Monday, February 28, 2011

Yo Yo Yo

Yo, aku ada hutang 3 entry nak dipublishkan untuk bulan Feb ni.. jadi terpaksa la dimasukkan ke dalam bulan Ma..

Ye la, mana nak jaga blog sendiri, mana nak jaga blog sekolah... Tunggu je laaa

Saturday, February 19, 2011

Putat Yang Pergi

Yo...Sapekah putat??? Dulu masa musim ujan budak kecik ni kesejukkan di depan rumah aku....


Siapakah putat???
?
Telinga putat???

Adik aku yang kesiankan beliau telah memberi beliau makan.. Dan akhirnya menjadi penghuni tetap la sekejap kat perkarangan rumah aku ni... Kadang2 jadi teman berbual nenek aku. Kadang2 aku dengar dia marah2 kat putat, aku tak paham...

Semua orang sayangkan putat cuma bezanya Putat kena stay kat luar rumah sbb mak aku tak suke bulu2an beliau.... Setakat ni aku tak tau putat urk urk kat mane sebab xnah lak urk urk depan rumah...

Tapi sebab ada kucing jantan itam yang besar suka buli putat, putat selalu terkencing bila di jerkah oleh si itam busuk tu.. So, mak aku telah mensarankan supaya putat disingkirkan sebab undian tidak mencukupi...



Hari tahun baru China yang ke3 aku telah membawa putat (tanpa pengetahuan adik2 dan nenek aku) ke satu kawasan yang jauh sikit je dari rumah. Meraung2 dia bila naik kete aku. Bila bukak pintu dia terus pandang sekelian alam... Pastu dia lari tanpa menoleh ke belakang lagi..


Tengok tu.... ucapan selamat tinggal pun tarak... Sorry la putat, aku takleh nak jaga ko, 1st mak aku tak suke, 2nd telinga ko dah stat berkurap sbb kena cakar dek si itam busuk tuh....

Adik2 aku tak tanya pulak kemana putat pegi, tapi nenek aku duk bising x nampak beliau. Tu la masa beliau ada selalu marah2 , sekarang rindu pulak...heheheh


Me and My Bro

Sakit jiwa lak rasanya bila banyak sangat tekanan dalam hidup. Jalan hidup yang tak tau lurus ke tak nimesti diteruskan. Semalam aku mimpi aku baring sebelah abang aku. Sambil merenung ke arah seseorang... Pelik... Bila direnung lame2 seseorang itu semakin hilang dan aku saling berpandangan dengan abang aku. Bila aku ingat balik baru aku perasan seseorang yang aku renung itu ialah arwah ayah. Bila ayah aku hilang tiba-tiba aku lihat abang aku yang kat sebelah turut ilang... Aku tak paham gak tafsiran mimpi tu.. Maybe aku rindu sangat kot kat abang aku yang dah tak berapa nak kacis lagi ngan aku.

Perangai pelik minggu ini

1. Aku leh marah bebudak dengan senyum je tanpa tinggikan suara.

2. Mula2 budak2 ingat aku main2 je marah sebab suara aku yang dilembutkan sambil bertanyakan kerja sekolah

3. Aku mintak murid-murid yang tak siap keje sekolah tampil ke depan kelas. Berduyun2 diorang keluar sambil pegang buku. Ada la dalam 13 budak lelaki dan 4 perempuan. Takde perasaan risau pun malah tak siap keje ngan ke depan dah jadi kebanggaan plak kat diorang.

4. Aku senyum lagi sambil mengoyakkan page yang diorang tak siap.. Baru la semua diam.

5. End of the class.. latihan yang aku bagi as kerja rumah siap sebelum waktu BI tamat.

PS : Kejam ke aku koyak buku tu??? Ni tahap dua and tahap cipan kemalasan diorang. Ada 39 orang murid yang bercampur 1kelas.. Cerdik ngan kurang cerdik sekali. Sekali sekala tak siap xpela ... Kalo dah tak pernah siap, apa cerita????

Sunday, February 13, 2011

Aku Banyak Keje


Bila aku kenang2 kembali zaman2 bebudak dulu... kalo takde jawatan jangan harap nak buat keja. Sebab tu aku masuk BWP atau Badan Wakil Pelajar kat MRSM dulu. So, bila ada title baru la nak buat keja sebab kita ada jawatan..kan kan??

Sekarang????

Jawatan apa2 la yang paling hendak dielakkan.. Jadi pengerusi itula, ini la.... Sangat xnak pegang jawatan sebab kalo takde jawatan pun kena wat keja gak..apatah lagi kalo berjawatan????



Saturday, February 12, 2011

Kenapa aku tak suka approve orang yang aku tak kenal dalam fesbuk.......


Gile la tajuk...

Dah la tak kenal

Pastu sibuk2 nak komen apa aku tengah buat...

Macam la dia tu mak aku ke...Kawan baik sangat ke... Kawan boleh tepuk2 tampar ke....

Budak2 sangat lagi...

Senang citer...delete fren list....

Puas ati (sebab ko tak mintak maaf pun kan kaco aku????)

Monday, February 7, 2011

Tribute To Bintang, SeKudis,Kapal Terbang Kertas dan Aznan

Entry kali ini maybe adalah untuk mengimbas semula kenangan 2tahun yang lalu... Pertama sekali masih ingatkah kalian akan kehadiran PN Honda di perkarangan Lakeview Tambun Ipoh (yang kini semakin meriah sejak De Haven tercipta). Pn Honda mula menjejakkan tayar ke Ipoh ialah pada entry INI. Mesti kalian ingat pada Pn Honda ku yang telah berjasa.. Sepanjang pempraktikuman di ST Michael 1 Ipoh, beberapa kali jugak aku mendrive beliau ke sana. Ada satu ketika Aznan mentegur bahawa Pn Honda sangat tidak woman-friendly sebab tiada tisu kotak dalam kete aku nih. So, sehari sebelum abis praktikum aku mengkebas sekotak tisu dari Sek St Michael 1 nih. Dan lepas itu maka berjasa la sekotak tisu tersebut. Rasanya kalian yang pernah ku tribute kan mesti pernah merasa menaiki ke old school an Pn Honda aku ini kan? Dan mesti perasan kotak tisu dengan Shin Chan yang gerak2 kepala ini 2 tahun lalu.....

Dan kini kotak tisu tersebut masih setia dan kekal sehingga ke hari ini meskipun sudah memasuki tahun ke2 mentinggalkan bumi Ipoh. Cuma warna kotaknya sahaja yang semakin pudar dek kerana terik mentari....

Gambar ini adalah terlatest diambil pada 7 Feb 2011



Jadi.. sejauh mana pun kaki melangkah... apabila mengharungi jalan raya bersama Pn Honda... pasti kenangan di IPIP akan menjengah jua di fikiran. Aku rindukan saat2 bersama-sama KPLI-BI-1 batch 2009... rasa nak nyanyi balik lagu Dedikasi Mama Tak Kasi..... hehehe..

Mdm Esther
Puan Poo
Akka Revathy
Pratib
Aznan
Kak Tuty
Kakashida
Kak Aini Bintang
Kak Haliza
Nani (kenapa kah dia ini tidak di'kakak'kan oleh aku ye??)
(Sape ek duk sebelah nani ni aku lupa) Ha..Kak Azan
Kak apa yang sekali pandang macam Ustazah tu..ha Kak Zie
Kak Hus
Kak Ima
Kak Nora

Saje- mentry mengetest memori recall balik


Sebenarnya memang ada lagi yang pernah menjadi penumpang Pn Honda ni, just mereka tak tau akan kewujudan Rayap ni, so baik tak yah sebut la nama diorang kan...

Wednesday, February 2, 2011

Kalau dah tak percayakan anak


Mode : Cuti awal sehari
Hari Rabu
2 Feb 2011

Kalo dikira ada sekolah masih bersekolah pada hari ini sebab esok cuti CNY. Tapi sekolah aku sangat best sebab telah mencutikan diri awal sehari sebelum hari raya yang sebenar.

So pagi ni aku telah mendiamkan alarm tak macam selalu sebab tak perlu ke sekolah. Usai solat Subuh aku terus mentidurkan semula diriku ini kerana kan cuti hari ni. Tak sampai 30 saat kepala diletakkan semula ke bantal, telefon bimbit (pergh, kan senang kalo cakap henset je) telah melagukan ringtone yang membuatkan aku membeliakkan mata mengenangkan pemanggil yang telah mengkaco peniduran aku ini.

"Haloooo" suara ala2 serak2 basah gitu..maklumlah baru bangun tidow..

"Sir M ke ni?" aku dengar sore yang agak garau mengkaco pentiduran aku...

"Saya, sape ni...????" aku soal balik

Talian bertukar tangan, aku dapat mendengar suara lelaki tadi memberitahu kepada seseorang lagi bahawa aku di talian.

"Halo sir, betul ke hari ni SKBN cuti?" tanya suara perempuan pula ala2 keibuan gitu.

"Iyer, betul, kenapa kak?' sengaja aku membahasakan diri beliau akak kerana aku pasti beliau adalah ibu kepada salah seorang anak murid aku.

"Ni mak Ashraf ni, dia cakap sekolah cuti, takut dia main2 je tak nak gi sekolah" jawab suara tersebut.

"Oh, hari ni memang cuti..." balasku semula kemudian disambut dengan ucapan terima kasih.. Aku meletakkan semula hensetku ke tepi dan menyambung pentiduran...

Sekarang aku tengah pikir, nape sampai mak dia sanggup call aku padahal anak dia ada 5 orang yang bersekolah di SKBN. Ashraf tahun 6, Faiz tahun 5, Asfa tahun 3, Adwa tahun 1 dan Arif prasekolah. Takkan la kalo ke5-5 cakap cuti pun masih tak percaya dengan kata anak-anak. Ni mesti dah selalu menipu tu yang mak tak percaya sampai call aku yang tak berkaitan ni..

Camne mak dia dapat no aku ek????