Tuesday, November 24, 2009

Alang Rebus Tak *POHU


Selasa 24 November 2009....

Dahulu... 23 Disember 2008- Saat ini saya masih lagi berkhidmat di Vads KPV sebagai customer service executive, menjawab segala pertanyaan berkaitan dengan bil telefon dan internet Streamyx. Saban hari jiran saya ketika itu ialah Firdaus Abd Manap (87_abfirdaus) sebab sama-sama split-shift dan sama-sama boleh masuk la kata orang tua-tua.

Saya dan Firdaus sama2 memohon KPLI dan sama-sama memohon MARA. Yang tak enaknya Firdaus dapat panggilan MARA untuk interview dan saya tidak berjaya untuk di senarai pendekkan. Keputusan panggilan MARA diketahui lebih awal daripada keputusan KPLI. Nak dijadikan cerita Firdaus telah berjaya mendapat jawatan sebagai pendidik dalam keluarga MARA. Saya sangat sedih sebab saya akan kehilangan kawan baik saya yang paling saya sayang (eceh2). Saya nekad saya mesti keluar juga dari tempat kerja lama ini tahun depan (2009), target saya, 1 Januari 2009 saya tidak ke situ lagi.

Pada hari tersebut (23 Dec 08) Firdaus ada menyatakan kepada saya yang esok (24 Dec 08) hidup kami akan berubah.. Kerana apa? Kerana esok adalah hari keputusan KPLI ambilan Januari 2009. Di tempat kerja yang sama yang turut merasakan kedebaran hari tersebut ialah En Zamin (boss saya yang berusia 28 tahun masa tu-turut mengapply KPLI), Masudir atau kak Sudir, Zaini (Roro), AB-Faizal kot name beliau,dan Kak Ruby-juga boss saya, sebab masing2 adalah calon2 temuduga KPLI dahulu.

Malam 24 Dec 08 adalah malam yang paling saya tak dapat lupakan kerana sepanjang malam tidak dapat mentidurkan diri. Dari jam 12 lagi saya dah mula mencuba untuk menembusi laman web KPM dan saya dapati option untuk menge'check' result masih belum di aktifkan.

(Penatnya saya nak mengarang.. saya stret to the point la.. malam tuh setiap kali terjaga saya akan check. Terjaga pagi saya akan check. Terbangun Subuh pun saya akan check. Last-last saya nak gi keje sebab shif saya pukul 11 pagi. Dalam pukul 9 saya masih mencuba. Saya nekad, kalaupun saya tidak dapat panggilan KPLI, saya tetap akan berhenti kerja dari terus berkhidmat di Vads KPV.

Mungkin dah tertulis dan mungkin sama seperti yang Firdaus cakap, kehidupan aku akan mula berubah setelah melalui fasa 24 December 2008. Saya berjaya menempatkan diri di antara ribuan calon yang berjaya menyertai bidang perguruan ini. Saya masih ingat lagi terasa berbunga-bunganya perasaan saya apabila melihat skrin berkali-kali.

Perjalanan ke Ipoh telah saya ceritakan pada n3 yang lepas.. Jadi dipendekkan cerita Firdaus pun dapat menjadi KPLI-J-QAF di IPG Bahasa Antarabangsa (kalau tak silap saya), tetapi beliau telah memilih MARA sebagai masa depan beliau. Saya tak kisah sebab saya pun akan berhenti kerja di Vads. Jadi 2009 telah menukar haluan hidup saya dari seorang yang agak lagho kepada yang lebih bertanggungjawab (Insya-Allah)..

Mengingatkan hari pendaftaran, seolah2 rasa macam semalam aku dihantar oleh 'ibu' dan 'adik'. Seolah-olah semalam menari poco-poco, chicken dance dan seumpamanya lagi. Perjalanan turut diserikan dengan pelbagai pendedahan antaranya BIG, pekhemahan unit beruniform, praktikum. Oh aku sangat merindukan semua itu.

Dan hari ini, esok.. segalanya akan aku tinggalkan di belakang. Sungguh pun aku tinggalkan mereka, tetapi percaya la hati ini akan terus tersemat dihati. IPIP satu persinggahan. Adalah normal persinggahan akan ditinggalkan. Adalah normal pertemuan adalah untuk melengkapi sebuah perpisahan. Adalah normal pahit manis menjadi rempah dalam kita mencuba resipi baru. Adalah normal untuk datang dan pergi. Tapi perginya kali ini bukanlah sebagai terpisahnya dunia antara kita semua.

Hari ini.. hari terakhir untuk mendengar ceramah KISSM, hari terakhir untuk menyanyikan lagu 'Guru Malaysia' dan ' Guru Pembina Negara Bangsa'. Hari terakhir untuk menlihat Dewan Sri Melati yang akan terus berbakti melahirkan lebih ramai insan yang bergelar guru. Hari ini adalah penyambung hari esok. Dan hari ini juga kat maktab sibuk dengan bebudak yang nak mengapply loan. Aku sedikit pun tak terfikir untuk meminjamkan duit. Setiap orang yang aku tanya (mostly kakak2 kelas aku) diorang akan jawab -Tanya Laki dulu. Lagi haru kalau laki cakap no way..hahaha

Lain plak jawapan kalo tanya encik dan miss bujang. Salah seorang member aku jawab-Tanya HQ dulu. Aku tanya la HQ tuh apa? jawapannya- PAMA. Abis tu? AKu??? Aku takde suami (bodo!!! memang laaa xde ko tuh lelaki!!) Aku pun takde PAMA.. Aku terasa sendu je melihat mereka semua. Nak apply ke tak ni??? Banyak benda lagi aku tak sempat nak belajar dengan ABAH. Abah adalah guru teragung dalam mengatur hidup kami semua. Kini aku lah abang, akulah abah, akulah segala-galanya.. Akulah tanggungjawab tersebut.

Baiklah.. kenapa n3 kali ini diwujudkan? Kerana aku akan bercuti lama.. Aku tidak bisa menlihat redupku lagi mungkin dalam satu jangka masa yang agak panjang.. Mungkin n3 seterusnya aku sudah tahu di mana aku bakal ditempatkan.. Mungkin hapdet seterusnya adalah untuk menghebahkan kegembiraan tersebut, atau juga hapdet aku di tempat baru?? hahahaha

Sebagai tatapan sebelum aku berhenti menekan keyboard ini meneruskan bicara... Inilah AKu.. saat ia dilahirkan.. seiras bapaknya- ABAH- sangat sihat dan semangat.

Aku yang sebelum bergelar M


Nama diberi M bin M (hahahah)

Abang pun M bin M

December 1986- berusia 3 tahun

Dah besar sikit dan dah jadik abang pun- 1988

Diapit oleh 2 saudara- dari kiri Mazlan, M dan Mazli. (Mazlan sudah pulang ke rahmatullah pada 1988 kerana berpenyakit buah pinggang.


Gambar ini di ambil di sekitar pantai batu burok 198* <- aku lupa la bila

1986-actually ni hari raya dan umor aku taim ni 4 tahun. Tengok la kek dolu2 dan lilin yang putih ye.. takde nye nak guna lilin kecik berkaler2 bagai. huhuhu pakej 2 dalam satu- kek raya dan kek besday.
Satu kemestian kepada korang untuk memberi tajuk kepada gambar yang takde tajuk.. hehehe

Ni adik yang paling bongsu seibu sebapa. Girly yea..


Ya Allah comei nye budak ni, rasa nak buat anak angkat laaa,, tak pun anak ikan boleh gak sebab dah duk dalam air.. anak berudu pun bisa jugek!!!!


Begitulah serba sedikit tentang diri beliau (atau kini dikenali sebagai SIR M dikalangan anak murid ST Michael 1 Ipoh). Nampak sungguh sempurna, tapi kesempurnaan itu hanyalah milik mutlak yang Maha Esa. Ketidaksempurnaan inilah yang telah membawa aku ke sini, untuk membaiki kelemahan dalam menjadi khalifah di muka bumi. Selamat tinggal buat sementara Redupku, dan selamat tinggal bumi Ipoh yang penuh bersejarah buat aku. Aku pergi dengan segenggam tabah (macam tajuk lagu nasyid plak) hehehe. Selamat tinggal buat sementara kalian.. KPLI BI-1, KAPAL, BINTANG, SETIA... Sesiapa lagi nanti akan aku tambah kalau terlupa.

segmen tajaan kilang cap pagar cikgu Ramlah...

mari belajar bahasa...
**POHU- bermaksud empuk jugak.. cuma dalam loghat Kelantan
Daging pohu- daging empuk laaa...

homework:
Sila cari maksud perkataan ini:

Jirek -...........................
Nebeng -..........................
Cacang -...........................
Cokeng -.........................

-loghat Terengganu. Terima kasih. Sila hantar jawapan sebelum kelas tamat yer


5 comments:

AFAD said...

tgk gmbr ko atas nun, terindu plak kt adik aku yg dh x bape rapat coz dia da kawen (walaupon gambar ko ms kecik x sama pon ngn adik aku)..

sir M, bila mao kawen??!!

Aini Faizi Jaslan said...

sedihhh.. sebab nak tinggalkan ipuhh

Mr M said...

yuichiro... adik ko teramat serupa tapi tak seiras ke dengan aku?? hehehe .. air dicincang takkan putus laaaa

kawen?? nanti la umor aku 28 tahun..

bintang2- sedey nyer.. doakan saya selamat pulang yer dalam setengah jam lagi nih....

Unknown said...

jirek-dok tahu
nebeng-melampau
cacang-berdiri
cokeng-keras

selamat berbakti.
dropping by from sis hanis

Mr M said...

jirek-pijak
lain2 tuh betul sekali

Post a Comment