Tuesday, September 9, 2014

Kamu Datang Dengan Cinta Secara Banyak Part 4

Dah lama betul RAYAP ni berhabuk. Tapi hit views tetap mencecah puluhan (puluhan je...tade la sampai ratusan).

Hari ni 9 September 2014, Selasa. Sedang wa mentaip segala benda alah ni, anak2 wa bertempur di medan UPSR dengan 3 kertas sekaligus pada hari pertama. Macam tahun2 sudah, selang beberapa n3 je dari n3 ni, wa pernah coret pasal Keluarga_Wa_2014. Macam baru sangat wa kenal depa dan kini mereka sekali lagi akan membuatkan wa merasa sayu kerana mereka akan pergi jua. Part-part lain kat SINI dan last2 year kat 2012, 2011

Macam biasa wa akan describe la serba sedikit pasal anak2 wa ni. Bermula dengan seorang budak yang sangatlah super bermasalah ....
Nama seperti yang tercatat. Masa wa mula2 masuk Sekebun ni, beliau baru darjah 2. Kebanyakan cikgu akan bermasalah apabila mahu mengajar kelas beliau. Entah apa perangai yang budak bawak wa pun tak tahu. Mula2 masa wa kena jadik guru kelas diorang, budak ni la wa paling risau. Dengarnya paling tak hormat cikgu, paling tak makan saman, paling worst la.... Alhamdulillah sepanjang wa jadik guru kelas beliau, takde lak masalah yang pernah beliau buat kat wa. Tapi pernah sekali la tangan wa naik ke badan beliau, itu pun sebab tangan beliau yang naik ke badan budak lain dulu. Itu la last tangan wa naik pada badan beliau. Kalo part mengamuk...banyak kali dah rasanya. Semalam last day pun sebatang pembaris patah sebab wa mengamuk. hahahahah... Apa pun harap2 keajaiban akan berlaku sebab budak ni bukan budak target lulus. Membaca pun merangkak.

 Haaaaa..... kadang2 kesian sangat dengan budak ni si Fais. Selalu diperlekehkan oleh kawan2 sebab kependiamannya apabila ditanya sebarang soalan. Kadang2 dia macam nak dekat ngan wa, kadang2 macam lari. Tapi antara pelajar yang kerap kena marah jugaklah.. Apapun harap keajaiban terjadi.

Setiap kali bergambar, wa akan suruh dia sengih sebab bagi wa gigi dia sangat cantik. Tak seperti setengah bebudak yang gigi dah rosak sebab selalu makan junk food. Budak target wa harap2 dapat B untuk subjek wa. Pernah sekali merajuk tak tegur wa sebab wa marah dia tengok jawapan belakang buku latihan. Seminggu x bercakap... last2 mintak maaf sambil nangis2...

Kaki mengadu. Sikit2 mengadu. Tapi bila turn dia yang buat kat orang bukan main lagi segala kaki tangan naik nak bergaduh. Kuat jugak bergaduh. Pernah 2x kalau tak silap wa beliau lulus subjek BI ni. Masa tahun 2010 wa ajar kakak beliau dan syukurlah kakak beliau dapat B. Ini budak wa tak tau la camne. Apapun salah sorang budak target lulus.

Anak yang ke 4 dalam keluarga beliau yang wa mengajar. Tahun 2010 wa ajar si abang, 2011 pun ada, 2012 pun ada. Cuma last year je mak dia tak beranak kot selang setahun. Pastu tahun ni wa ajar beliau. Banyak cakap tapi pendiam bila wa tanya soalan yang pelik2. Keajaiban berlaku hopefully. Kalo wa sebut keajaiban tu maknenya bukan budak target wa la ni...

Sorang lagi Firdaus. Padam je perkataan Asfa tukar body. Super sangat pendiam. Jarang2 wa dapat dengar sore beliau. Alhamdulillah, 3 ujian terakhir menunjukkan pencapaian yang baik, dan target lulus wa jugaklah si beliau ini..

Sepupu WKH wa si Hafizam. Tapi beliau bukan la WKH wa tahun ni. Hehehe... pendiam jugak. Dah cuba yang terbaik dan harap keajaiban berlaku...

Ini budak istimewa. Tapi kadang-kadang dia lagi bagus dari budak biasa. Tapi anugerah lain yang diberikan kepada beliau oleh Allah SWT. Paling kurang memberi kesusahan kepada cikgu2nya. Senang dikawal dan tak banyak perangai. Selalunya dia yang dibuli....

Izzat yang pertama asalnya dari kelas pertama. Tapi wa tak tau la kenapa beliau dipindahkan ke kelas belakang. Agaknya adalah untuk menjadi penawar kepada cikgu apabila mostly soalan2 yang ditanya tak boleh dijawab oleh orang lain. Takpelah Izzat, kelas mana2 pun sama je. Insyaallah antara pelajar yang akan cemerlang dari kelas wa nanti....

Izzat yang kedua. Senang je...guna nama yang sama tapi tukar body. Ini Izzat Aiman. Chengeng, pantang kena tegur, pernah kena tangan, pernah ponteng sekolah, pernah wa call mak beliau dan dia yang angkat, bila tau wa yang call terus dia letak telefon.... Tapi bila kena dengan angin dan caranya, dia antara pelajar yang paling suka membuat kerja yang disuruh oleh wa. Biasanya macam tu lah... pelajar2 bawah par ni memang sukar nak score tapi paling cemerlang dalam attitude dan praktikal. Apapun, antara pelajar keajaiban yang diharapkan....
Budak ni pun dari kelas 1st. Dek kerana lebih banyak bermain, dipindahkan ke kelas ke2 selepas memasuki tahun 6. Bila dah masuk kelas wa, perangai pun dah jadi supernakhorom. Selalu kena marah dengan wa sebab sikap kurang ajarnya. Sebulan sebelum exam, wa lucut jawatan pengawas perpustakaan beliau. Sejak dilucutkan jawatan, baru perangai macam nak berubah jadi baik. Dan akhir2 ni pun dah semakin rapat dengan wa. Calon lulus.

Pelajar yang ke3 dari kelas 1st yang turun kelas 2nd masa naik tahun 6. Pendiam, dan tak banyak bercakap.Budak tak cemerlang sangat dan tak la teruk sangat. Average je la... Calon lulus.

Budak yang manja. Selalu kena buli, seorang playboy, ramai awek, mat bunga dan juga seorang yang sangat sopan dengan cikgunya. Dia ni anak yatim, tinggal dengan ibunya dan adik beradik yang lain. Antara budak yang rapat dengan wa jugak.. tapi keajaiban je laaaa...

Erm.... apa aku nak cakap ek? Anak guard sekolah. Tapi rekod tak datang sekolah lebih 30 hari. Dalam seminggu mesti ada tak datang sekolah. Bila wa cakap nak jemput kat rumah kalau x datang sekolah, baru la rajin mendatangkan diri ke sekolah. Wajah tampan, dan badan agak tegap, tapi pendiam. Selalu claim dia kena buli sebab tu xnak datang ke sekolah. Keajaiban plissss

Antara bunga yang wujud dikalangan kumbang2 dari kelas wa. Selalunya bunga tak banyak masalah, lebih2 lagi diorang tak ramai. So, sopan2 je la perangai diorang. Tapi beliau antara pelajar yang menjadi penawar dalam kelas, maksudnya, kalau orang lain xtau nak jawab, dia ni la penyelamat suasana. Target lulus.

Nama betul Danisal. Dulu masa batch WKH wa, kakak beliau yang wa ajar. Tapi kakak beliau tidak le menjadi harapan wa sangat. Terus terang wa katakan, kalau la dia ni lelaki, maybe dah jadi WKH wa yang ke4. tapi bila dia ni pompuan, takleh la lebih2. Tertinggi beliau mendapat B semasa Trial. Harap2 beliau macam Amirul yang mampu dapat A nanti.

Words!! I need words!!! Wordless... Tak tau nak describe apa. Keajaiban plissss....


Ada sebab budak ni wa letakkan terakhir.  Biasalah...kalo terakhir mesti terpanjang describenya. Ada ura2 dia ni macam nak jadi WKH wa, sampaikan wa pun dah kenal famili beliau. Tapi maklumlah bukan semua budak boleh masuk dengan wa. As long as dia respek wa sudah memadai. Dia terpilih sebagai ketua pun atas undian. Bila dah jadi ketua, paling banyak kena interact dengan wa. Several times jugak datang ikut wa, dan kadang2 seronok layan karenah buidak ni. Bermula dari tidak pandai membaca, tapi disebabkan cikgu BM beliau adalah kakak wa Cikgu Norizan, dalam tempoh sehingga UPSR ni beliau berjaya membaca. Menurut kak Zan lagi, kalau lah ada setahun lagi Si Shamirul ni di bawah beliau, insyaallah berjaya untuk BM. Bagi wa pun bila beliau berjaya membaca, sekurang2nya menyenangkan jugak untuk subjek wa.6 ujian yang dilakukan, ujian terakhir beliau lulus subjek wa. Harap2 la beliau berjaya membuat kejutan nanti. 

Keluarga beliau pun dah macam kacis jugak dengan wa. Cuma, biasalah budak2 kan.. Kadang2 ada masa dia kena ikut angin kita dan kadangkala kena ikut angin dia. Jarang menangis tapi pernah 2x menangis depan wa sebab yang wa sendiri dah lupa. Banyak kali jugak kena marah dengan wa. Bila dah kena marah, terus tak tegur wa. Pernah kena rotan, pernah kena lempang dan juga pernah tercedera di pipi sebab kena sagat dengan janggut wa yang tajam... hahahah.

Foto kenangan diorang yang bakal aku rindukan nanti.......


























Taraaa..... wa dah masuk gambar mesra alam plak.... Biasa la gurau dengan bebudak... Tapi agak pilih kasih la sebab budak lain xde lak nak angkat dukung bagai.... hahahaha....

Keajaiban 10 orang dan target 8 orang. Tapi target sekolah nak 6 orang je yang tak lulus... Adoi...penin la wa.....

Semoga kalian cemerlang dalam UPSR kali ni.

5 comments:

Miss S said...

suka cara background sir M guna amik gambar dorg...boleh try kat my little monsters end of this year...rindu pulak dorg direhatkan sempena UPSR ni...

Mr M said...

Sila2..... malu lak tgk tulisan cikgunya comot je...
Jgn lupe letak dlm sengalicious

Miss S said...

comot itu seni...lama da x bersiaran kat sengalicious tu...huhuhu

Muhammad Syahmi said...

Saya nak tiru cara cikgu ambil gambar letak nama kat papan hitam tu boleh tak...?

Nak pinjam sekali dengan papan hitam tu sebab sekolah saya tak ada papan hitam...

Mr M said...

Guna la whiteboard ok apa... leh guna marker kaler2

Post a Comment