Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
30 March 2012 adalah kali terakhir wa melihat beliau. Memang sejak memiliki Shiro, Pn Honda sudah lama tidak dipandu lagi. Dan selagi beliau masih disisi wa, selagi itulah wa akan risau akan kesudahan kisah kami. Mana lah tau kot2 break down yang superb. Jadi wa telah memasang niat untuk menjadikannya milik orang lain.
Seminggu sebelum hari terakhir, wa dihubungi oleh seseorang yang agak asing bagi wa. Itulah Zulhamizan, bekas anak murid wa UPSR 2011 tahun lepas - batch Amirul. Pada mulanya memanglah sekadar bertegur sapa dan bertanya khabar. Sekali beliau kata bapak beliau mahu berbicara dengan wa. Ditanyanya pada wa pasal ketiadaan Honda kerana bapak beliau sering berulang alik ke Sekebun untuk menghantar adik si Zulhamizan. Wa pun cakap la Honda masih di sisi wa dan berniat untuk di let go. Bercakap lebih kurang dan dalam tempoh seminggu bapak beliau melihat dan mengetest drive Pn Honda, maka pada hari tersebut jam 4.57pm wa melihat Pn Honda dipandu pergi oleh encik Zulman. Yang pasti wa terasa kehilangan beliau. Saat wa menceritakan semua ini pun wa masih terasa sedih yang amat.
Puan Honda dibeli oleh arwah abah wa seingat wa pada usia wa 11 tahun (18 tahun dahulu). Dengan Pn Hondalah arwah abah menghantar wa ke sekolah. Dengan Pn Honda jugak la arwah abah memecah keheningan pagi menuju ke Muadzam Shah Pahang tatkala wa ditawarkan ke MRSM di sana. Dengan Pn Honda lah wa diusung ke sana ke mari sepanjang wa meningkat remaja. Dengan Pn Honda jugaklah wa menjadi driver arwah ayah wa sepanjang cuti panjang semasa menjadi penuntut universiti dahulu. Wa membesar di hadapan beliau, agak berat melepaskan beliau pergi, tetapi inilah suratan yang telah tertulis.
2009 - Arwah pergi meninggalkan dunia dan ini menjadi tanggungjawab wa sejak pemergian beliau
Dua kali major break down sepanjang di bawah jagaan wa 2009 - 2012
Berhujan dan berpanas bersama
Menjadi peneman wa setiap kali mendatangi SKBN
Pernah menjejakkan kaki tayar di bandar Ipoh (2009)
Menjadi pengangkutan utama wa sepanjang wa bergelar Sir M
Kenangan bersama2 WKH terakhir wa
2 comments:
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
KAWEN NANTI HANTAR LA KAD SEKALI
=D
Hoho,,, insya allah....
Post a Comment