Dari kiri Of A Man (Bodyshop), Polo Black, Guess, Armani Mania, Armani Code, Givenchy Play, Playboy. Emporio Armani Diamond, Hugo Boss Bottled, Hugo Boss.
Zaman2 aku mula2 pakai perfume yang berjenama ni masa belajar kat UiTM. Tapi beli pun yang rejek punya. Ni la perfume 1st - Boss Bottled No 6. Sekali beli tahan setahun (dua sem). Rasanya sepanjang duk UiTM nuu aku sempat beli 2 kali kot. Zaman sekolah menengah pakai Dashing je yang Remy Ishak jadi duta tuh. Dah takde rasanya, Dashing kaler merah Macho.
Yes, aku akan pakai satu2 brand sampai ke titisan akhir barulah aku akan cari baru. Nak save budget la katakan. Tapi botolnya sampai sekarang ada lagi.
Polo Black |
Aku lupa siapa yang suggest tapi setahu aku perempuan. Haa dah ingat, dia rakan sekerja ngan aku semasa aku masih berkhidmat dengan Telekon Streamyx. Nama dia Hudzma. So setahun aku keje sebagai CSR, inilah fragrance yang aku pakai. So sekarang bila aku pakai semula POLO BLACK ni, aku teringatkan atmosfera di ofis KPV Kelana Jaya. Rindunya aku pada diri aku 4 tahun yang lalu.
Emporio Armani Diamond |
2009, aku menjejakkan kaki ke Ipoh. Dapat je tunggakan elaun, aku kuar ngan tecer Dayah. Dia masa tu suggest Diamond neh. Aku terpengaruh gak sebab model dia Josh Hartnett (perasan smat la kunun). So, beli la yang kecik 50ml kot sebab aku beli kat kaunter original punyer.
So diamond ni citer lain plak.. atmosfera di Maktab Ipoh dan juga SK St Michael 1. 3 bulan di St Michael 1, (ni bukan nama gereja ye) memang sinonim dengan diamond. Bau dia long lasting gak, tapi bila dah abis, aku takde pulak niat nak beli lagi sebab ada lagi yang aku suke.
Boss Hugo Boss |
Masa aku belajar kat maktab, one of my fren yang pakai ni. Bau yang nice tapi sebab dia kawan aku dan kawan aku dah pakai, so aku malas la nak beli jugak. Lastly bila dapat posting kat Terengganu, dapat je gaji, ni la benda yang aku 1st beli (xde la 1st, antara yang terawal). So, fragrance ni jadik atmosfera untuk aku di SeKeBuN di awal 2010....
Armani Mania |
Masih dalam tahun yang sama, Mania ni aku beli lepas Hugo Boss abes.. Ye, aku akan guna sampai abis baru la aku stat pakai baru. Mania nih pulak atmosfera akhir2 tahun 2010. Antara bau yang kacis la, tapi xterniat nak beli lagi.
Armani Code |
Pemberian kakak, masih penuh, tak berapa best untuk idung aku...
Givenchy Play |
Beli kat LCCT masa ke Sabah Ramadan yang lepas. Baunya kacis jugak dan terpengaruh dengan iklan jugak nih sebenarnya. Kalau kira tahun ni la tahun pertama aku beli fragrance tanpa tunggu fragrance lama abes..
Guess...
Aku beli guess sebab terpedaya dengan promoter tuh. Hampeh..Baunya leh tahan. tapi tak terasa nak pakai selalu
Kalau ditanya sekarang aku pakai apa, aku kembali kepada Polo Black. Baru je beli minggu lepas dengan WKH. Huhuhuh...
1 comments:
M.. aku ada er.. (bukan aku la, en suami) ada perfume nama dia Ed Pinaud. mau x? (mau tolak la ini..) dia main badminton haritu yang oi.. menang dapat perfume.. hangin aku! kalau ditukarkan cash kan lebih afdhal.. ko nak aku tolak rege kengkawan
Post a Comment