Hari wa pegi amik beliau tu 20 March 2013,sedang wa menlihat WKH menturuni bukit mentuju ke arah wa, menonong je si akak (ibunya la) turun sekali kat kereta wa. Kendian wa pun tanyalah apa yang boleh wa tolong. Jawab akak, dia jemput wa ke airport sebab si nenek WKH akan tiba dari Mekah pulang mengerjakan umrah pada malam tersebut lah. Wa dah macam....Haaaa????? Datang la kata akak lagi. Lepas tu datang rumah sebab akak ada buat makan2 sikit. Wa bila dah sebut makan2 ni wa on je. Maka kelibat wa pun terlihatlah sekali di perkarangan lapangan terbang Sultan Mahmud itu. Memandangkan si nenek pergi bersama2 rakan2 sekampung, maka ramai jugaklah orang kampung yang berhampiran dengan sekolah wa itu menghadirkan diri termasuk beberapa orang anak murid wa. Ramai jugaklah yang sekampung dengan beliau merasa hairan kerana kehadiran wa. Yang sedara mara yang dah sedia maklum siapa wa memang talak heran punya. Kadang2 wa sendiri hairan bila ditegur oleh seseorang yang wa tak kenal pun sapa tapi beliau sangat mengkenali wa. Rupa-rupanya adik nenek si WKH.
Wa, si ayah WKH berbaju putih dan perempuan veteran yang berbaju pink itulah banyak bersembang dengan wa yang seolah2 dah kenal wa lama. Rupa-rupanya wa memang dikenali oleh sedara mara WKH wa. Wa pun dah macam agak segan siak jugak lah..
Memandangkan wa sorang lelaki yang gagah perkasa di situ, wa telah mengambil inisiatif untuk mentulong mentulak trolley kepunyaan si nenek sebaik saja beliau mengkeluarkan diri dari balai ketibaan.
Sesi makan memakan makanan ini ditaja oleh rumah papan nenek Hafizam.
Ya, inilah hadiah yang wa dapat, kopiah aka ketayap dari Mekah pemberian si nenet.. Sebelah itu adalah bapak sedara WKH.
Syukur alhamdulillah, sekali lagi wa merasakan diri wa dihargai dan dihormati kerana diberi peluang akan persaudaraan sebesar ini. Wa sesekali tidak akan mensia2kan tali silaturrahim antara wa dan keluarga Hafizam. Selagi mana wa masih diperlukan, selagi itulah wa akan mencuba untuk mentulong.
Published with Blogger-droid v2.0.10
0 comments:
Post a Comment