Bangun pagi macam biasa menyedarkan aku dari mimpi sambil aku berkata "Mimpi je rupanya"
Pagi tu aku mimpi aku bagi makan ikan Kelisa aku makan sambil bersembang dengan bapak aku. Aku tanya la dah sihat ke dah kuar bilik ni... Bapak aku jawab, lenguh2 sikit je... Dia tanya lak aku apa khabar... aku yang dalam mimpi ni pun jadik pelik la apa ke hal plak orang tua ni tanya khabar aku.. Tapi sebagai anak yang baik dan sopan, aku jawab la ok...
Besar ikan... kata beliau. Aku jawab biasa laaa.. tapi ada nada bangga... Kemudian aku terdengar hanpon aku berbunyi lagu Wash Your Hand Too... Baru aku sedar yang alarm berbunyi. Aku bermimpi rupanya.... Abah aku kan dah lama pergi..
Beristighfar sekejapan dan bersiap2 untuk ke sekolah
Hari ni pulak ma aku sibuk2 mensediakan bahan untuk majlis tahlil dan bacaan yassin.. Bila aku tanya sempena apa... Ma aku jawab dah genap setahun abah pergi, so majlis ni untuk beliau....
Baru aku teringat.. dah lama sangat aku tak mensedekahkan sesuatu kepada arwah. Kini aku amik kesempatan untuk menghadiahkan apa yang termampu semoga menjadi bekalan untuk kehidupan lain di sana.
Bila difikirkan semula, 11 tahun dulu aku ingat pada satu malam aku bermimpi gak, arwah ma aku datang dalam mimpi dan beritahu aku dia tak dapat jenguk aku lagi dah.. dia ucap selamat tinggal...
Bila terjaga rupanya hari aku bermimpi tu adalah hari ke 40 beliau pergi.. kata orang la 40 hari lepas meninggal baru 'naik' ke sana. Entah ye entah tidak.
Jadi.. kesempatan yang ada ni tarikh hari ni dah genap setahun abah pergi dan genap 11 tahun ma pergi. Sebelas tahun (ma) dan Satu tahun (abah).. hanya satu hari yang menjadi perbezaan hari pemergian mereka.
Al-Fatihah
1 comments:
T_T Takziah din
Post a Comment