Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah berbulan2 rayap still berdebu dan berabuk. Wa sangat super malas extra ya amat. Padahal sekarang ni musim cuti je pun.Tapi cuti wa pun dah nak berakhir. Kadang2 wa tak paham la nape wa super malas nak hapdet rayap ni. Kalau dulu pantang ada story wa cepat2 hapdet. Skrg ni macam yang wa pernah story segala online wa online ikut smartfon. Alhamdulillah, dah masuk 2 tahun phone wa masih berfungsi dengan baik. Layan 9gag pun ikut phone.
Akhir2 ni hujan turun membanjiri beberapa kawasn di area Terengganu. Kehidupan wa hanyalah berhibernasi di dalam rumah dan kadangkala membawa adik wa menghadiri ujian2 kemasukan ke tingkatan 1. Alhamdulillah, adik wa salah seorang pelajar yang mendapat 5A UPSR 2014.
Okey...jom kita masuk mood sedih.
Kadangkala Tuhan sengaja menguji kita dengan kasih sayang yang hadir bukan sahaja dalam bentuk lisan, praktikal, malah ihsan juga mampu menguji perasaan persahabatan yang terjalin walaupun sebentar cuma (awat? dah pelik semacam ke bila wa berpuitis bagai?)
17 Disember 2014 yang lalu wa sekali lagi merasa kehilangan. Bukan kehilangan orang tersayang, tetapi salah sorang yang menyayangi wa sebagai adiknya. Wa menguatkan diri untuk mencalit sedikit sebanyak kenangan bersama beliau di sini.
Wa hadir di Sekebun 2010 dan wa masih meng-scan beberapa orang guru di situ untuk menaruhkan sepenuh kepercayaan dan mungkin juga separuh kepercayaan pada mana2 individu. Beliau adalah seorang guru yang pada pandangan wa sangatlah sukar untuk dihampiri, malah sangat diva dari segi lagaknya. Suaranya yang lantang dan terkenal dengan sikap bengis. Pada pandangan wa lagi, beliau sangat tidak mungkin menjadi kawan dengan wa yang sangat pendiam ni (kadang-kadang je bising). Tapi mungkin disebabkan kami bekerjasama dalam jentera tahun 6 pada tahun tersebut, memberanikan diri merapati beliau dan barulah wa sedar beliau seorang kakak yang peramah.
Dari seorang yang zero dalam bidang ni, mejadikan wa semakin matang dalam setiap perkara, menemukan wa dengan 3 orang kakak yang sangat super sporting. Dah lah 2012 salah seorang dinaikkan pangkat bertukar ke sekolah lain, itupun dalam pahit manis harung bersama, beliau pergi jua. Hari2 tanpa kakak sulung pada mulanya agak sukar, malah wa tanpa segan silu menitiskan air mata di khalayak ramai semasa beliau memberi ucapan selamat. Maka tinggalah wa bersama kakak no 2 dan 3.
Kenangan bergambor bersama dengan kakak sulung. Berdiri dari kiri Ustazah Azyan (no 1), Tecer Nurul (no 3) ngan Kak Zan (Kakak no 2). Depan tu takde kakak ye..dia adik bongsu. Hahahah
Kali ni empangan air jernih pecah sekali lagi, meskipun tanpa dihadiri oleh khalayak ramai, malah banjirnya lebih laju apabila tarikh keramat 17 Disember beliau iaitu kakak no 2 yang selama ini banyak bekerjasama dengan wa dalam jentera tahun 6 menyatakan bahawa beliau tidak lagi akan menjejakkan kaki ke Sekebun pada tahun depan. Wa pun tak tau kenapa, kalau cikgu lain wa bersahaja dengan khabaran itu, tapi apabila beliau yang wa panggil kakak no 2 ni, wa rasakan memang pada hari tersebut adalah hari yang redup seredupnya bagi wa. Bagi wa kerja2 selama ni menjadi lebih seronok apabila bekerja dengan beliau. Tapi tahun depan tiada lagi gelak tawa (atau wa boleh panggil hilaian) suara beliau lagi. Makin tidak serunak rasanya untuk wa bekerja tahun depan.
Walaupun beliau kini semakin jauh, wa rasa sukar untuk menerima hakikat yang beliau kini bukan lagi warga Sekebun. Dahulu kenal pun 2 tahun dengan kakak sulung, tapi setahun baru wa buleh terima hakikat, kini Kak Norizan pula mengikut jejak beliau, maybe setiap hari la wa merindui beliau.
Puan Norizan bt Mat Dris di tengah-tengah. Pemergian beliau (ke sekolah lain je...bukan jauh pun) diiringi dengan tangisan kami berdua yang masih di Sekebun.
1 comments:
Samalah... saya pun dah lama juga tak hapdet blog. Huhuhu...
Memang terasa kalau rakan sekerja yang rapat dengan kita berpindah. Bukan senang nak bina sesuatu hubungan tu sampat betul-betul boleh bekerja dengan seronok...
Post a Comment