Monday, July 12, 2010

Datang dan pergi....


New friend request...

Klik

Accept

View Infos Relationship status - It's complicated (complicated???)

(Gambar nampak macam pengantin)

View Photos .... banyak gambar kawin....

(Dah kawin dah minah ni......kata aku dalam hati.....)

View satu persatu sambil baca komen...

(Kenangan bersama arwah.......)

Ngaaaaa?????

Bukak profile dia...

Semua ucap takziah (walaupun profile picture dalam baju pengantin...)

Apa ni?? Aku terlepas sesuatu ker????

"Hai!!!" tengah duk termangu-mangu tiba-tiba empunya badan mentegur dalam FB...

"Hai...."

Mula2 ok chat macam biasa.. kemudian baru aku tahu... suaminya sudah tiada lagi di muka bumi ini meninggalkan seorang permaisuri dan puteri yang masih belum kenal erti kehidupan...

Itu la dunia.... Datang dan pergi... yang pergi takkan kembali tetapi yang masih di sini akan terus menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Aku insaf seketika... mengerti sebagai hamba .. hayat ini perlu diteruskan meskipun insan yang tersayang kini sudah menghilang...

Al-Fatihah

Sunday, July 11, 2010

Perangai Pelik Minggu Ini Part 2


1. Aku suka meng'artis'kan anak2 murid aku sendiri. Kat sekolah aku panggil anak murid sorang tu "Jacob" sebab muka macam Jacob dalam Twilight...

2. Kat Pusat Tusyen plak tahun 5 aku panggil sorang budak tu as "Maulana AF8" sebab seiras dengan Maulana. Budak2 lain tanya sapa Maulana? Rupa2nya diorang tak layan pun AF8 macam aku.

3. Kelas malam tadi Syuhada (sekelas Maulana) cakap "Ha ah la Sir, memang seiras Maulana, tadi kita tengok kat TV9" - tapi Maulana tak datang pun kelas tadi.

4. Encik Problem dengan Puan Masalah aku setakat ini hanyalah tak tahu nak handle kelas tahun satu.

5. Lagu yang tengah berkampung dalam kepala hotak aku sekarang ialah..."Dalam hati ini, ada namamu.....nama sorang insan yang aku rindu......" lagu Mengusung Rindu. "Sayu hati sayu sekali, melihat engkau berpimpin tangan dengan si diaaaaaa" Entah macam mana boleh terlekat dengan lagu mendayu2 nih, hahaha

6. Semalam menterima msej dari seorang kakak ingin menghebahkan yang dia memiliki hphone baru...yang geram nye waktu dia mesej tu 1.19 am!!! Aku tengah syok tdo.. dia dah kaco... isk isk...

7. Dah nak masuk 7 bulan aku menjadi pendidik... Tak sangka sangat cepat masa berlalu... Kalo kira aku menjadi guru untuk semua tahun. Tahun 2,3 dan 5 untuk kelas tusyen, pastu tahun 1,4 dan 6 kat sekolah... giller las!!!

8. Bulan Jun lepas adalah bulan yang paling banyak n3 yang pernah aku publish. Kali ni bulan Julai akan cuba mengatasi rekod bulan Jun. Hahahaha (gelak jahat).

9. Aku kena stop sampai no 9 je sebab otak dah mendidih dah ni nak pikir apa lagi...

Ombak Datang Bergulung Gulung


Apa la nasib badan.. dalam satu hari je 2 masalah datang bergulung-gulung.. Puan Honda buat hal lagi..... Stereng berat nak mampus.. lampu bateri menyala-nyalaan walaupun enjin hidup.. Seminggu aku menunggang Belalang Tempur menempuh kesejukan angin pagi mentuju ke sekolah.

Dah masuk workshop..tiba2 astro plak wat hal... Services currently not available.... Ala yang macam selalu terjadi bila hujan lebat atau tak berapa nak lebat tuh... Aku tengok kat luar... cerah je tak hujan pun...

Sah... rosak.. .. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAhhhh tensen.. dalam sehari bermacam2 benda berlaku yang melibatkan kos.. dah la bulan ni aku paling sengkek.. hari tu dah terbang 850 sebab ekon yang rosak... la ni.... apa punya timing la yang rosak pulak....

So hari ni call Astro.... cakap2 ayat sikit dengan CSR astro yang name dia Azrin tuh, dia launch satu report...cakap technician datang dalam 48 jam (mean 2hari la tv aku bergelap)...

Aku pun meng okey kan diri je laaa dah nak buat macam mana... Tengah lepak2 tiba2 pomen kete call cakap kete dah siap... Alhamdulillah....... pergi la amik kat woksop.... balik rumah je astro plak call nak datang.. semua kesulitan datang dan pergi pada waktu yang sama...

Terbang la jugak RM 250 (Puan Honda 200 + Pakcik Astro 50 - service caj)


Saturday, July 10, 2010

Aku Punya Seorang Adik Pompuan Yang Jahat


Aku ada sorang adik pompuan yang jahat. Dia memang jahat. Diulangi.. sangat jahat. Apa yang jahatnya? Beliau telah memusnahkan program diet aku kerana aku telah menambah nasi sebanyak 2 kali akibat lauk telur masak merah yang dimasak oleh beliau. Jahat kan beliau???

Lepas makan aku kuar ke tapak perkhemahan pengakap bebudak sekolah aku. Kat sana Cikgu Nasri tengah tunggu aku dan Cikgu Syed sebab nak ajak minum. Oh, minum je... Aku kan dah sarat makan telur masak merah tadi.

Lepas cikgu Syed sampai terus menge'kol' cikgu Zamli pulak supaya 'minum air' same2.. Aku pun follow je la... Sampai kat restoren MONTANA ke Montoya ke apa tah aku pun lupa, masing2 order la air. Tiba-tiba aku terdengar suara jahat dari mulut cikgu Nasri

"Siakap ada???" soalan itu dituju kepada pelayan

"Ada..."

"Siakap 3 rasa okey?" tanya Cikgu Nasri pada jemaah yang mempolo dia...

Kemudian aku terdengar beberapa lagi perkataan yang bunyi nye lebih kurang macam ni

Nasi putih 6
Tomyam campur untuk 2
Telur dadar 2
Ayam Halia 2
Kailan 2

semua untuk 2 orang makan....

.........................................................AAAAAHHHHHHH.........................................................

Cikgu Nasri pun jahat macam adik aku jugak ke????

-thanks sebab makan free... hahaha

Friday, July 9, 2010

Sebelas dan Satu


Bangun pagi macam biasa menyedarkan aku dari mimpi sambil aku berkata "Mimpi je rupanya"

Pagi tu aku mimpi aku bagi makan ikan Kelisa aku makan sambil bersembang dengan bapak aku. Aku tanya la dah sihat ke dah kuar bilik ni... Bapak aku jawab, lenguh2 sikit je... Dia tanya lak aku apa khabar... aku yang dalam mimpi ni pun jadik pelik la apa ke hal plak orang tua ni tanya khabar aku.. Tapi sebagai anak yang baik dan sopan, aku jawab la ok...

Besar ikan... kata beliau. Aku jawab biasa laaa.. tapi ada nada bangga... Kemudian aku terdengar hanpon aku berbunyi lagu Wash Your Hand Too... Baru aku sedar yang alarm berbunyi. Aku bermimpi rupanya.... Abah aku kan dah lama pergi..

Beristighfar sekejapan dan bersiap2 untuk ke sekolah

Hari ni pulak ma aku sibuk2 mensediakan bahan untuk majlis tahlil dan bacaan yassin.. Bila aku tanya sempena apa... Ma aku jawab dah genap setahun abah pergi, so majlis ni untuk beliau....

Baru aku teringat.. dah lama sangat aku tak mensedekahkan sesuatu kepada arwah. Kini aku amik kesempatan untuk menghadiahkan apa yang termampu semoga menjadi bekalan untuk kehidupan lain di sana.

Bila difikirkan semula, 11 tahun dulu aku ingat pada satu malam aku bermimpi gak, arwah ma aku datang dalam mimpi dan beritahu aku dia tak dapat jenguk aku lagi dah.. dia ucap selamat tinggal...

Bila terjaga rupanya hari aku bermimpi tu adalah hari ke 40 beliau pergi.. kata orang la 40 hari lepas meninggal baru 'naik' ke sana. Entah ye entah tidak.

Jadi.. kesempatan yang ada ni tarikh hari ni dah genap setahun abah pergi dan genap 11 tahun ma pergi. Sebelas tahun (ma) dan Satu tahun (abah).. hanya satu hari yang menjadi perbezaan hari pemergian mereka.

Al-Fatihah

Tuesday, July 6, 2010

Baru aku tahu


Baru aku tahu tomato di makan secara mentah2 sangat best...


Monday, July 5, 2010

N3 yang bertulis panjang tetapi sebenarnya tajuk n3 lebih panjang daripada n3...dan diakhiri dengan sekian terima kasih











PANJANG............................................................






Sekian terima kasih..