Tuesday, January 15, 2013

Perkenalan 6 Al-Ghazali 2013

Dekat seminggu wa tak jot down hape2 pun kat dalam ni. Kehidupan wa kembali macam dulu, balik sekolah tido pastu bangun carik makan, kadang2 merayap ke rumah kakak, kadang2 ke rumah mak wa. Dah 3 minggu sessi pembelajaran. Wa dengan 6G tahun ni semakin serasi, cuma masih belum kenal hati budi masing-masing. Tapi wa x akan bukak application untuk mane2 sebagai WKH pun... hahaha..

Last year dalam N3 ini Wa Kena Basuh wa telah memperkenalkan anak2 murid wa.untuk 2012. Kali ni wa ada 18 orang je calon 6G untuk wa basuh betul2. Tapi, ikatan selama 3 tahun untuk 6G wa tahun lepas tidak sama dengan sembilan bulan 6G tahun ini. Wa nak request tahun depan wa nak follow tahun 5G then terus 6G. Tahun ni memang x best, 5F sah2 wa tak akan ajar 6F tahun depan. Sekolah wa dua kelas je setiap tahun. 6F kira kelas elite la, 6G plak kelas belakang. Wa dah biasa dengan kelas belakang2 ni..

Minggu jugak ada 3 orang cikgu yang mula riki2 wa sape WKH wa yang baru. Hahaha, seperti yang kawan wa pernah cakap mesti ada je yang ternanti2. Mula2 Kak Mi yang mesej wa dalam fb, tanya pasal WKH. Wa cakap, tak yah lah, wa rasa kasih sayang Hafizam untuk wa masih tiada pengganti. Bila wa citer apa yang wa alami sepanjang mengenali Hafizam, seluruh keluarga Hafizam terima wa, sehingga lah berkelah pun wa dijemput, Kak Mi menyatakan rasa sayu dengan penerimaan mereka terhadap wa. Sebab tu wa janji nak jaga Hafizam sehingga lah bila-bila.

Masa kat sekolah pulak, semalam, masa wa duk membeli lauk nasik, tiba2 Kak Nun (cikgu BM) tiba2 tanya wa, tinggal sorang la sekarang ni? Wa jawab la ya, cakap orang rumah balik akhir bulan. Sekali kak Nun tanya takdok anak angkat ke? Wa jadi blur, tapi wa jawab jugakla kadang2 wa bawak balik hari minggu sebab sangka wa beliau maksudkan Hafizam.Sekali Kak Nun balas semula, bukan Hafizam, tahun ni punya takde ke... Wa gelak....wa jawab tak sangak soalan camtu leh kuar dari mulut dia. Wa gelak je wa cakap wa dah kawin, malas nak ada anak angkat baru. Sebelum ada further question, wa blah cepat2.

Ni kisah hari ni, wa buat gambar2 kat bawah ni untuk ditampal dalam kelas. Edit guna Power Point je. Masa wa nak laminate, tetiba plak Kak Zan yang mengaku dirinya kakak wa, dan wa pun mengaku wa adik beliau membelek2 gambar2 ni. Soalan cepucemas yang sama, tahun ni xde calon ke? Wa jawab xde. Sekali dia pun jawab, Kak Zan pun rasa takde calon yang layak. Hahaha...Kak Zan menambah, memang semua orang duk tertunggu sapa la anak wa tahun ni. Bagi wa memang takde.... Kalau ada pun biarlah semua yang wa jadikan WKH. Hahahaha....

Minggu ni wa rasa agak busy dengan kerja2 di luar bidang. Tetiba je wa kena jadi photographer. Guna DSLR orang lain, wa tak mampu nak beli lagi. Hari Khamis minggu lepas wa start amik gambar student wa yang 6G ni, pastu diikuti dengan kelas 3F atas permintaan kak Norizan. Ahad pulak wa kena amik foto 5F, kelas Ustazah Liza, sebab bila tengok kelas Kak Zan amik gambar, beliau pun nak wa amik gambar anak2 diorang jugak. Then teacher Izza pun nak wa amik gambar anak2 dia jugak, kelas 4G. Minggu ni saja wa asyik makan free sebab dibelanja oleh kakak2 yang wa telah mentulong ini lah...

Okey la, mari wa kenalkan calon2 UPSR 2013 dari kelas wa.






















Tak seramai tahun lepas, wa masih dalam proses menganalisa dan mengenali karekter masing2. Cuma wa harap, ada yang mampu wa tolak ke depan. 


Nilah cikgunya...Huhuuhuhuu.....


Ni WKH last year...

3 comments:

Muhammad Syahmi said...

Tak ramai sangat, oklah, mudah nak kenal.

Kalau ramai-ramai, ambil masa juga nak kenal.

Tengku Hafizam tu sekarang sekolah kat mana?

Anonymous said...

stemza kan...

Mr M said...

Salam ustaz syahmi...terima kasih kerana menkumen...memang xramai anak2 ana, senang nak ajar. Hafizam kini di stemza sek men tengku mizan zainal abidin...

Post a Comment