Yesterday wa ada meeting (macam siak je start ngan yesterday). Meeting ngan cikgu cikgi yang ngajor tahun 6. Perkara2 yang utama mestilah UPSR 2011 punya analisa. Yang pasti BI la jatuh merudum. Macam biasa setiap cikgu kena bagi sepatah dua kata tentang apa yang terjadi tahun lepas. 2010 5A 4 orang, then 2011 5A 3orang jerk. Macam BI pun sama la, tahun lepas 5 orang tahun ni 4 orang termasuk budak kesayangan hamba wa tuh. Mula cikgu BM yang bercakap, prong preng prong preng percakapan dari orang pengalaman 5-6 tahun mengajar. Pastu cikgu2 Maths. 7-8 tahun pengalaman..Wa duk penjuru meja berdiam diri jer sambil menjeling ke arah Tecer Izza yang sama-sama pengalaman 2 tahun UPSR. Dia setahun di Sarawak dan setahun di Sekebun. Wa 2-2 tahun di Sekebun. Masing2 menikuskan diri berharapkan tiada orang meminta untuk BI dianalisiskan. In your dreams la wa tak perlu nak bercakap... hahaha.. So dengan kondifennya wa menceritakan pasal kondisi kelas wa tahun lepas. Turn tecer izza plak berkali2 beliau meminta maaf sebab ketidakbolehan membanyakkan A dalam BI tahun lepas. Bagi wa, 3 orang dari kelas beliau adalah satu kejayaan sebab kalo dulu, tiada sorang pun yang A rasanya.
Paling best bila GPK wa mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada wa kerana menge'A'kan WKH wa aka Amirul Hakimi dalam subjek BI ni. Katanya lagi bukan senang nak menge'A'kan murid dari kelas G instead of kelas F. Wa tersipu2 kononnya. Hahaha padahal bangga. Yang wa risau 6G tahun ni. Wa tak jumpa lagi sape yang boleh ganti tempat Amirul, wa tak nampak sapa wa boleh polish sungguh2 macam tahun lepas.
Speaking of WKH, semalam wa dah citer pasal laptop wa kena virus autorun nakhorom hjadoo tu kan, so wa telah menemui juru IT sekolah wa aka Kak Diana si penjaga makmal untuk menolong wa menghapuskan autorun tersebut. Masa duk sembang, tiba2 je Kak Diana bertanya pada wa, tahun ni sape plak WKH Sir M? Hahahaharun Salim Bachik!!! Susah betul idup wa ni kalo semua orang duk perati sape plak jadik WKH wa tahun ni...
0 comments:
Post a Comment