Hari ni 26 Januari 2012 Khamis. Setelah mengembalikan diri ke sekolah setelah hampir 5 hari bercuti kerana CNY, sekali lagi latihan cross country diadakan. Ini adalah bertujuan untuk membiasakan bebudak ini dengan trek larian pada hari kejadian sebenar nanti. Sehubungan dengan itu, wa hari ini telah mengambil keputusan untuk turut serta dalam larian cross country ini.
Latihan larian dimulakan selepas sejurus mendirikan solat Asar secara berjemaah di surau SEKEBUN. Lepas solat tu wa tegur la sorang cikgu yang dalam lingkungan 40an kot umurnya dan beliau adalah lelaki. Wa tanya dia cikgu nak lari x? Padahal mata wa dah tengok penampilan beliau yang berseluar slack dan berselipar BATA. Jawab beliau, dah tua2 ni tak payah la nak lari2 lagi, buat malu je. Sekali dia tanya wa plak. Wa pun jawab, kalau wa tak lari lagi la wa malu sebab wa masih muda dan gagah perkasa (matilah wa kena baling dengan botol oren).
Mula2 sekali sesi memanaskan badan la of kos. Wa? Wa keje2 mengambil gambor la. Tapi wa ada gak la duk depan sekali sambil jadi instructor.

Time ni la diorang pintas wa sebab wa berenti kejap amik gambor permandangan...Dah tak pelik lagi dah...
Wa berenti kejap. Serius kejap je. Sebab nak amik gambor. Seminit pun x sampai. Gambar pun sekeping ni je...
Pegawai lalulintas yang x bertauliah. Hehehehe
Akhirnya wa sampai jua di sekolah. Berenti jap melepaskan batuk di tepi tangga. Wa batuk namblas kali kot. Pastu wa blah. Patutla orang cakap melepaskan batuk di tepi tangga tu keja yang sia2, sebab lepas wa batuk, takde hasil apa pun. (wa tau la batuk yang sebenar dalam pribahasa tersebut adalah sejenis benda, bukan perbuatan)
Yeah...Wa suka sangat dapat lari2 anak ni.
0 comments:
Post a Comment