Monday, January 14, 2013

Rindu Semakin Jauh

Semakin hari semakin rindu wa dengan mereka yang telah meninggalkan wa. Semakin kuat wa cuba melepaskan mereka, semakin kuat pula ingatan wa terhadap mereka. Tapi kehidupan mesti diteruskan dan kenangan bersama objek ini masih lagi belum dapat wa lupakan...

Cepat betul masa berlalu, rasa bagai semalam wa mengenali budak ni. Rasanya tahun ni kot banyak n3 pasal budak ni sebab wa asyik terbayang2 budak ni di SKBN wa. Dah la wa ngajar 3F yang dahulunya adalah kelas wa pada tahun 2011. Pastu 5F pun bekas kelas wa jugak 2012. Sentiasa nampak wajah kesayangan hamba wa ini merata-rata.

WKH wa masa darjah 5. Takat bahu wa je...

WKH masa darjah 6. Dah nak sama tinggi dengan wa time ni. Cepatnya membesor..

Pewaris beliau, adik bongsu Hafizam, Hazamil. Tahun 1 2013.


Last week budak ni ada cakap wajahnya terpapar di dalam laman web sekolah baru beliau. Wa tak riki, tapi dia sendiri yang riki dan tunjuk kat wa. Hampir wa tak kenal dengan penampilan beliau sekarang. Sungguh kacis dan nampak sangat matured. Lambat laun beliau akan lupakan wa. Biarlah wa coret dalam rayap wa sebagai kenangan suatu masa nanti supaya wa dapat tahu bahawa ada orang yang pernah menjadi seseorang kerana wa. Cukuplah beliau mengenali wa lagi suatu hari nanti...

WKH wa depan sekali. Wajah kini di ambil dari laman web sekolah baru beliau. 

Terima kasih Hafizam kerana menjadi anak murid yang paling baik untuk sir!

Monday, January 7, 2013

Keluarga Baru Wa 2013

Jangan salah faham, wa belum mendapat ahli keluarga baru, (doa2kan lah ye cepat2) cuma inilah anak2 didikan wa untuk 2013. 6 Al Ghazali tahun ni adalah anak didikan wa yang kali pertama bertemu mata dengan wa, sepanjang wa 3 tahun di Sekebun, wa tak nah berpeluang untuk mengkenali mereka. Mungkin kasih sayang itu belum bertaut, tetapi kemesraan itu mereka cuba wujudkan.

 Putera2 wa dari kiri Amir, Firdaus, Hafiy, Syahrul, Naqib, Ashraf, Alif, Sahrizal

Putera yang istimewa : Omar. Mempunyai masalah tulang belakang dan sentiasa ber'wilca'.





Wa tak nak citer panjang, biar gambar sahaja yang berbicara. Sedang seronak2 bergambar, kedengaran pengumuman dari bangunan utama supaya semua pelajar turun ke dataran perhimpunan. Rupa-rupanya lori hijau ini datang lagi... Aii, bila la koko kranch ke, vitagen ke, school attack ke nak datang sekolah wa....



Pesanan penaja dari Akak Liza


Minum milo anda jadi sihat dan comel!!!


Kebetulan wa menggunakan kamera yang super kacis bagai, so apa lagi, mensnap je la keje wa...


7 Januari 2013....

Ulang tahun yang ke three series... huhuhu.. Pagi2 lagi wa disapa oleh Kak Norizan. Katanya besday wa sama dengan adik beliau, tu yang senang beliau nak ingat besday wa nih. Thanks kak Zan. Keseterusnya ucapan dari rakan2 lain. Masa wa duk sembang2 dengan guru lain, datang 3 orang budak tahun 3F yang wa dah lupa nama apa, tersengih2 menuju ke arah wa. Diserahkan sekeping kertas. Waaaaa... baru 3 kali wa masuk kelas diorang, dah ada yang mengkenali wa sampai tahu besday wa. Huhuhu...


Lepas rehat tahap dua, sesudah wa makan di kantin, wa pun keluar. Sorang budak yang cukup wa kenali sedang mentunggu wa di luar kantin. Lamanya makan...sapa budak itu kat wa. Tengah tunggu Sir ke? tanya wa, dia angguk. Kesian plak, mana la wa tau dia tunggu wa kat luar kantin. 

Budak itu menyerahkan satu gulungan. Jangan baca skarang! katanya. Wa ucap thanks je lah. Kemudian wa bukak lepas beliau berlalu.
Birtday la sangat. Rasa macam wa dah ajar ejaan yang betul. Maybe tak sempat kot.

Ayat tak leh blah, "Semoga mendapat WKH yang baik, tidak lukakan hati sir dan soleh. Soalan seterusnya, bila nak dapat WKH???


Ikhlas dari Anis, ye beliau adalah Putri Anis Syamimi yang kini di kelas 6F. Bukan lagi anak didik wa, tapi masih menganggap wa sebagai guru favouritenya. Kalau la Anis ni budak laki, sah2 memang dia la WKH wa tahun ni. 

Wa cakap wa dah kawin, so xpe la nak bergambar dengan wa. Anis pun open-minded je. Dah macam awek wa plak. Tapi inilah anak murid wa ye... Sila jangan gossip. Heheheh

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, January 5, 2013

Salah Dresscode

Makin rajin pulak wa hapdet tetiap hari bulan nih. Bukan apa, wa sekadar nak amik peluang sebelum sibukkan diri wa dengan kerja2 sekolah yang masih belum berapa nak sibuk lagi. Hari ni walaupun cuti katanya... wa masih tetap kena pegi sekolah sebab ada kursus FROG VLE (cikgu cikgi tau la kursus katak ni, kawan wa siap jadi ibu katak lagi, tak gitu si Tecer Naninye oi?) So, memandangkan hari ni hari Sabtu, kursus pulak kursus dalaman je.. wa dengan yakinnya mengenakan T-shirt JM dan seluar jeans hitam. Pakai pulak selipar giant. Selekeh semacam je la.....

Sampai je kat sekolah, wa sorang je yang selekeh. Aiyo... semua dresscode berkemeja bagai, siap berkasut dan berkiwi berkilat. Hampesh super nakhorom. Wa sorang je yang langgar peraturan. Dah la meeting 1st last week wa dah kena sound oleh wa nye GB, kali ni wa terasing lagi. Jadi, sebelum wa kena sound, baik wa menyerah diri. GB lalu belakang wa, terus wa mintak sorry. Ye lah, dah wa sorang je salah tajuk. GB wa sengih je, sambil perli wa ni degil.. Hohoho... Untung laaaa xde sape2 yang nak sound wa..... Lepas ni apa2 event wa kena update dengan sape2 dulu.. HUH!!!!

Friday, January 4, 2013

Jumaat Pertama 2013 Yang Hening

Hari ni (Jumaat) wa macam biasa dengan rutin hari Jumaat ... Apa tu? Bangun lambat le derrr.. Xde la lambat sangat, lepas Subuh wa tdo kejap, tapi sempat la masak nasik untuk digoreng sebagai sarapan. Lebih2 lagi WKH datang lagi rumah wa hari ni. 

Dalam setengah jam lagi nak jam 1pm, wa dah siap2 berbaju melayu bagai, nak gerak ke masjid, tetiba fon berbunyi. No yang agak asing bagi aku, tapi wa jawab jugak lah. Rupa2nya si ibunya WKH yang call. Tanya wa lunch kat mana hari ni. Wa cakap la maybe kat kedai la kot. Pastu dia cakap datang la rumah akak, akak buat makan2 ni. Wa pun okeykan aje.... Sangka wa maybe sebab nak rai wa la kot bukan ada event apa2 pun. Wa setuju..

Sebaik wa sampai rumah mereka dalam 230 gitu, tak sangka plak famili sebelah Bukit Payong pun datang. Giler malu siak, siap akak ibu WKH perli wa lagi "Ha sir malu la tu" ... Opkos la malu. Wajah2 yang tak nah wa lihat. Keluarga belah akak, selalu dah biasa dengan keluarga belah abang (ayah WKH). Tapi syukurlah, wa boleh membiasakan diri. Makan nasik ayam pulak tu. 3 pinggan senyap dalam perut wa. Huhuhu...

Selesai makan wa mintak diri dulu. WKH pun nak ikut balik semula, ingat tak nak ikut wa balik dah. Siap kena perli lagi dengan famili dia yang dia pun dah macam tetamu asyik berkepit dengan wa. Itu perli wa sekali ke sebab kerap sangat pinjam budak ni? Hahaha....

Biarpun dah bukan lagi anak murid wa, tapi alhamdulillah keluarga WKH wa masih menganggap wa sebahagian lagi dari keluarga mereka. Itu yang wa sangat2 hargai kepercayaan yang mereka beri pada wa. 

Malam ni pulak Maharaja Lawak Mega berlangsung kat Stadium Gong Badak. Punya la dekat giler sampai boleh dengar bunyi nyanyi nyanyian dekat rumah wa. Mula2 memang wa pun ingat nak pegi tengok, tapi bila dah tengok keramaian yang super nakhorom semasa pengambilan pass pun dah buat wa macam malas nak berasak2, so wa pujuk diri wa supaya biar je la wa tak pergi pun... Huhuhu... Tapi kadang2 macam sentap gak... Ye lah bukan selalu team MLM nak turun Teganu... Boleh pulak wa tak amik kesempatan ni untuk pegi join sekali. Huhuhu... Lantak la.. wa layan je KingKong kat Tv3... hehehe boleh?

Wajah Kesayangan Hamba Episod Akhir - Part 3


Memang agak sukar untuk wa mencoret kisah WKH wa yang ketiga ini kerana hati wa masih terlalu berat untuk melepaskan beliau pergi.Namun sekuat mana pun wa menahan beliau dari berlalu, sampai masa beliau akan pergi jua.

Seperti tahun sudah, wa akan mengabdikan episod-episod akhir dalam erti kata yang wa sendiri sukar untuk tafsirkan. Selalunya, kenapa n3-n3 seperti ini diwujudkan adalah sekadar untuk wa mengimbas kenangan lalu sekiranya masa pantas berlalu.

Memang masa pantas berlalu. Wa tak sangka sekejap ini persaudaraan wa dengan si budak WKH ini. Dalam n3 2010, wa pernah menselitkan cerita bagaimana budak ini terasa dengan ketiadaan wa dalam N3 Rindu La Kat Sir semasa beliau masih di tahun 4. Walaupun pada masa itu wa adalah guru BI nye, tapi hati wa masih sukar untuk terima kehadiran beliau lagi kerana pada wa masih awal untuk wa menkenalinya pun.
Dah banyak kali wa citer pasal budak ni dalam tahun ni la. Beliau sering memerhatikan tingkah laku wa dengan WKH yang lepas dan wa rasa dia memang berniat nak mendekati wa sebab dia bukanlah student target wa pun. Alih2 wa cuba untuk membentuk beliau dari segi akademik dan sahsiah apabila beliau sering menghampiri wa dan menjadi peneman setia wa sepanjang tahun 2012.

Awal2 tahun lagi budak ni dah stat ikut wa, tapi itupun setelah wa jumpa si ibunya lah atas tujuan untuk memberi tusyen bersama-sama di tempat wa mengajar. Then masa tu wa baru lagi pindah rumah sewa, budak ni la yang banyak tolong wa mengemas barang dan mengangkutnya semula. Alhamdulillah budak ini tidak terlalu cerewet dalam pemilihan makanan, apa yang wa makan, beliau akan makan. Begitu juga dengan keselesaan rumah wa, masa wa tido atas lantai pun budak ni bantai tdo atas lantai jugak, tu pun masih tak serik2 nak datang ke rumah wa.

Tak macam setengah2 anak wa yang pernah wa bawak, selalunya mereka akan diumpan dengan janji game PS2 dan PSP. Tapi berlainan dengan budak nih... bila wa nampak dia boring wa offer la PS2 tu, PSP ke, tapi tetap tak nak sebab tak pandai main. Yang penting, homework kena siap terlebih dahulu. Kadang2 lepas siap pun masih teragak2 untuk menggunakan PS2 wa yang bersekung di ruang tamu. Itu yang buat wa rasa budak ni rapat dengan wa bukan sebab ke best an yang dia akan dapat, tapi dia memang nak rapat dengan wa...

Mula2 wa masih teragak2 untuk menobatkan beliau sebagai WKH wa sebab wa dah janji yang Amirul la WKH terakhir wa, apatah lagi WKH yang paling banyak menduga wa tahun lepas2. Tu yang wa serik nak bagi perhatian yang lebih untuk mana2 anak didik wa tuh. Tapi wa tak mampu untuk menolak dari menyayangi dan mensenangi perangai budak ini tahun. Lebih2 lagi peningkatan dalam subjek wa dari D kepada C dan seterusnya B. Pada masa yang sama wa turut menyumbang dalam mengajar subjek matematik di rumah.

Wa tak nak sembang panjang.... Bercakap pasal rapuhnya hati budak ni, beberapa kali juga budak ni mengalirkan air mata sehinggakan digelar sebagai anak manja oleh beberapa rakan sekelasnya. Tidak kurang juga yang menyimpan perasaan kepada WKH wa ni. Ye lah, bila dah umor 12 tahun, dah pandai bergaya.

Antara sebab yang memaksa wa menjadikan budak ini mengalirkan air mata adalah
1. Tidak menyiapkan kerja sekolah 
2. Mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya dilemparkan oleh seorang anak murid.
3. Wa tanya pasal awek dia (tu pun nak nangis?)
4. Bila dia rasa wa ada tersinggung dengan perbuatan dia lantas dia mengalirkan air mata untuk mengelak dari terus dimarahi.
5. Dan banyak lagi la yang malas wa nak sentuh kat sini.

Wa melihat sendiri bagaimana budak ini membesar dan terus berubah. Dari seorang yang naif, menjadi seorang yang bersifat kepimpinan, banyak kenangan manis dari budak ni. Alhamdulillah, budak ni tak macam WKH yang lepas2, yang terus melupakan wa sebaik sahaja tamat alam persekolahan rendah. Bahkan kini dah menjejakkan kaki ke sekolah menengah pun masih ingin dan sudi menjejakkan kaki ke rumah wa. Paling beriya iya untuk datang menolong wa pada kenduri wa yang lepas. 

WKH wa kini....

N3 ini tidak berpenutup sebab sampai ke hari ni tahun 2012, anakku Tengku Hafizam Tengku Arif masih sudi menghubungi wa dan menjengah ke teratak wa sebagai peneman wa dikala wa sengsorang.  Jadi wa tak nak jadikan ini sebagai last episod pun... huhuhu

Tuesday, January 1, 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013

Awal tahun baru...Wa dah setat mentulis sesuatu ke? Heheheh.. wa tengah boring ya amat sekarang. Semalam wa tak lepak rumah wa, sebaliknya wa balik ke rumah mak wa sebab wa takut terlajak tido tak bangun2 lak nanti. So pagi hari pertama persekolahan wa bergerak dari rumah mak wa. 

Hari pertama persekolahan. Macam biasa, dimeriahkan oleh kedatangan para ibu bapa yang menghantar anak2 mereka yang baru mula menjejakkan kaki ke tahun 1. Biasalah tu, semua ibu bapa pun macam tu. Hatta anak yang ke 7 pun masih nak menemani anak2 mereka.

Pagi ini hujan mengiringi perjalanan wa bertemankan Shiro menuju ke sekolah. Wa kuar macam biasa 7am, tapi entah kenapa perjalanan hari ini sangat tidak superkacis kerana jem semacam je wa tengok. Maybe sebab hujan, dan kedua sebab hari pertama persekolahan kot.

Seperti yang wa menceritakannya pun adoi ter ber, wa menjadi guru kelas tahun 6 lagi. Kali ni kelasnya bukan kelas tahun lepas. Dan hati wa sedikit gusar sebab ada di antara pelajarnya ada kes dengan wa. Memang wa rasa ada aura superbenci yang meluap2 dari kelas itew....

Selepas rehat, buat kali pertama wa menjejakkan kaki ke kelas 6G. Dan macam biasa wa intro sikit2 then wa bagi soalan exam terus. Saje nak test bebudak ni ngan kertas dua BI. Lepas dah setel ujian wa diskas pasal pelantikan ketua kelas. Memandangkan mereka lebih kenal antara satu sama lain, jadi wa memberi kenbebasan untuk mereka memilih siapa yang layak jadi ketua. Hasilnya, budak yang wa target memusuhi wa pulak yang mendapat undian tertinggi. Hurm...Tak taulah tapi wa tengok budak tu biasa je, okey je sembang dengan wa tapi takdelah pulak nak bermusuhan dengan wa. Jangan2 wa je kot yang merasai sedemikian.

Kelihatan para ibu menemani anak2 mereka yang baru menjejakkan kaki ke Sekebun

Ada satu kata-kata yang membuat wa agak sendu apabila ditanya siapa WKH baru tahun ni. Hahahaha... Baru 1st day dah nak kena ada WKH ke? Wa ada sorang anak murid pompuan, ekcely bekas anak murid la sebab tahun ni wa dah tak ajar beliau. Nama beliau Putri, boleh dikatakan agak kacis dengan wa, dan banyak juga menceritakan apa sahaja cerita dengan wa. Kalau dia lelaki, sah2 wa dah jadikan dia WKH wa yang baru sebab dia suke datang kat wa. Hari pertama lagi dah jumpa wa menyatakan sedih sebab bukan wa cikgu BI dia. Tapi demi kebaikan dia jugak, biarlah Tcr Sham yang ngajar dia. Wa tahu beliau hanya sekadar mensedapkan hati wa saja. Padahal dalam hati memang tak mengharapkan wa pun...

Sekolah masih di sini, tapi WKH sudah tiada. Wa terasa amat kehilangan apabila tiada lagi wajah yang selalu menanti wa di bilik guru, atau di tempat letak kereta time nak balik. Tiada lagi sebab2 untuk wa berlama-lamaan di kelas 6G. Ya Allah, kuat betul kasih sayang ini. Wa sangat teringatkan setiap saat yang wa habiskan bersama. Dari tahun 4 sehinggalah tahun 6. Kini wajah itu tidak ada lagi di bumi Sekebun ini.