Bila celik uga jbila mimpi
Aku nampak kau tapi bukan aku yang disisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semua kau iakan
Sentuhan jari kau diam dan kau biarkan
Aku redha walau tidak kudamba
Walau hampa semuanya dah dijangka.....
Semakin malas wa nak mencoret sebarang sesuatu dalam rayap wa nih. UPSR just ended. Tapi wa masih dibebani dengan tugasan yang bertimbun. Kertas periksa masih belum bersemak. Untuk tahun 5 la... Macam last year jugak, lepas je UPSR wa tangguh2 check kertas exam 5G (yang mana adalah 6G sekarang). Wa kadang2 terpaksa korbankan diorang hanya kerana untuk memuaskan pihak2 lain yang tertentu.
Okey, tahun ni kalau kira wa telah menginjak ke satu langkah lagi di mana wa mengikuti kursus KSSR tahun 3 pada pertengahan tahun yang wa sendiri dah lupa bila. Bukan kursus untuk mengajar, tapi untuk menjadi JU dan memberi kursus pulak kepada guru2 lain yang sah2 mesti lebih senior dari wa. Hurm...benci betul dengan tugasan tahun ni. Then yesterday (Ahad) wa dah kena mesyuarat untuk penetapan tarikh nak wat kursus. Pergh... dah la kena handle whole district (KTU dan KTS) lebih kurang 80 buah sekolah gak tuh. Wa pun bukannya native speaker.. mesti wa bagi kursus dalam bahasa melayu jer nanti.
Pergi mesyuarat pun wa jumpa balik dengan kakak2 wa yang ada jugak nak jadikkan wa sebagai menantu. Bila jumpa wa semula, langsung diberitahu yang anak beliau kini sudah masuk UMT. Apekehelnya. Masa wa single bukan main lagi sorok2 anak beliau. Sekarang ni beliau tak tau wa dah nikah, then main2 lagi nak pasang2kan wa dengan anak gadis beliau. Huhuhu... Yang tak tahan ada sorang lagi yang wa panggil kakak jugak siap tanya "nak jauh ke nak yang dekat? anak akak sorang duk Malaysia, sorang lagi kat Melbourne.." Motif??? Nak suh wa jadi menantu dia atau nak bagitau anak dia duk obersi??? Huh... siap tunjuk2 gambar anak2 beliau dalam smartfonnya itu pun. Wa cakap wa dah kawin tapi dia macam buat tak dengar. Okey la wa ok je...
Yang kehairanannya pun, ada jugak kakak2 yang baru kenal masa gi mesyuarat tu guess wa nih masih solo dan lone ranger. Hahahaha....wa rasa bangga lak..
Banyak jugak wa tangguh entry lain2. Banyak benda wa tak coret. Tapi wa cuba la apa yang wa mampu.
1 comments:
Jangan lupa status 'suami' tu ye...Sedih isteri dengar ...
Post a Comment