Friday, July 6, 2012

Semalam....

Semalam adalah kenangan
Hari ini adalah kenyataan
Esok adalah harapan.....




Pergh...bukan wa yang create terms ni, tapi wa cam pernah dengar so wa dengan sewenang2nya telah menggunakannya pun adoi ter ber dalam n3 kali ini. Perkara yang paling manis ke paling sedih ke kalo dah jadi kenangan, maka kenangan lah hendaknya.

Pagi tu wa tak tau bulan berapa tapi tahun 2011, dan wa adalah guru kelas tahun 5 Al Ghazali. Seperti biasa bila dah kelas Ghazali je mesti perangai sengsorang cam nakhorom. Tahun lepas ketua kelas adalah sorang budak yang pada pemerhatian wa adalah biasa2 je, takde pun rasa akan ada kisah dan wa tak terfikir akan tercoret dalam rayap wa neh. Ketua kelas pun dilantik atas pilihan kawan2 yang lain dan wa bersetuju sebab dari pemerhatian wa terhadap budak ni wa rasa attitude dia ok jer. 

Masa tu adalah time subjek Bi tapi setengah jam sahaja...wa lalu kelas dan kelihatan kelibat beberapa orang budak sedang bermain bola (di dalam kelas wa yang super kacis oh bagai tahu!). Adakah salah untuk wa meradang melihatkan keadaan kebisingan kelas yang super bising itu? Wa menjerkah dan terus bagai tikus mereka kembali ke tempat masing-masing meninggalkan bola yang dihasilkan dari tangan mereka sendiri menggunakan kertas dan gelang getah. 

Wa panggil setiap budak yang terlibat ke depan dan antara yang wa ingat adalah Yahya, Azri, Zulhilmi, Hafizudin, Che Wan dan what a surprise...si ketua kelas yang selama ni tak pernah cari pasal. Maka berlakulah sessi pembebelan ke atas mereka di hadapan kelas dan semuanya umpama tunggul diam membisu. Serius kelebihan wa adalah membebel tanpa henti hingga habis masa adalah satu anugerah yang Allah turunkan. Hahahah poyonya ayat wa. Tapi bukan wa nak cerita pasal kelebihan wa itu. Tapi antara semua tu, ketua kelas adalah kali pertama yang kena marah. Lain-lain semua macam dah biasa dengan bebelan wa, bak kata omputis, alah bisa tegal biasa. Dah kalis peluru dah. Tapi wa tetap hukum diorang.

Wa nampak perubahan wajah sang ketua kelas tatkala wa membebel pasal dia bermain2 dalam kelas. Dia kelihatan merah dan malu. Apabila loceng berbunyi menandakan kelas wa telah berakhir (kan wa dah cakap, wa mampu membebel sampai sejam, setakat setengah jam tu umpama pendahuluan tanpa penutup yang kukuh dan jitu), wa memberi amaran terakhir yang ke berapa puluh ntah. Wa keluar dan memanggil sang ketua supaya menjemput cikgu seterusnya iaitu Ustazah Robiah yang wa panggil sebagai Kak Yah. 

Semasa menuruni tangga wa sengaja memberi nasihat yang terakhir kepada sang ketua, menyatakan kenapa wa memarahi dia, dan meminta supaya dia menjaga kelakuan akan datang, tanpa diduga hujan tropika angin monsun timur laut yang menjelma. Menggelabah jugak wa sebab itu adalah kali pertama hujan yang turun depan mata wa. Seketika ustazah Robiah terserempak dengan wa dan sang ketua. Ustazah Robiah bertanyakan kenapa, lantas ku menceritakan segala2nya. Dia tersenyum lalu meminta supaya sang ketua kembali ke kelas bersamanya.

Seketika Ustazah Robiah kembali ke bilik guru, lalu memanggil wa. Hebat la M kata beliau. Wa tanya la apasal? Dia jawab sebab kasihkan cikgunya la si sang ketua menangis..sebab selama ni tak pernah diherdik sedemikian menjadikan beliau berkecil hati dengan wa. Huhuhu...

Masih lagi dalam mode kenangan. Tahun 2012 pulak. Bulan berapa ntah...Tapi wa ingat lagi sehari sebelum tu wa ada suruh beliau (sang ketua dahulunya tapi kini sudah menjadi pengawas) mensiapkan kerja2 sekolah yang wa beri. Masa ni beliau datang tido rumah wa. Balas beliau esok la masih sempat sebelum waktu wa menjelma. Tapi time tibanya masa wa, mula2 sekali wa suruh bangun siapa yang tak siapkan kerja sekolah yang wa beri... Surprisingly dia pun bangun jugak. Ada lagi la 2-3 orang. Time tu wa kecik ati sangat2 sebab dia sendiri dah janji nak siap pastu masih tak siapkan jugak. Bagi wa, yes wa memanjakan dia tapi tak bermakna dia wa tak akan hukum kalau wat silap. Satu sekolah sedia maklum yang dia adik angkat wa walaupun wa tak nah menyatakannya pun. Wa marahkan satu kelas hanya kerana 2-3 orang yang tak siapkan homework. Wa dah takde mood nak ngajar, siap wa nyatakan lagi, wa sebut nama dia, wa cakap wa sangat kecik ati dengan dia sebab dia janji nak siapkan sebelum wa masuk kelas. Dia diam jer.. Wa diam buat tak tau sampai masa abis. Loceng rehat berbunyi dan wa blah tanpa ucapan salam.

Wa gi kantin dan makan, sambil mata menjeling mencari dia si budak yang kena marah tadi. Tiada. Wa siap makan wa panggil sorang budak, nama Syakirin. Wa tanya mana si budak yang kena marah. Dalam kelas katanya, sambil tengah nangis. Huh... nangis lagi??? Tadi masa wa keluar wa tak nampak pun dia nangis. Wa tak nampak sebab wa tak nak pandang dia.

Wa suruh si Syakirin panggil si budak itu ke arah kereta wa sebab wa nak keluar selepas time rehat.Lambat jugak dia menghampiri kereta wa. Bila dah masuk dia menangis menangis dan menangis. Dulu ketawakan si Amirul yang suke menangis, sekarang empunya badan pun sama jerk. Wa pun cakaplah sebab2 wa marahkan dia, wa pujuk dan wa suruh dia gi makan sebab dia tak turun makan pun. Wa tak kisah la kalau2 lepas ni dia nak larikan diri dari wa ke apa. Yang penting wa marah bersebab. Then selesai camtu lah kot, lepas dia dah tenang....

Di hari yang lain masih dalam tahun 2012.....
Wa suruh dia tutup pagar, n wa tunggu dalam kereta. Tak tersangka2 pintu pagar rumah wa terlepas lalu terlanggar bumper Shiro wa. Mengamuk la wa sebab meninggalkan scratch kaler itam. Masa tu wa nak hantar dia balik. Sepanjang perjalanan balik, wa diam menahan geram, dia pun diam gak, tau kot rasa bersalah. Sekali sampai je kat rumah, wa lepaskan kegeraman wa. Wa tanya tak reti2 nak mintak maaf ke? Dia nangis lagi... Hahahah.. dah agak. Pantang kena marah, hujan, pantang kena tegur, banjir. Pastu nasihat ...then mintak maaf, then tenang. Mula2 wa ingat dia dah serik nak datang rumah wa... Sekali wa ajak, nak je dia....Minggu2 latest ni datang dengan syarat untuk belajar. Kalau nak main, wa tak nak ajak....

Kenangan kan? Itulah WKH wa tahun ni... Namanya adalah...... belum masanya lagi kot untuk wa cakap.

0 comments:

Post a Comment