Wednesday, May 4, 2016

Redup Yang Pergi (Buat selamanya)




Dua hari terakhir ni view hit RYP seolah-olah meningkat. Wa sendiri tak tau kenapa wa macam dah tak berminat untuk mentulis sesuatu tetapi ada sebahagian rakan di alam maya berhak tahu kerana mereka mengkenali watak2 dalam RYP wa nih.


Berita ini di petik di SINI


Nahas ngeri ragut nyawa dua remaja


Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my

Permaisuri: Dua pelajar lelaki maut dengan seorang daripadanya putus kepala selepas terjatuh dari motosikal masing-masing sebelum digilis kereta dekat Kampung Gong Kubur, Permaisuri, di sini, petang tadi.

Difahamkan, kemalangan ngeri jam 5.20 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 17 tahun yang belum diketahui identiti, berkonvoi dengan 28 lagi motosikal menuju Wakaf Tengah di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang dari berkelah.

Namun setiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki dua remaja itu bergesel sesama sendiri sebelum mereka terjatuh ke atas jalan.

Pada masa sama, sebuah kereta jenis Hyundai dari arah Penarik menuju bandar ini dikatakan gagal membrek lalu merempuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Maras dan Tepoh, maut di tempat kejadian dengan seorang mangsa putus kepala,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 11:00 PM



1 May 2016 adalah tarikh yang wa sekali2 x akan lupakan. Petang yang hening sambil menunggu waktu Maghrib, wa dikejutkan dengan satu panggilan dari nombor yang asing. Wa jawab, terdengar sayup suara Hafizam (WKH wa yang ke3).  Beliau  bertanyakan soalan yang pelik...

"Sir dah tau?"

"Tau apa?" jawab wa.

"Pasal Mirol (WKH wa yang ke 2)"

"Kenapa?"

"Mirol dah takde, eksiden moto"

Sunyi......................................................

"Sir???"

"Ye, sir ada sini" jawab wa. Isteri wa hanya memerhati. Satu persatu perkataan wa ulang balik memaklumkan kepada beliau - Amirul dah xde.

Pendek kata, berita yang wa kongsikan di atas adalah mengenai WKH wa 2011. Ustaz Syahmi, Tempoyak Goreng dan beberapa lagi rakan bloggers yang mengikuti kisah wa n WKH ni, wa nak maklumkan WKH wa dah pergi. Satu kehilangan yang agak memeranjatkan tapi apa boleh buat. Dah tertulis beliau akan pergi pada usia sekarang. Dipendekkan lagi ramai yang tau dia memang rapat dengan wa dahulu, dan berpusu-pusu  mesej masuk untuk memaklumkan kepada wa.


Demi Amirul, menjadi guru beliau adalah satu pengalaman dan cabaran yang paling besar dalam hidup wa. Pendek kata setiap cabaran yang wa terpaksa lalui ada wa coretkan dalam RYP ni 4 tahun ke belakang. Kalau dulu wa terpaksa lepaskan dari menjadi WKH lagi, tapi sekarang wa terpaksa lepaskan beliau pergi buat selama-lamanya. 

Dalam n3 ni wa ada sebut pasal petikan di bawah

"Kalau Amirul dah berjaya nanti, Amirul pergilah sekolah yang bagus2. Masa tu Amirul sudah pandai, malah lebih pandai dari Sir. Sir masih lagi di sekolah rendah. Kalau ingat, datang la sekali sekala melawat sir di sini"

" Kalau Amirul dah besar nanti, bila Amirul ingat semula apa yang Sir dah buat semua untuk Amirul, Amirul datanglah cari Sir. Masa tu Sir dah tua. Amirul kenalkan Sir dengan isteri dan anak-anak Amirul. Masa tu Sir harap Amirul dah bertambah berjaya"

"Kalau lah Amirul dapat tahu Sir dah tiada di dunia, dah mati, datanglah carik kubur sir ya. Sir tak banyak buat amalan sunat dan pahala. Doakan supaya sir dapat jadi orang yang diredhai Allah"

"Sebagai anak, Amirul jangan sesekali melupakan jasa ibu dan bapa. Jangan derhaka cakap ibu dan bapa. Sebelum melakukan sesuatu yang ke arah keburukan, ingatlah ibu bapa yang mahukan kita jadi yang terbaik"


"Akhir sekali, terima kasih kerana pernah menjadi anak murid kesayangan sir,"


Nampaknya belum sempat beliau dewasa, wa yang akan ziarahi kubur beliau terlebih dahulu


Wajah terakhir yang spread secara meluas. Kedua-duanya arwah dalam kemalangan tersebut.


Semasa raya 2013

Amirul, sir halalkan segala ilmu dan makan minum Amirul sepanjang bersama sir, ilmu-ilmu yang sir curahkan. Sir maafkan segala dosa-dosa Amirul pada sir. Tenanglah dirimu di sana. Moga suatu hari nanti kita akan berjumpa di akhirat kelak dan dipandang Allah dengan penuh kasih sayangNya.

3 comments:

tinta said...

moga tenang disana...

Anonymous said...

Semoga tenang disana.

Muhammad Syahmi said...

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un

Semoga beliau digolongkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan memperoleh syurga Allah.

Post a Comment