Thursday, March 21, 2013

Setahun Bersama

Kalau kira dah lebh setahun pun dari tarikh asal. Alhamdullillah, dah genap 12 bulan wa bersama2 Shiro kesayangan wa nih. Sepanjang bersama-sama tak banyak pun kecelakaan yang berlaku dan harap2 akan terus jauh dari malapetaka.

Setakat ni paling jauh pun wa pernah memdrive shiro ni adalah dari KT-KL.  Mula2 tu pernah la ura2 nak bwk ma wa ke Kedah sempena perkahwinan sepupu wa di sana, tapi dijadikan cerita mak wa mentidak jadikan diri untuk mensertai, maka tiadalah jua menjejakkan tayar ke sana.

Dalam masa setahun ni, dah 3 kali rasanya wa  servis. Dan ofkos la  dah bayar sekali road tax pada last bulan lepas. Pergh dekat dua riban jugak road tax nye…..

Bersama2 Shiro ini lah tempat wa bermanja, mengadu, mengeluh kadang2 memaki. Tapi apa yang Shiro tau buat? Sekadar hanya tahu mendengar dan terus mendengar. Bukan boleh ubah apa2 pun. Tapi pengalaman wa sipi2 nak terkemalangan tu banyak kali jugak lah.. Tapi mungkin Allah masih sayangkan wa dan DIA masih mahu menangguhkan perjalanan wa ke sana, mana tahu kan?

Ini lah Shiro.Biarpun ada suara2 memerli, mencaci, dan kadang2 mengkata, namun wa tetap sayangkan Shiro wa nih. Doakan wa sempat menghabiskan segala hutang wa terhadap beliau.. Amin...


Di ambil semasa mengkelasmalamkan diri di musim cuti sekolah ini nya pun....

Published with Blogger-droid v2.0.10

0 comments:

Post a Comment