Tuesday, June 29, 2010

Rindu la kat SIR...


Cerita ini adalah benar belaka :

Sebelum penceritaan dimulakan, izinkan aku memberitahu dahulu bahawa

1. Jumaat adalah cuti di negeri Terengganu

2. Ahad 27 Jun 2010 lepas pun adalah cuti khas untuk TERENGGANU sahaja.

3. Isnin 28 Jun 2010 aku menghadiri kursus cara memeriksa kertas 2 UPSR di MARANG selama 1 hari.

4. Selasa 29 Jun 2010 baru aku kembali ke sekolah.

Ceritanya macam ni, waktu petang adalah hari Persatuan, so aku adalah guru persatuan bahasa. Sampai ke sekolah dalam jam 2.55 ptg camtu aku terberjumpa dengan sorang budak itu. Maka berlaku la perbualan ni :

Budak itu : Sir, lama tak jumpa sir.

Aku : Lama ke?

Budak itu : Lama la, 4 hari. Rindu la kat sir.

Aku : 4 hari ke?

Budak itu : Ye la, Ahad cuti, Isnin pulak sir gi kursus. Hari ni pulak masa sir takde dalam jadual kelas saya.

Aku : Sama la, saya pun rindu kat kamu..

Aku tersenyum.. Best kan kalo yang bercakap tu adalah anak murid aku yang bernama Fatin yang dulu aku pernah citer dalam Rayap.

nota kaki** Fatin dalam cerita di atas adalah seorang budak lelaki dan nama beliau Tengku Hafizam. Wajah beliau ada kat tajuk Rayap yang memegang huruf N warna kuning.



0 comments:

Post a Comment