Entry kali ini maybe adalah untuk mengimbas semula kenangan 2tahun yang lalu... Pertama sekali masih ingatkah kalian akan kehadiran PN Honda di perkarangan Lakeview Tambun Ipoh (yang kini semakin meriah sejak De Haven tercipta). Pn Honda mula menjejakkan tayar ke Ipoh ialah pada entry INI. Mesti kalian ingat pada Pn Honda ku yang telah berjasa.. Sepanjang pempraktikuman di ST Michael 1 Ipoh, beberapa kali jugak aku mendrive beliau ke sana. Ada satu ketika Aznan mentegur bahawa Pn Honda sangat tidak woman-friendly sebab tiada tisu kotak dalam kete aku nih. So, sehari sebelum abis praktikum aku mengkebas sekotak tisu dari Sek St Michael 1 nih. Dan lepas itu maka berjasa la sekotak tisu tersebut. Rasanya kalian yang pernah ku tribute kan mesti pernah merasa menaiki ke old school an Pn Honda aku ini kan? Dan mesti perasan kotak tisu dengan Shin Chan yang gerak2 kepala ini 2 tahun lalu.....
Dan kini kotak tisu tersebut masih setia dan kekal sehingga ke hari ini meskipun sudah memasuki tahun ke2 mentinggalkan bumi Ipoh. Cuma warna kotaknya sahaja yang semakin pudar dek kerana terik mentari....
Jadi.. sejauh mana pun kaki melangkah... apabila mengharungi jalan raya bersama Pn Honda... pasti kenangan di IPIP akan menjengah jua di fikiran. Aku rindukan saat2 bersama-sama KPLI-BI-1 batch 2009... rasa nak nyanyi balik lagu Dedikasi Mama Tak Kasi..... hehehe..
Mdm Esther
Puan Poo
Akka Revathy
Pratib
Aznan
Kak Tuty
Kakashida
Kak Aini Bintang
Kak Haliza
Nani (kenapa kah dia ini tidak di'kakak'kan oleh aku ye??)
(Sape ek duk sebelah nani ni aku lupa) Ha..Kak Azan
Kak apa yang sekali pandang macam Ustazah tu..ha Kak Zie
Kak Hus
Kak Ima
Kak Nora
Saje- mentry mengetest memori recall balik
Sebenarnya memang ada lagi yang pernah menjadi penumpang Pn Honda ni, just mereka tak tau akan kewujudan Rayap ni, so baik tak yah sebut la nama diorang kan...
0 comments:
Post a Comment