Monday, July 18, 2011

2 Tahun Sudah Berlalu


Last week sekolah aku ada didatangi oleh sorang penceramah motivasi. Khas untuk tahun 6. Aku dengan selamba menjoin sekali la mentengok..

Part yang paling emosi ialah apabila penceramah tersebut memutarkan video2 tentang pengorbanan bapa, ibu dan akhir sekali ialah guru. Kuat jugak esakan yang dapat didengari seluruh pelusuk bilik komputer pada masa itu.

Masa penceramah memutarkan video pengorbanan ayah, aku tak dapat menahan sebak sendiri. Selalu aku akan memegang erat jam tangan pemberian ayah aku apabila aku teringat pada nya. Aku ingat lagi camne jam ni boleh jadi milik aku.


Hari itu hari jadi aku yang ke 2* pada tahun 2007. Betul2 pada hari jadi aku. Aku berbual2 kosong sambil menonton tv bersama arwah. Then tiba2 beliau mengeluarkan jam ini dan cakap aku boleh ambil kalau nak pakai. Aku cakap la dah tu dia nak pakai apa. Arwah jawab arwah dah tak kerja so buat apa nak pakai jam lagi kalau hanya duduk rumah. Aku ucap thanks dan anggap itu adalah hadiah hari jadi. Yang sedihnya bila aku cakap hadiah hari jadi aku, arwah boleh tanya yang hari tu hari jadi aku ke??? Ye la, aku tak salahkan beliau kalau tidak mengingati. Ye lah, dah separuh abad dan anak pun pernah ada 9 orang.....

Hari ni (hari ceramah motivasi) sebenarnya genap 2 tahun pemergian arwah. Aku tak tahu sama ada ibu aku dan aku sendiri masing2 berpura2 tidak mahu memperkatakannya atau memang kekadang kami terlupa? Tapi aku ingat, cuma aku tidak mensuarakannya. Jadi apabila video tentang ayah dimainkan, ditambah pula dengan BGM lagu Ayah dendangan kumpulan Ae-Man, bertambah lagi la sayu aku.... Mujur aku lepak kat belakang sekali...

Semoga arwah tenang di sana.....

Mode kedua..video ibu.. mungkin hati aku tidak serapuh semasa mendengar lagu ayah, tetapi wajah arwah ibu aku sentiasa tersemat di hati aku. Aku masih ingat marah beliau, ketawa beliau, tangis beliau, dan segala2nya tentang beliau. Sudah 12 tahun arwah pergi... Tetapi itulah...pergi akan tetap pergi. Harapannya beliau tahu aku kini seperti seadanya aku sekarang...

Mode ketiga...kali ini penceramah menukar mode, dari menghargai ibu bapa, bertukar kepada menyayangi seorang yang bergelar guru. Kali ini lah tangisan semakin reda, tetapi ada satu ketika, aku terpandang kepada WKH aku kat depan tiba2 dia berpaling ke belakang dan mencari aku. Itupun sebaik sahaja penceramah mengatakan "sayangilah guru kerana sekali kita menyayangi guru, 100 kali guru akan menyayangi kita". Aku tidak pasti ianya adalah kerana kebetulan atau beliau memang teringatkan kat aku.. (mode perasan)...

Dan..tinggal kurang 2minggu lagi untuk menyambut kedatangan Ramadhan.. dan hari istimewa aku dalam diari juga semakin hampir....

Baru je beli cincin dah rasa macam dah bertunang..hahahah... Semoga Allah memberkati kami Insyaallah...


Wednesday, July 13, 2011

Mengutip Kenangan...Ipoh


Berjimba dah lama... tapi hapdetnya tak pernah.. Dah dekat sebulan pun perjimbaan ke Perak berlangsung. Bilanya pergi? 23 Jun 2011... Tapi baru sekarang nak hapdet.. So aku amik la html dari blog sekolah aku mengepost gambar2 dalam blog skolah aku tuh dan ditambah la sedikit sebanyak foto2 yang takde dalam blog skolah...

Belakang dari kiri : Cikgu Halim, GB Haji Mat Salleh, Teacher Nurul, Adib, Atiq, Izzhadi, Syahmi, Fida'iy, Asyraf, Lukman, Akram, Amirul, Zulhamizan, Teacher Norizan, Pn Zaitom (PK 1), Sir M, Saufi, dan Ust Azyan

Duduk dari kiri : Aisyah Maisarah, Najihah, Athirah (berpaling) Nurin Adlina (anak cikgu Halim - bertudung hitam) Akilah Mat Jaini (tudung merah), Aqilah Razali (tudung ungu) Ain Syahirah, Syarifah Raihana, Nurin Safiyya (depan tudung merah-anak cikgu Halim), Syahira Syazwana, Fatin Elissya, Afiza, Nathassa, Nabila, Wan Nazirah, Mariani, Nor Syahira, Ainur Anis, Ummi, dan Siti Nur Ain.

Dalam perjalanan malam..

Berhenti di RnR untuk solat Subuh dan membasuh muka.

Kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku. Kabel power stereng telah pecah sewaktu bas ingin melakukan pusingan U. Kejadian berlaku di depan masjid Taiping. Hampir dua jam terkandas di sini sementara menunggu bas dibaiki semula

Kerosakan kabel power stereng telah berjaya dibaiki

Perjalanan diteruskan ke Bukit Merah. Rancangan asal untuk ke Zoo Taiping terpaksa dibatalkan kerana masa telah banyak dihabiskan semasa membaiki bas.

Tepat 1130 pagi, kami tiba di Bukit Merah Laketown Water Park. Memandangkan waterpark hanya dibuka selepas jam 1200, kami semua mengambil kesempatan melawat Ecopark.




Okeh, ini versi private punya... Sehari sebelum perjalanan memang aku agak pelik.. Macam aku dah cerita dalam post terdahulu..Asyik2 post new status dalam fesbuk. Macam satu alam kena tahu aku nak ke Ipoh kan? Padahal aku bukan suka hapdet status kat fesbuk.

Perjimbaan ke Gambang tahun lepas menyaksikan kekacisan WKH aku yang comel itu menjadi partner aku dalam bas. Kali ni partner aku comel jugak.. heheh.. Tak tau la sama ada beliau mensudikan diri atau sebab terpaksa (sebab aku yang request nak dia duduk ngan aku)

WKH tahun ni - Saufi. Sedih sebab saat2 akhir baru nak kacis dengan aku. Mula2 tak pernah tegur pun. Sejak gi Redang ada satu statement yang dia buat membuatkan aku rasa serba salah. Jadi aku pun lantik la beliau pulak as WKH aku utk sesi 2011 ini... Hahahah



Bergambar di BM Waterpark. Sangat meriah yer pada hari tersebut. Kalo tidak mensilapkan diri ada 2 buah sekolah yang datang pada hari itu. Satunya sekolah aku la, ke2 sekolah dari Penang.








Selepas selesai berjimba2an di BM, perjalanan diteruskan ke Ipoh kerana organizer telah menge'book' hotel di Ipoh. Hotel Sun Inns.. Betul2 dekat dengan tempat aku belajar dulu sebelum bertukar status kepada pendidik. Restoren Bintara menjadi saksi bahawa aku lagi sekali menjejakkan kaki ke Ipoh pada tahun ini - 2011. Yerp, kehidupan di Ipoh singkat tapi sangat benyak memori yang indah dapat aku kenang.




Hari ke 2 berjalan2 ke kawasan Ipoh.. Uuuu sangat menostalgic kan diri sendiri apabila melalui kawasan ini. yelah dulu hari2 lalu kat sini mentuju ke Sekolah tempat aku praktikum iaitu SK St Michael 1 di Ipoh. Taman DR kependekkannya.


Padang ni aku lupa dah nama apa, tapi depan Sekolah Men St Michael.

Tempat selalu ngedate ngan kakak2 KPLI - Greentown Mall...


Perjalanan pulang menyinggahi ke Cameron Highland. Tak banyak foto superkacis di snap di sini sebab cuaca tidak mengizinkan...

Wednesday, July 6, 2011

Masakan Rimba

Last week punye KO adalah unit beruniform. Nak dijadikan cerita turn aku yang bertugas pada minggu tersebut. Berkolaborasi dengan unit Pengakap, aku dan tecer Rozifah telah mencadangkan diri sendiri untuk mengadakan masakan rimba.

Seminggu sebelum tarikh, satu sekolah telah dicanangkan tentang aktiviti yang akan kitorang buat. Boleh dikatakan rekod kehadiran pelajar yang terbaeeek punya sepanjang tahun.

Resipi masakan rimba kita hari ini ialah Telur Bawang.

Bahan-bahannya ialah
Bawang besar jenis Holand
Telur
Aluminium foil
Gunting / Pisau (untuk potong kertas aluminium

Cara-caranya ialah
Bahagian atas bawang dipotong (jangan dibuang)
Korek bahagian tengah bawang dan menghasilkan lubang
Telur dipecahkan dengan berhati2 ke dalam lubang yang telah dikorek
Tutup semula bawang dengan bahagian atas bawang yang dipotong tadi. Untuk mengelakkan bahagian atas bawang terlucut, gunakan pencungkil gigi yang dicucuk bersama bawang untuk memegang bawang tersebut.
Bawang itu kemudian dibalut dengan aluminium foil keseluruhan dan dibuat punjut di atasnya.
Bawang diletakkan ke dalam bara api secara keseluruhan
Masak dalam masa setengah jam.
Nikmati lah..

Taklimat penggunaan aluminium foil dari tecer Rozifah

Acara menghidupkan bara api

Acara melubangi bawang

Acara meletakkan bawang yang telah dibaluti dengan aluminium foil

Acara menunggu bawang baru sebab hanya telur yang berlebihan, bawang tidak mencukupi



Bersama-sama melubangi bawang


Acara menunggu bawang dan telur masak



Antara telur yang terawal masak adalah budak ini. Pose dulu sebelum makan..


Hasilnya....

Nom ... nom ....



Tu diaaaa makan..... pose tak hengat dunia...

Sepetang Bersama Bieber dan Selena

Bieber dan Selena, aku pelihara sejak setahun yang lalu. Dan kini masih sihat walafiat.




Ini pulak Timberlake (spesis kura2 gagak) Berbadan itam dan kepala ada tompok2 putih


Kenapa Bieber, Selena, Timberlake??? Sebab aku tak minat depa.....hoho