Kebetulan yang pertama berkait rapat dengan citer ndustan yang aku nengok nih. Bukan jalan citer dia tapi salah seorang pelakon dia yang aku tergila2kan selama ni.. Preity Zinta
Preity Zinta se’preety’ namanya. Aku memang suka gila kat dia ni selepas Kajol, dan ditakdirkan aku jumpa seseorang yang memang ada iras2 Preity ni. Aku menjadi peminat setia si dia ni masa zaman U dulu. Tapi biasa la, aku kan pipit, dia kan enggang, semua orang asyik duk usya dia, tapi aku tetap maintain kat belakang kelas, tunduk, tawadduk… hahaha
Nak dijadikan cerita lagi, dipendekkan je la minah (NH) ni pun sebenarnya suka kat aku.. Macam tak percaya plak.. Aku kan tak hensem. Camne dia leh suka.. Dia dah la cerah, aku ala-ala kegelapan sikit.. Heheh...Sepanjang 6 tahun aku kat UiTM SA tuh, rasanya memang byk episode aku dengan dia. Ada la dalam 4 tahun. Org lain mungkin 1-2 episod je. Aku dah 4 season SAMARINDA nih. Nak ke samarinda tayangkan citer aku kalo aku pohon? Byk terjadi sepanjang 4 season tuh.. Last2 dia tetap bukan untukku.
NAK KE TV3 JADIKAN KISAH AKU SEBAGAI SATU DRAMA UNTUK SLOT SAMARINDANYE???
Pastu plak, smalam NUNA ber YM ngan aku lagi. Dia inform yg si NH dah kawin pun dengan mamat yang berjaya mengikut criteria yang dikehendakinya.. Hahahah.. so pendek kata AKU PERNAH ADA AWEK SATU MASA DULU.
Cerita ke2
AKU PERNAH …… SUATU MASA DULU
Aku renung diri aku kat cermin. Isk gemuknye aku skarang. Lantaklah, orang nak cakap apa. Aku stat enjin moto dan biarkan 3-4 minit sebab baru nak panaskan enjin kan. Aku cepat-cepat bergegas sebab dah lambat ni. Kemudian satu traffic light aku berenti sbb lampu merah. Ada sorang budak sekolah menengah berenti sebelah aku naik muto jugak nih. Aku peratikan dia. .. mengingatkan aku zaman sekolah dulu. Camne la rupa paras aku dulu yer. Seingat aku, aku tersangatlah keledekiang.. apakah itu? Kurus yang amat kah? Aku rasa camtu la. Aku antara makhluk yang paling kurus dulu
So tajuk kita hari ini ialah Aku Pernah KURUS Suatu Masa Dulu. Aku benci aku yang sekarang. Chubby sangat.. Hahah. Sebab tuh takde org minat.. hehe, aku nak turunkan berat badan ni
Cerita 3
Aku Pernah …… Suatu Masa Dulu.
Sila isi kan tempat dot dot dot dengan perkataan BAIK. Mean aku jahat ke sekarang ni? Entah la.. Hanya Tuhan je yang tahu..
Antara perkataan-perkataan yang boleh digantikan ditempat dot dot dot
- hensem-mean sekarang huduh
- huduh-mean skarang hensem
- jahat-mean skrang dah baik ala-ala Ustaz la?
- gagal-sekarang aku dah berjaya ke?
- kecewa-bahagia ke sekarang?
Tatkala aku menaip ni tinggal aku ngan Aznan je. Jap eh. Lupa plak
Tempat : Ruang tamu K-3-8 LV
Masa : 1.12 am
Tarikh : 26 Jun 2009
Hari ni gi sekolah lambat sikit, sampai pun dekat kul satu. Masuk je opis Pn Azizah dah panggil aku ngan Aznan mintak relief kelas. Akhirnya dengan kebijaksanaan aku, hanya Aznan yang kena relief, sebaliknya aku bermalas-malasan di dalam bilik guru sambil berbual2 kosong.
Lepas Aznan dah abis relief gi makan jap.. pastu tiba2 Haji Arifin panggil masuk ofis sambil pegang senapang.. eh pegang fail la. Aku duduk depan dia pastu dia bagitau dia nak ubah jadual aku sekali lagi. Aku pun dengan penuh perasaan memandang ke arah Haji dengan penuh tanda tanya.
‘Ko berdua akan ngajar tahun 3, abis cerita ‘
Pulak! Tahun 3 pun tahun 3 la… Dah tak jadik Pn Sarojini nak jadi guru pembimbing aku. Uhuh.. Pn Sarojini baik, tapi skang aku dapat Pn Suriahati, at least dia Melayu. Aznan plak aku tengok dia buat muka 30 sen je bila Haji cakap macam tuh. Layan je laa... Rindu pada akak N.. Sapekah akak N tersebut.?? Di manakah dia berada sekarang? Kenapa ini terjadi? Nantikan kesudahannya dalam episod yang akan datang...
1 comments:
kumen untuk cerita 2...
chubby itu lagi chumellah... hehehe...
Post a Comment