Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan dari Wa

Kadang-kadang terdetik di hati wa macam nak hapdet rayap. Tapi saban hari wa semakin melupakan beliau. Entah kenapa rayap semakin redup dan kurang mendapat perhatian dari wa lagi. Apakah kerana semangat wa untuk berblogging semakin kendur dan tipis. Lihat sahaja bilangan entry untuk 2014 ni... dah la tajuk entah ke mana. Citer pun entah apa-apa. Btw wa gagal mencoretkan sesuatu sepanjang bulan Feb, Mac, April dan May.. Maafin gua yah. Gua enggak sengaja. Apahal plak wa ber GUA ni selalu wa je. Saje nak memanjangkan n3.

Hari ini dah pun masuk 2 Ramadhan 1435 bersamaan 30 Jun 2014.  Wa bukak RYP dan wa perasan ada draf n3 yang belum dipublish. Wa pun dah lupa bila wa edit ni semua. 

Sepanjang bulan January 2014, aktiviti pertama adalah Sambutan Maulidur Rasul. Macam biasa wa menjadi fotografer tak bertauliah.
Satu-satunya gambar yang mentidak nampakkan kebesaran perut wa sebab cover ngan tangan.. hehehe

Bukan main lagi wa tahan nafas supaya nampak slim. 

Seorang anak yatim yang super gigih dan tabah. Ammar namenya.

Mane boleh bergambor dengan Amar saje... lain2 pun mencelah la jugak


Kak Sham berbaju biru, guru bahasa Inggeris yang superb bagi wa. Dari 4 orang je tahun 2011 yang mendapat A dalam BI, mendadak naik ke 9 orang untuk 2012 dan 15 orang untuk 2013.

Wa xtau la nape wa amik gambar dengan budak ni. Rasanya macam ada benda je yang akan berlaku sepanjang cerita tahun 2014 ni... hurm... xtau lah

Macam berdrama plak 

Selepas program Maulidur Rasul, next program yang wa terlibat adalah program penyerahan watikah pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Since blog ni bukan blog skolah, so wa malas la nak menghaplod sebarang gambar berkaitan dengan program itu.

Ini lah calon UPSR untuk tahun 2014. Tak ramai, 39 orang sahaja. Dengan barisan guru2 nya yang super kacis oh bagai. Kiri dari depan (depan dah la, malaih nak introkan bebudak yang lain) Pn Khairuzita - guru Maths untuk kelas wa (6G), Pn Norizan - guru BM (6G), Pn Rosnizan - Sn (6F), Pn Zainon - BM (6F), Pn Hjh Samsiah - BI (6F), Pn Zaitom (PK 1), Tn Hj Mat Salleh (GB), En Mohamad Harris (PK HEM), En Ahmad (PKKO), wa yang superb kacis oh bagai - Sir M - BI (6G), En Shahir - Sn (6G) dan En Mohd Zamli - Maths (6F)

Selepas tu, satu persatu benda yang wa kena buat sampaikan wa rasa stress ya amat. Perkara yang pertama wa kena organize program perjumpaan dengan ibu bapa pelajar tahun 6. Wa dah macam serik sangat nak menghandle semua benda. Tapi berkat pertolongan dari kakak-kakak dan abang2 cikgu yang lain, akhirnya program berjalan lancar sepenuhnya.




 Apa sahajalah yang wa kelentongkan pada mak budak2 ni

Budak ni nama dia Shamirul. Kenapa wa highlight? Heheheh. Oh ya, ni cikgu Matematik Pn Khairuzita, sedang mengexplain kepada ibu budak Shamirul 

Ni plak Pn Norizan, cikgu Bahasa Melayu.

Encik Ahmad Shahiruddin, guru Sains aka abang angkat wa.

Wa dah lupa apa yang wa kelentongkan....



Program wajib awal tahun adalah merentas desa. Wa pun dah lupe berapa haribulan kejadian tapi dalam bulan Februari jugak rasanya. So pertandingan berlangsung dengan jayanya...


Wajah-wajah bekas pelajar SKBN 2012, kini dah tingkatan 2 turut sama memeriahkan majlis. Kelihatan juga WKH wa yang semakin meninggi saiznya itu...




Wa rasa setakat ni dulu wa nak story. Kadang2 wa nak jugak mengembalikan kegemilangan RYP wa yang semakin redup ni. Masalahnya masa kadang2 memang tidak memihak.Kalau dulu RYP wa diserikan dengan cerita2 WKH wa yang kini semakin menjauh. Wa sedar sampai satu masa wa perlu lepaskan beliau. 

Insyaallah nanti wa sambung lepas berbuka...

2 comments:

Muhammad Syahmi said...

Lama juga tak baca blog Rayap ni... Cerita pasal WKH yang lama-lama dulu pun ok gak kot...

Anonymous said...

akhirnya.....
tak sia sia melawat rayap hari2..
tq sir..

Post a Comment