Tuesday, January 22, 2013

Wa Paling Tak Suka

Wa paling tak suka kalo orang tuduh wa sesuatu yang wa tak buat. Camtu gak kalo orang nasihatkan wa sesuatu yang wa tak buat. Kalau wa tak bengang, jangan la nasihat 'Tak baik bengang2..' Sedangkan wa x bengang pun.. dari x bengang dah jadi bengang....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 21, 2013

Kerja Luar Bidang Tugas

Kalau disebut memang tajuk cam nakhorom je...Takdelah senakhorom sangat. Minggu depan kan sekolah wa akan adakan pertandingan merentas desa, so wa dengan rasa rendah diri telah diberi tugasan untuk melakar pelan / melukis pelan laluan larian merentas desa nanti. Tapi sebenarnya takdelah kena lakar, tapi more to terap semula peta yang dah usang ituh.... 
Kenapa kena letak di tingkap? Sebab wa tak nampak kalo terap atas meja saja.. Bila kat tingkap tu ada la jugak cahaya menembusi kertas, so dapat la wa terap dengan cantekkkk sangat...

Cantek ke hasil lukisan wa???


Rindu Yang Masih Bersisa

Last week wa entah camne mendapat idea untuk mengajak WKH wa stay dengan wa for this week. Bukan apa, minggu ni sekolah pun 4 hari je, then PnP pun takde sebab ujian sedang berlangsung untuk tahap dua. Kira tak banyak sangat la perkara yang wa kena standby untuk mengajar. Wa pun call akak nye si ibu WKH, wa cakap la terus terang nak pinjam WKH untuk seminggu (tak sampai seminggu pun, hari sekolah je). Si ibu mula2 macam tak tau nak jawab apa sebab si anak ni kena gi sekolah dengan van. Wa dah deal dengan van dia sebab bayaran kira minggu2. So kalau seminggu tak naik, xyah la bayar seminggu. Tambah ibu lagi, kalau abang angkat dia nak ambik, abang angkat dia la kena hantar dan ambik kat sekolah. Wa set je..... So, last Saturday wa bawak la WKH pulang ke rumah.

Masih bertugas sebagai pengajar, dan banyak siot kerja sekolah budak ni. Dan banyak jugak salah yang dia buat...
Lakonan ini adalah benar...heheheh

Wa tanya WKH, selalu tidur pukul berapa. 9 dah tidur, sir. Jawab beliau. Wa tengok jam, dah pukul 11.00 malam. Bergaduh gak la wa dengan budak ni sebab tidur lambat. Dah la nak kena bangun awal. Pastu leh lak layan game kat tablet wa. Tu yang wa tinggikan suara sekejap. Yelah, bila duk sini banyak pulak aktiviti tambahan yang beliau buat. Bila wa marah, mula tarik muka. Sentap la tuh. Wa biar dia tidor dan wa menteruskan kerja2 wa yang masih berlambak tuh.

Seawal 5.00 am jam dah berdering. Selalu bila wa solo, pukul 6.30 baru wa bangun. Ni sebab nak kena hantar beliau dahulu, 6.30 wa dah siap2 dalam perut Shiro. Pergh... xnah seawal ini wa bergerak ke sekolah. Selalu dah abis 30 minit ustaz Don, baru wa gerak. Takpelah, untuk seminggu je pun.


Dulu dah biasa tengok budak ni dalam attire pengawas, tapi kali ini agak berbeza sedikit bila seluar dah kaler lain, baju pun kaler putih semula.



Selalu umi tak siapkan sarapan pun...kata budak ni. Wa pun tak siapkan apa2 pun, just goreng2 frozen food je kot. Leh la isi perut. Memandangkan hari ni Ahad, mesti ada assembly, dah tu lama, mesti lapo. So makan la apa yang ada.


Sampai ke sekolah beliau, alam semesta masih gelap gelita, tapi deretan kenderaan membelah keheningan pagi sudah mula menampakkan sibuknya. Tapi tidaklah sesesak jam 7 ke atas. Seusai menghantar beliau, wa pulak yang boring sebab sampai awal ke sekolah. Pertamax kot, sampai je ke parking, masih kosong, kosong, kosong, (sila baca seperti lagu Najwa Letih) parking itu. Wa lepak jap dalam Shiro, jangan terlelap sudah lah... Pastu, wa membangunkan diri serta bergerak malas menuju ke bilik guru.

Sekolah abis saat jam 1.15pm.. Mujurlah ada taklimat merentas desa selepas itu. Jadi xdelah  wa tertunggu2 lama sangat untuk sampai ke jam 2.20pm. Sekolah menengah kan lewat sejam dari sek rendah. Lepas amik beliau, wa ajak gi bandar. Niat super asal wa adalah untuk menyambung road tax Wira Angkasa wa (moto wa lah) sebab dah tamat tempoh bulan 9 tahun lepas. Hahahaha..... Eh apasal lak wa gelak. Oh, sebab bila wa sampai kat tempat wa wat insurans tu, wa plak x bawak cover note. Hurm...payah nih... Nak tak nak wa terpaksa la balik...

Hari kedua (hari ni la-Isnin 21 hb).. Bangun lewat sikit je... wa macam biasa gerak dalam 640am...  Hari ni (skarang la) tengah ujian so wa jaga kelas wa sambil hapdet blog wa nih la.. Boleh plak dalam kelas wa ada line wifi yang superkacis

Hari ini berbaju sukan je la sebab ada mp PJ katanyer...

Sempat lagi tuh main game... hampes...

Wa semakin hari semakin bosan dengan kehidupan wa. Dah la bini jauh.. Besday pun aci sorang2 je.. Hu hu xpelah, ada la hikmahnya tuh. Pengajaran di sekolah pun dah macam ilang arah je. Dengan keadaan wa yang semakin bertambah2 kerja.. dan sikap wa yang suka mengangguhkan kerja. Pastu rajin plak nak tolong orang mensiapkan segala kerja bagai. 

WKH banyak jugak cerita perihal sekolahnya. Wa tanya best sekolah menengah? Cakap best jugak, sebab environment yang berbeza. Tapi best sekolah rendah sebab ada sir.. huhu tacingnya......


Wednesday, January 16, 2013

Hari Hangin Sedunia Lagi


Dua hari lepas wa telah memecahkan rekod wa sebagai seorang guru yang nice menjadi nightmare kepada mereka. Tahun 3 Al-Farabi, baru berusia 9 tahun, tapi disebabkan bilangan mereka yang ramai kadang2 membuatkan wa sakit kepala dengan karenah diorang. 30 orang adalah bilangan paling ramai yang pernah wa tangani. Betul ada sekolah lain sampai 39 orang atau lebih, tapi wa dah biasa dengan bilangan yang bawah 25. 

Wa tak ingat apa yang berlaku, yang wa tahu wa jadik panas dengan kata2 bebudak tu especially yang sorang tu, dah la pompuan, mulut macam Joyah. Sape la Joyah yang tiba2 muncul dalam n3 wa nih. Huhu, pastu tak semena2 tangan wa mensepak laju2 ke arah belakang kepala budak tu. Wa rasa satu kelas senyap tiba2. Wa mengamuk satu kelas menikus. Dah tu wa tanya balik, camni ke diorang layan guru2 lain, diorang jawab tak. Habis tu apasal dengan wa diorang kurang ajar???? Diam...

Semalaman wa rasa bersalah. Yelah, wa dah guna fizikal dalam menghukum. Maunya budak tu repot kat mak bapak dia camne? Sekali mak bapak dia dato datin camne? Esoknya wa datang sekolah, pagi2 lagi wa dah bertembung dengan budak semalam wa sepak. Dan rutin biasa, beliau akan mengucapkan salam dan good morning pada wa, siap senyum lagi. Kalau budak tu laki sah-sah wa peluk ucap terima kasih sebab tak kecik ati dengan wa.

Wa masuk kelas 3F wa citer pasal sejarah2 lepas yang kebanyakan pelajar yang rapat dengan wa adalah pelajar yang pernah kena tangan dengan wa. Hakikatnya macam tu lah, beliau antara pelajar yang paling rapat dengan wa hari ni.

Ps... Tahu plak kecik ati bila anak murid membezakan layanan antara guru dengan guru lain. Wa tak tau plak camne perasaan anak2 wa selama ni bila wa melebih2kan WKH wa dari orang lain... huhuu.. Sebab itu dalam bidang ni tak patut ada perasaan pilih kasih. Tegas nya wa tak pernah pilih kasih bila dalam kelas.OK!

Tuesday, January 15, 2013

Perkenalan 6 Al-Ghazali 2013

Dekat seminggu wa tak jot down hape2 pun kat dalam ni. Kehidupan wa kembali macam dulu, balik sekolah tido pastu bangun carik makan, kadang2 merayap ke rumah kakak, kadang2 ke rumah mak wa. Dah 3 minggu sessi pembelajaran. Wa dengan 6G tahun ni semakin serasi, cuma masih belum kenal hati budi masing-masing. Tapi wa x akan bukak application untuk mane2 sebagai WKH pun... hahaha..

Last year dalam N3 ini Wa Kena Basuh wa telah memperkenalkan anak2 murid wa.untuk 2012. Kali ni wa ada 18 orang je calon 6G untuk wa basuh betul2. Tapi, ikatan selama 3 tahun untuk 6G wa tahun lepas tidak sama dengan sembilan bulan 6G tahun ini. Wa nak request tahun depan wa nak follow tahun 5G then terus 6G. Tahun ni memang x best, 5F sah2 wa tak akan ajar 6F tahun depan. Sekolah wa dua kelas je setiap tahun. 6F kira kelas elite la, 6G plak kelas belakang. Wa dah biasa dengan kelas belakang2 ni..

Minggu jugak ada 3 orang cikgu yang mula riki2 wa sape WKH wa yang baru. Hahaha, seperti yang kawan wa pernah cakap mesti ada je yang ternanti2. Mula2 Kak Mi yang mesej wa dalam fb, tanya pasal WKH. Wa cakap, tak yah lah, wa rasa kasih sayang Hafizam untuk wa masih tiada pengganti. Bila wa citer apa yang wa alami sepanjang mengenali Hafizam, seluruh keluarga Hafizam terima wa, sehingga lah berkelah pun wa dijemput, Kak Mi menyatakan rasa sayu dengan penerimaan mereka terhadap wa. Sebab tu wa janji nak jaga Hafizam sehingga lah bila-bila.

Masa kat sekolah pulak, semalam, masa wa duk membeli lauk nasik, tiba2 Kak Nun (cikgu BM) tiba2 tanya wa, tinggal sorang la sekarang ni? Wa jawab la ya, cakap orang rumah balik akhir bulan. Sekali kak Nun tanya takdok anak angkat ke? Wa jadi blur, tapi wa jawab jugakla kadang2 wa bawak balik hari minggu sebab sangka wa beliau maksudkan Hafizam.Sekali Kak Nun balas semula, bukan Hafizam, tahun ni punya takde ke... Wa gelak....wa jawab tak sangak soalan camtu leh kuar dari mulut dia. Wa gelak je wa cakap wa dah kawin, malas nak ada anak angkat baru. Sebelum ada further question, wa blah cepat2.

Ni kisah hari ni, wa buat gambar2 kat bawah ni untuk ditampal dalam kelas. Edit guna Power Point je. Masa wa nak laminate, tetiba plak Kak Zan yang mengaku dirinya kakak wa, dan wa pun mengaku wa adik beliau membelek2 gambar2 ni. Soalan cepucemas yang sama, tahun ni xde calon ke? Wa jawab xde. Sekali dia pun jawab, Kak Zan pun rasa takde calon yang layak. Hahaha...Kak Zan menambah, memang semua orang duk tertunggu sapa la anak wa tahun ni. Bagi wa memang takde.... Kalau ada pun biarlah semua yang wa jadikan WKH. Hahahaha....

Minggu ni wa rasa agak busy dengan kerja2 di luar bidang. Tetiba je wa kena jadi photographer. Guna DSLR orang lain, wa tak mampu nak beli lagi. Hari Khamis minggu lepas wa start amik gambar student wa yang 6G ni, pastu diikuti dengan kelas 3F atas permintaan kak Norizan. Ahad pulak wa kena amik foto 5F, kelas Ustazah Liza, sebab bila tengok kelas Kak Zan amik gambar, beliau pun nak wa amik gambar anak2 diorang jugak. Then teacher Izza pun nak wa amik gambar anak2 dia jugak, kelas 4G. Minggu ni saja wa asyik makan free sebab dibelanja oleh kakak2 yang wa telah mentulong ini lah...

Okey la, mari wa kenalkan calon2 UPSR 2013 dari kelas wa.






















Tak seramai tahun lepas, wa masih dalam proses menganalisa dan mengenali karekter masing2. Cuma wa harap, ada yang mampu wa tolak ke depan. 


Nilah cikgunya...Huhuuhuhuu.....


Ni WKH last year...

Monday, January 14, 2013

Rindu Semakin Jauh

Semakin hari semakin rindu wa dengan mereka yang telah meninggalkan wa. Semakin kuat wa cuba melepaskan mereka, semakin kuat pula ingatan wa terhadap mereka. Tapi kehidupan mesti diteruskan dan kenangan bersama objek ini masih lagi belum dapat wa lupakan...

Cepat betul masa berlalu, rasa bagai semalam wa mengenali budak ni. Rasanya tahun ni kot banyak n3 pasal budak ni sebab wa asyik terbayang2 budak ni di SKBN wa. Dah la wa ngajar 3F yang dahulunya adalah kelas wa pada tahun 2011. Pastu 5F pun bekas kelas wa jugak 2012. Sentiasa nampak wajah kesayangan hamba wa ini merata-rata.

WKH wa masa darjah 5. Takat bahu wa je...

WKH masa darjah 6. Dah nak sama tinggi dengan wa time ni. Cepatnya membesor..

Pewaris beliau, adik bongsu Hafizam, Hazamil. Tahun 1 2013.


Last week budak ni ada cakap wajahnya terpapar di dalam laman web sekolah baru beliau. Wa tak riki, tapi dia sendiri yang riki dan tunjuk kat wa. Hampir wa tak kenal dengan penampilan beliau sekarang. Sungguh kacis dan nampak sangat matured. Lambat laun beliau akan lupakan wa. Biarlah wa coret dalam rayap wa sebagai kenangan suatu masa nanti supaya wa dapat tahu bahawa ada orang yang pernah menjadi seseorang kerana wa. Cukuplah beliau mengenali wa lagi suatu hari nanti...

WKH wa depan sekali. Wajah kini di ambil dari laman web sekolah baru beliau. 

Terima kasih Hafizam kerana menjadi anak murid yang paling baik untuk sir!

Monday, January 7, 2013

Keluarga Baru Wa 2013

Jangan salah faham, wa belum mendapat ahli keluarga baru, (doa2kan lah ye cepat2) cuma inilah anak2 didikan wa untuk 2013. 6 Al Ghazali tahun ni adalah anak didikan wa yang kali pertama bertemu mata dengan wa, sepanjang wa 3 tahun di Sekebun, wa tak nah berpeluang untuk mengkenali mereka. Mungkin kasih sayang itu belum bertaut, tetapi kemesraan itu mereka cuba wujudkan.

 Putera2 wa dari kiri Amir, Firdaus, Hafiy, Syahrul, Naqib, Ashraf, Alif, Sahrizal

Putera yang istimewa : Omar. Mempunyai masalah tulang belakang dan sentiasa ber'wilca'.





Wa tak nak citer panjang, biar gambar sahaja yang berbicara. Sedang seronak2 bergambar, kedengaran pengumuman dari bangunan utama supaya semua pelajar turun ke dataran perhimpunan. Rupa-rupanya lori hijau ini datang lagi... Aii, bila la koko kranch ke, vitagen ke, school attack ke nak datang sekolah wa....



Pesanan penaja dari Akak Liza


Minum milo anda jadi sihat dan comel!!!


Kebetulan wa menggunakan kamera yang super kacis bagai, so apa lagi, mensnap je la keje wa...


7 Januari 2013....

Ulang tahun yang ke three series... huhuhu.. Pagi2 lagi wa disapa oleh Kak Norizan. Katanya besday wa sama dengan adik beliau, tu yang senang beliau nak ingat besday wa nih. Thanks kak Zan. Keseterusnya ucapan dari rakan2 lain. Masa wa duk sembang2 dengan guru lain, datang 3 orang budak tahun 3F yang wa dah lupa nama apa, tersengih2 menuju ke arah wa. Diserahkan sekeping kertas. Waaaaa... baru 3 kali wa masuk kelas diorang, dah ada yang mengkenali wa sampai tahu besday wa. Huhuhu...


Lepas rehat tahap dua, sesudah wa makan di kantin, wa pun keluar. Sorang budak yang cukup wa kenali sedang mentunggu wa di luar kantin. Lamanya makan...sapa budak itu kat wa. Tengah tunggu Sir ke? tanya wa, dia angguk. Kesian plak, mana la wa tau dia tunggu wa kat luar kantin. 

Budak itu menyerahkan satu gulungan. Jangan baca skarang! katanya. Wa ucap thanks je lah. Kemudian wa bukak lepas beliau berlalu.
Birtday la sangat. Rasa macam wa dah ajar ejaan yang betul. Maybe tak sempat kot.

Ayat tak leh blah, "Semoga mendapat WKH yang baik, tidak lukakan hati sir dan soleh. Soalan seterusnya, bila nak dapat WKH???


Ikhlas dari Anis, ye beliau adalah Putri Anis Syamimi yang kini di kelas 6F. Bukan lagi anak didik wa, tapi masih menganggap wa sebagai guru favouritenya. Kalau la Anis ni budak laki, sah2 memang dia la WKH wa tahun ni. 

Wa cakap wa dah kawin, so xpe la nak bergambar dengan wa. Anis pun open-minded je. Dah macam awek wa plak. Tapi inilah anak murid wa ye... Sila jangan gossip. Heheheh

Published with Blogger-droid v2.0.4