Sunday, July 1, 2012

N3pslwkhwathnni

Hari ni dah masuk Julai. Kejap bebenor yer masa berjalan. Wa sampai ke Kuala Terengganu pun jam dah dekat 12 tengah malam. Wa ke mana? Oh, wa lupa nak cakap wa pergi ke Kuala Lumpur sebab ada kursus kat sana. Kursus cikgu cikgi dan kaki tangan sekolah. Nama je kursus, padahal, kepala otak nih nak pegi berjalan2. Lupa gak nak tambah seminggu yang lepas pun dah pergi ke KL gak. Tapi tu dengan WKH dan lain2. Lawatan sambil belajar. Nanti la wa citer. Ni wa nak citer latest dulu.

Hari pemergian ke KL untuk kursus tu adalah hari Khamis. Dijadualkan bertolak jam 2.30 petang. So persekolahan hari Khamis diawalkan ke jam 1215. Mean 1215 dah boleh blah cikgu2 dan anak2 muridnya sekali. Wa hari Khamis tu sebenarnya memang tak siap2 100% lagi packing. Ingat sempat la nak packing lepas sekolah. Dan nak dijadikan cerita semalamnya si WKH wa ni tido rumah wa. Pagi tu datang dengan wa dan beg baju beliau ditinggalkan dalam kete wa. Sebelum balik wa tanya la nanti nak wa hantar balik ke? Dia angguk je. Tapi sebaik je loceng berbunyi wa jadi tunggul lak kat kete wa si Shiro tu. Cikgu2 lain dan bebudak dah stat membalikkan diri. Wa bagi masa sikit lagi padahal wa dah pesan tadi yang wa suh dia gi kete terus lepas cukup 1215. 

Last2 wa dah panas ni. Wa tak kisah kalau dia xnak balik lagi tp at least amik la dulu beg baju dalam kete wa. Wa nampak sorang budak suh carik dia. Wa dah malas nak panjat bangunan nak carik budak nih. Tak sampai 30 saat beliau membelarikan diri ke arah wa dengan menggalas beg. Wa terus tanya tengah wat apa? Jawab beliau 'tengah sembang ngan kawan sambil melayan e-book'. Wa bukan panas hati sebab dia sembang dengan kawan. Sedang elok wa pesan suh turun terus dari kelas, boleh dia sembang dengan kawan sampai 15 minit pulak tuh. Wa tak kisah, apa pun amik la beg then wa boleh blah dari sekolah. Takdelah wa kena hantar dia ke rumah dulu. Lepas tu wa macam nak membebel jugak la tapi wa tahan. Wa kontrol suara wa sebab wa tau nanti tak pasal2 hujan plak nanti. 

Bila wa tanya nak balik ke nak lepak, dia nak ikut wa. So wa hantar la dia dulu. Susah tul la ada WKH ni, kita dah sayang dia, tapi bukan reti nak jaga hati wa kan? Sebijik macam Mirul. Wa dah terbayang2kan kalau la wa teruskan mem'pamper' beliau, adakah balasan yang sama dari Amirul yang wa akan dapat nanti?Bila dah hantar wa kool balik just wa tak puas hati sangat sebab WKH wa ni memang tak reti nak kata maaf ke sorry ke bila dah wat wa bengang. 

Tapi yer la, itu cerita Khamis lepas. Wa nak undur seminggu ke belakang sikit. Masa minggu wa dan rombongan sekolah ke KL-Melaka-N9-Johor sikit2. Minggu ni wa macam ditunjukkan perangai sebenar WKH. Sejak akhir2 ni dia macam nak tunjuk perangai. Apa yang wa suruh dia nak lawan. Wa suruh buat A, dibantainya buat B. Wa suruh dia gi kanan, dia belok kiri. Memang la satu alam tahu dia tuh kamceng dengan wa tapi dah kamceng sangat pun maybe timbul perasaan bosan atau boring, so dia dah stat nak elak diri dari wa. Sebelum wa dah rapat lebih seperti dengan Amirul dulu, baik wa lepaskan kan? Bila wa tengok dia macam nak lari dari wa, melawan arahan wa, sebijik wa nampak Amirul di belakang dia.. Protest la kot. Tapi bila dah wa tengok dia berkepit je ngan wa masa kat Melaka Wonderland pun wa teringat kat Amirul gak masa wa dengan Amirul kat Gambang Waterpark. Mungkin wa salah didik kot. Asal kamceng pastu jadi protes macam Amirul. Huuuum.. Susah gak camnih. 

Hari nih pagi2 lagi wa masuk kelas. Wa nampak dia cam tak bermaya. Bila wa panggil pun lambat2 je dia datang. Sangka wa dia masih kecik ati pasal hari Khamis lepas yang wa marah dia time balik tuh. Tapi bila wa pegang badan dia wa rasa panas. Bukan panas hati, badan dia panas. Wa tanya sihat tak, sakit kepala jawab dia. Time ni wa tak reti nak citer camne tapi sebab wa terlalu tunjukkan keprihatinan wa, dia jadi hujan tropika seketika. Eihs.... 

Time balik wa tepuk belakang dia dengan agak kuat, masa tu nak solat Zohor kat surau. Niat super asal nak bergurau je. Tak pasal2 dia hujan lagi sekali. Ya Allah.. wa buat apa nih? Bila wa tanya, dia jawab dia x sihat. Ish..senang betul dia jadikan modal air mata. Ah.. tensen tul. Tak pasal2 wa yang kena mintak maaf. Takpelah...hahahah..

Tadi abahnya si WKH mesej kat wa cakap yang anak beliau demam dan tidak hadir untuk tusyen malam. Hahaha, padahal bukan kelas wa pun malam ni. Tapi xpe la wa terasa diri wa telah dianggap sebahagian daripada keluarga mereka. Itu yang penting.






0 comments:

Post a Comment