UPSR baru je melabuhkan tirainya pada 15 September lepas dan selepas itu berakhirlah sudah tanggungjawab aku terhadap 6 Al-Ghazali untuk 2011. Semakin hampir dengan keputusan, semakin hampir juga saat2 perpisahan antara aku dan mereka.
Salam ucap terima kasih sebab ngajar selama ni ke??
Yes, exam dah abess... Sir takkan buleh nak marah aku sebab tak wat keje sekolah lagi.....
Wajah2 keriangan UPSR sudah berakhir.
Jadi dengan rasa best dan sangat konfiden, aku telah menjemput 3 orang dari mereka untuk bermalam di rumah aku sebab Pn Ma mengadakan majlis tahlil arwah untuk ibu bapak aku (Pn Ma is my is my 2nd mom, kan dah bagitau). Mereka yang aku jemput adalah si WKH 2011, Luqman, dan juga Saufi.
Antara sebab-sebab utama aku menjemput diorang adalah untuk mengerahkan tenaga mereka melakukan kerja2 yang buleh mereka lakukan. Sekurang2nya mengurangkan tenaga kerja keluarga aku, dan antaranya juga aku mahu lebih masa bersama WKH tahun ni. Huhuhu..
Antara tugas2 yang dilakukan..
1. Bersihkan Pn Honda (kereta aku)
2. Gali lubang (aku nak tanam pokok-takde kaitan dengan tahlil pun)
3. Cuci lantai
4. Basuh pinggan
5. Lipat baju SIR!!! (ada jugak??)
Frankly yang bahagian lipat baju itu memang menggezutkan aku. Aku tinggalkan mereka dalam bilik sementara aku buat keje kat luar. Aku sekadar berbasa basi menyuruh mereka lipat baju. Sekali betul2 pulak dilipatnya. Termasuklah semua seluar kecik aku (boxer) dilipatnya tanpa segan dan silu. Bila aku tanya, kalau la boxer itu digantikan dengan spender, adakah masih dilipatnya? DIjawabnya - Masih!!!
Selesai majlis tahlil pada hari Jumaat, mereka still lepak dirumah aku, tak banyak sangat aktiviti lain just main game, main tenet, main game, main tenet. Petang Sabtu aku bawak round bandar. Pergi ke Pantai Batu Burok.
Terima kasih bebanyak dengan kehadiran mereka, sekurang2nya menjadikan teratak kami menjadi meriah. Terasa sunyi sangat apabila ketiga2nya pulang ke pangkuan keluarga masing2.
2 comments:
ehehehe.. sempat lagi kerahkan murid2 ni membantu dumah ye.. apa pun all the best buat mereka utk keputusan yang lebih gemilang..
Hai Cikgu Jumadil.. biasa la..takde tenaga yang boleh bantu. Tu yang kerahkan mereka. Lagipun mereka bukan kena buat keja saja suka suka, of kos la ada upah. BTW thanks for stop by..
Post a Comment