Wa dah berkali2 cuba untuk mencoretkan sesuatu di sini tapi wa rasa macam berat untuk melepaskan beban yang tersedia di galas ini. Walaupun minggu ni adalah minggu cuti persekolahan, tapi wa masih tetap perlu untuk menjalankan tanggungjawab wa sebagai seorang guru amnya dan sebagai guru tahun 6 khasnya kerana tahun ini batch wa yang ke 4 akan menduduki UPSR bulan September nanti. Wa tahun ni macam biasa2 je, kelas wa tahun ni tidak ada X-factor yang boleh membuatkan wa bersemangat waja untuk tampil setiap hari. Maksudnya senang cerita tidak ada sesiapa yang boleh wa jadikan "Hafizam" wa yang seterusnya untuk tahun ini.
Minggu ini fikiran wa agak terganggu sedikit bukan kerana masalah keluarga ke apa, tapi sesuatu yang terjadi ini memang tidak pernah wa fikir akan terjadi. Wa kenal WKH wa sebagai seorang yang super sopan santun selama 3 tahun ini dan berita yang dibawa balik pada hari terakhir persekolahan yang lepas benar2 membuatkan wa agak merajuk di hati tapi wa tidak tunjukkan di wajah (apa punya ayat daaaaa).
Khamis hari terakhir sekolah, wa yang mengambilnya di sekolah. Sebaik memasuki ke dalam perut kereta wa, beliau kelihatan sugul semacam. Selepas berbasa basi seketika, WKH mula membuka mulut.
"Sir..."
Wa berpaling sambil tangan terus di stereng kereta meneruskan perjalanan.
"Ada apa?" soal wa apabila dia mendiamkan diri.
"Fizam ada masalah ni," satu ungkapan yang tidak pernah wa dengar sepanjang perkenalan wa dengan bekas anak murid wa ini membuatkan jantung wa berdegup pantas. Tak pernah2 kot beliau menceritkan masalah beliau melainkan wa yang mula2 bertanya. Tup2 hari ni dia yang nak menstori dahulu.
"Masalah apa?" soal wa pantas.
"Nantilah cerita...."
"Mana boleh, dah cakap tu kena la bagitahu...." tambah wa lagi. Ada ke nak tangguh2 kalau jalan cerita dah bermula.
"Fizam kena gantung sekolah...." praaaaap satu persatu perkataan itu tertangkap di cuping telinga wa. Wa tak salah dengar rasanya...
"Gantung??????" laju wa tanya balik "Pasal apa?"
"Fizam kabo ke sir dahulu ni, umi tak tahu lagi, hari ni Fizam kena panggil"
"Yelah, pasal apa?"
"Kan Fizam ada cerita pasal Fizam mintak duit ngan kawan kan, Fizam kena tuduh peras ugut duit... tapi bukan Fizam sorang, ada 7 orang semuanya....Fizam kena gantung 2 minggu..."
Ada dua tindakan yang wa rasa nak buat masa tu, nak patah balik hantar Fizam ke rumah mak dia, dan rasa nak lempang pun ada jugak. Tapi wa tak tau kenapa wa jadi cool sikit dan wa mampu tahan perasaan marah wa (sebab wa tau kalau wa marah ke apa pasti tsunami datang melanda punya, wa yakin...) Selain itu juga apa hak wa nak marah kan, dia ada mak ayah, biar diorang tahu dahulu.
Masa tu wa dah stat membebel sikit, wa cakap nape mintak duit, tiap2 hari mak bagi duit takkan tak cukup, kalau tak cukup mintak pada tempat yang sepatutnya bukan peras ugut. Wa tak jadi lempang dan tak jadi nak bawak dia balik ke rumah mak dia. Wa beri dia masa untuk bertindak sendiri berbincang dengan mak ayah. Bila wa tanya nak suruh wa ke yang bagitau mak dia, dia hanya menggeleng.
Perkara sebesar itu ditinggalkan seketika dan masing2 menjalani kehidupan seperti biasa. Wa dengan life wa, dan WKH dengan life dia sendiri. Semalam semasa wa mensedang mengajar kelas malam, satu panggilan yang terteran nama ibu WKH meminta2 untuk dijawab.
Wa pun jawab. Mula2 si ibu tanya wa busy ke tak, wa jawab okey je nak berbual sebab kelas malam pun masing2 tengah menjawab di dalam kertas soalan. Sekali ibu tanya, sir tau x apa2 pasal angah (gelaran Fizam di rumah) dengan gantung sekolah. Wa jawab tau. Si ibu macam nak marah ada jugak, akak tak tahu dia x bagitahu akak pun. Tu yang akak marah sangat ni. Akak tahu pun dari orang kampung duk mengata pasal dia. Lepas akak tanya baru dia cerita... Nape sir tak kabo kat akak..
Wa pun jawab la yang wa suruh si Fizam tuh bagitahu sendiri. Kedengaran seolah2 macam mendengus marah. Dia x kabo pun kat akak. Siang tadi PK sekolah telefon suruh akak gi sekolah esok jumpa PK. Doh ganer (macam mana) nih? Dah la 2minggu kena gantung sekolah. Akak x sangka pulak angah sanggup mintak duit ngan kawan.
Wa masih mendiamkan diri. Akak terus bercerita. Si angah ni mintak duit dengan kawan perempuan (ha... yang ini wa baru tau, tak tau lak dia mintak duit dengan perempuan) Budak perempuan ni takde apa2 pun dia bagi je la.. Tapi masalahnya ada sorang lagi budak pompuan ni minat kat angah. Bila angah buat tak layan, tu dia gi report kat guru pasal angah mintak duit.
Berdesing telinga wa dengar cerita dari akak. Pasal WKH wa tak nak layan pompuan yang gedik tuh, ko tiba2 nak menjatuhkan adik wa tu apasal?? Mesti tak cantik nih! Tak paham betul la budak2 zaman sekarang.
Perbualan berakhir setakat itu, wa pesan kat akak tu supaya mintak rayuan dikurangkan tempoh pergantungan sebab Fizam bukanlah budak yang nakal. Dia terpengaruh dengan rakan2 sebaya.
Setakat itu sahaja dahulu setakat ni. Kalau kira pagi tadi (25 March Isnin) akak pergi ke sekolah dan berjumpa dengan PK sekolah. Nanti wa akan hapdet bila wa dah tau kisah sebenar dan keputusan sekolah.
Demi Hafizam, kalau budak lain maybe wa tak seterkilan ini. Ada je wa dengar bekas anak2 murid wa yang kena lempang, gantung sekolah, kena denda dan macam2 lagi lah. Tapi perasaan wa rileks je. Malah wa dapat tahu WKH wa tahun 2011 pun dah pandai mendekati rokok. Tapi ini yang wa paling sayang, paling jaga, sudah terpalit satu titik hitam pada pandangan masyarakat sekolahnya. Sudah tersenarai hitam dalam buku rekod disiplin di sekolahnya. Sedikit sebanyak hati wa menjadi pilu. Nanti la wa hapdet bila wa jumpa sendiri WKH wa yang satu tu.....
1 comments:
Susah benar kalau jadi kes disiplin atas dasar cemburu...
Post a Comment