka jugak Si Amirul yang datang. Bukan apa, last2 sekolah dulu dia antara pelajar yang melarikan diri dari wa. 

Enam orang datang sekaligus. 2 wkh datang sekali. Cuma WKH3 je tak datang. Boleh dikatakan pelajar yang pernah kena tangan dengan wa yang datang. Depan sekali Akram, dulu pelajar yang nakal dan selalu kena tarik telinga, baju pepel si Hafizuddin, baya Hafizam. Pernah ada kes bertiga wa sendiri dah lupa kes apa... Dalam rayap ada citer tapi wa malas nak carik.. Kanan sekali si Fairul Hisham, dah citer kat atas. Si Luqman, sebelah Hisham antara pelajar yang banyak bersaing dengan Amirul satu masa dulu dalam subjek BI. The pink one is Amirul, semakin berisi dan tinggi. Dan sebelah wa sorang lagi adalah Aizad, bukan kelas wa dulu, tapi dia pernah cakap dia jeles bila wa asyik dengan Amirul.


Datang melepak dari Zohor sehinggalah Asar. Lama jugak diorang lepak rumah wa sambil melayan movie. Tapi Si Amirul macam kurang sembang dengan wa. Mungkin kejanggalan dulu masih terasa sampai ke hari ni kot. Tak kisahlah, asalkan diorang sudi datang raya rumah wa. 



Wa hantar pic kat Hafizam yang menunjukkan diorang datang beraya ke rumah wa, sekali beliau balas...

"Takleh jadi ni, esok Fizam kena datang beraya dengan Sir"


Nak jadikan citer, esoknya si Fizam datang. Tapi wa tak amik gambar plak. Sebab mungkin dia datang bersama2 sepupu2 dia yang kurang mengkenali wa, so x berapa nak rasi untuk bergambar. Lagipun mungkin sebab dah berlambak gambar beliau wa snap...

Sampai jumpa lagi.....

3 comments:

Muhammad Syahmi said...

Si Hafizam jeles tu bila Amirul dengan sorang lagi tu datang rumah cikgu...

Kalau saya jadi Hafizam tu, confirm saya pun jeles...

Start saya follow blog Rayap ni pun, banyak cerita pasal Hafizam saya baca. Tapi, kali ni, si Hafizam di'tiada'kan gambarnya... Ada sedikit frust. Hohoho...

Mr M said...

Salam ustaz Syahmi, dah lama ustaz mengkumen tapi saya tidak berkesempatan untuk memabalasnya. Sy pun baru perasan Hafizam dikatakan ditiadakan gambarnya, sebenarnya gambar beliau ada, cuma dikaburkan, ala, gambar jari tu sbnrnya gambar beliau laaaa... Okey tq ustaz. Insyaallah saya akan hapdet lagi wajah hafizam terkini

Muhammad Syahmi said...

hehehe... maksud saya 'ditiadakan' tu macam tak banyak macam entry2 sebelum ni... hehehe... dia dah tingkatan dua kan sekarang ni...?

Post a Comment