HARDINA menyuapkan nasi yang masih bersisa. Sesekali dia akan pandang ke arah meja yang selalu didudukinya bersama Haidir suatu masa dahulu. Selalunya kalau mereka makan tengahari bersama, meja itulah yang selalu menjadi pilihan Haidir.
Seketika kemudian pandangannya dialihkan pula pada meja yang agak terkeluar dari cafeteria fakulti mereka itu. Meja itu pula selalu menjadi tempat Rafiqan dan kawan-kawannya berkumpul sebelum masuk ke kelas.
Hari ini, kedua-dua wajah itu semakin jauh dari pandangan matanya. Haidir entah ke mana, mungkin sedang berbahagia dengan teman baru. Rafiqan pula semakin melarikan diri. Mungkin dia sudah putus asa berusaha untuk memikat Hardina.
"Dina, kau kenapa ni? Hujan tak, ribut tak, redup je kau?” Azah yang sedati tadi meneguk minuman akhirnya bersuara. Hardina masih menguis-nguis lauk di dalam pinggannya. "Dina, jangan jadi macam ni...." tambah Azah lagi.
"Zah, aku bingung la sekarang ni. Nama Rafiqan asyik menjengah di fikiran aku..." Azah mencebik. Baru padan muka kau Dina, katanya di dalam hati.
“Itulah kau, dulu masa mamat tu duk terkejar-kejarkan kau, kau buat tak tahu. Sekarang ni bila dah dia takde, baru kau tahu erti rindu?" Azah meleteri rakannya itu.
“Bukan itu masalahnya. Aku pelik dengan sikapnya sejak akhir-akhir ni. Semalam aku tegur dia kat kelas, dia diam je. Lepas tu jumpa lagi kat lif, sengaja dia tak masuk bila nampak aku ada dalam lif. Tadi aku panggil, dia langsung tak pandang. Aku buat salah apa?" soal Hardina pada diri sendiri.
"Haidir dah takde ke dalam kepala olak kau?” soal Azah agak kasar.
"Kau ni, ada ke tanya macam tu?"
"Jawabla, aku tanya ni..."
"Entah, dah takde kot..”
"Ini maknanya hati kau dah terima si Rafiqan tu..." balas Azah semula
"Kau biar betu! Aku tak fikir pun macam tu..."
"Bukan tak fikir, kau tak nak mengaku kan? Dina, baik kau jangan tipu diri sendiri. Kau katakan sahaja yang Rafiqan tu dah bertakhta di hati kau..."
Hardina terdiam sejenak. Tak tahu apa yang patut diucapkan.
"Kalau ya aku nak buat apa? Dia dah semakin Iari dari aku."
"ltulah, kadang-kadang dunia ni tak adil tau, bila kita tak nak, senang-senang je ada depan mata. Tapi bila kita dah mahu tu, nak tengok bayang-bayang pun susah..." Hardina hanya menganggukkan kepala
MENTARI tersenyum ceria setelah beberapa lama bersembunyi membiarkan hujan mencurah sehabis-habisnya. Limpahan cahaya melewati pantai yang sejuk mata memandang. Sejuk mata Rafiqan apabila terkenangkan kampungnya. Pohon-pohon, burung-burung, pasir pantai, ombak yang berbalam-balam jauhnya, semuanya mengasyikkan. Barangkali semuanya tahu erti kedamaian. Rafiqan merasakan kedamaian begitu subur dan sebati dengan jiwanya. Betapa indah hari-hari mendatang yang akan ditempuhinya Namun masih adakah lagi hari untuk dirinya esok?
Tiba-tiba lamunan Rafiqan terhenti apabila pintu biliknya dikuak perlahan. Kelihatan Haqimie baru sahaja pulang dari kuliah.
"Pi, kenapa kau tak pergi ke kuliah?" soal Haqimie sambil menanggalkan kasut lalu diletakkan pada rak bersebelahan pintu. Rafiqan tidak menjawab, dia hanya tersenyum. Kemudian pandangan Haqimie beralih pada dua buah beg besar yang tersusun rapi pakaian Rafiqan di dalamnya.
"Kau nak ke mana ni?" soal Haqimie lagi apabila pertanyaannya tadi tidak berjawab.
"Tak guna aku pergi kuliah lagi Haqimie..." kata Rafiqan bingkas bangun. "Aku akan balik kampung hari ini. Menurut doktor, aku semakin parah. Mungkin hayatku hanya tinggal beberapa bulan lagi. Keluarga aku sudah tahu. Aku mahu habiskan sisa-sisa hidupku di kampung..." tambahnya lagi.
Haqimie agak terperanjat. Kemudian dia memegang tangan Rafiqan.
"Pi, kau nak tinggalkan aku? Bagaimana dengan Dina, Pi? Tadi dia ada tanya pasal kau!"
"Kau jawab apa?"
"Aku tak cakap apa-apa pun..."
"Baguslah, biarlah dia terus tertanya. Aku tak mahu dia terasa dengan pemergianku..."
Lidah Haqimie menjadi kelu. Dia tidak mampu untuk berkata sepatah pun walau dicuba untuk mencari ayat yang paling sesuai untuk menghalang Rafiqan dari pergi.
"Pi, bagaimana dengan matlamat kita? Kan kita sudah berjanji akan tunaikan matlamat kita bersama-sama sehingga berjaya..."
"Kau teruskanlah dengan matlamat kau. Aku tak mampu..."
"Pi, kau yang ajar aku, setiap kita ada matlamat hidup masing-masing. Kau juga yang sering tegaskan aku perkara ini...!"
"Tapi aku dah nak mati....."
"Tidak Pi, kau mesti terus hidup!"
"Haqimie, kau memang seorang sahabat yang baik. Kau patut bersyukur kerana kau antara insan yang tahu saat-saat pemergianku. Sekurang-kurangnya kau boleh bersedia..."
"Aku belum bersedia lagi..." ada serak dalam suara Haqimie. Dia tidak dapat menahan hiba yang menguasai dirinya sekarang.
"Haqimie, relakanlah pemergianku. Aku gembira sepanjang aku mengenali kau...." Rafiqan menghulurkan tangannya tanda sebagai salam. Haqimie masih berdegil untuk menghalangnya.
"Rafiqan, kau tak boleh pergi..."
Perbualan mereka dimatikan dengan deringan telefon bimbit kepunyaan Rafiqan. Rafiqan segera menjawabnya. Dia mengiyakan beberapa kali sebelum mematikan panggilan.
"Haqimie, abah aku dah sampai. Aku pergi dahulu. Kirim salam pada semua. Bila kau terima berita ketiadaan aku, barulah kau ceritakan segala-galanya pada rakan-rakan kita. Janji rahsiakan daripada Nurul Hardina.." Rafiqan memegang bahu Haqimie buat kali terakhir. Esakan keras Haqimie semakin galak. Dia memeluk erat tubuh yang semakin susut itu buat kali terakhir. Dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Hanya matanya yang mampu mengekori pemergian. Rafiqan yang akhirnya lenyap ditelan ke dalam Perdana hitam milik Rahman, ayahnya.
"Tidak Rafiqan, kau mesti terus hidup..." bisik Haqimie sendirian.
"TAKKAN tak boleh doktor!" gesa Haqimie berkali-kali. Dia nekad untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Rafiqan.
"Encik Haqimie, pihak kami hargai niat Encik Haqimie itu, tetapi pemeriksaan mendapati buah pinggang kamu tidak sesuai dengan penerima. la hanya membahayakan nyawa awak dan Rafiqan," balas Dr. Naim pula, doktor yang merawat Rafiqan selama ini.
"Saya tak kisah doktor, biarlah nyawa saya tergadai, tapi selamatkanlah dia doktor, saya bersalah sebab sayalah dia kemalangan hari itu, tolonglah doktor…”
“Tak boleh, saya akan melanggar etika saya pula sekiranya saya menuruti permintaan awak ini..." balas Dr Naim lagi. Puas dia memberi kenyataan yang Haqimie tidak sesuai untuk mendermakan buah pinggangnya.
"Habis tu mac am mana?”
"Kita akan tunggu sehingga ada penderma yang sesuai..."
"Sampai bila kita harus tunggu? Nyawa Rafiqan semakin terhad sekarang…”
"Sampai kita terjumpa dengan perderma yang sesuai…” Haqimie berlalu dengan hati yang sayu. Apa lagi yang mampu dilakukannya.
"DAH seminggu Rafiqan tidak menghadiri kuliah, kenapa ye?" Hardina menyuarakan kebimbangannya pada Azah suatu hari.
"Entahlah Dina, semua orang tak tahu keadaannya macam mana. Ramai yang kata kelibat dia pun sudah jarang kelihatan sekarang..." balas Azah semula.
Hardina termangu lesu. Saat ini hatinya bagai meronta-ronta untuk menatap wajah lelaki yang sentiasa redup itu. Perasaan rindu semakin mencengkam di jiwanya.
“Mungkin inilah balasan aku kot…” kata Hardina perlahan.
“Balasan apa pulak ni?” Hardina berhenti menatap telefon di tangan. Matanya mula dialihkan ke arah Hardina.
“Balasan untuk aku, dulu aku yang mengelak dari berjumpa dengan dia. Sekarang setiap saat rasa nak tengok wajah dia tu…”
“Tak baik cakap macam tu, Dina. Sabarlah, mungkin dia perlukan masa…”
Haqimie berjalan sendirian sambil fikirannya masih memikirkan kata-kata dari mulut Dr. Naim siang tadi. Dia bersungguh-sungguh untuk mendermakan buah pinggangnya, alih-alih badannya sendiri lebih memerlukan buah pinggang itu.
"Haq!!!" jerit satu suara membuatkan lamunan Haqimie terputus. 'Alamak!! Hardina….' Getusnya sendirian.
“Ada apa?" soal Haqimie.
“Rafiqan mana? Dah seminggu aku tak nampak dia..." kata Azah bagi pihak Hardina.
"A'ah Haq, Pi mana?" Hardina mengulangi soalan yang sama.
“Entah, aku tak tahu…” balas Haqimie cuba untuk mempertahankan janjinya pada Rafiqan.
"Haq, dari riak muka kau, aku tahu kau sedang sembunyikan sesuatu. Cakaplah, Rafiqan mana? Kenapa dia tak datang?"
"Aku tak tahu!" bentak Haqimie lagi.
"Haq, kau mesti tahu. Dia sahabat kau kan? Dia mana? Kau tahu tak yang aku risaukan dia sekarang ni..." kata Hardina semula.
“Kenapa pulak kau nak risaukan dia?” soal Haqimie semula. Hardina tersentak.
“Haq, kenapa kau cakap macam tu?” soal Azah. Hardina hanya tertunduk.
“Dina, kalau bukan kerana Pi, kau adalah perempuan terakhir yang akan aku tegur dalam kampus ni tau!” Haqimie menahan amarahnya terhadap Hardina.
“Apa maksud kau ni? Kenapa kau macam benci sangat kat Dina?” Azah masih bersuara bagi pihak Hardina.
“Apa maksud kau ni? Kenapa kau macam benci sangat kat Dina?” Azah masih bersuara bagi pihak Hardina.
“Aku ni satu bilik dengan Pi. Setahun lebih aku bersama dia, tak pernah sekalipun dia pernah mengadu apa sahaja masalah yang dia ada. Semuanya dia pendam sendiri. Aku pun pernah jadi masalah dia, tapi tak pernah dia mengeluh. Sehinggalah masalah kau Dina, dia yang paling susah hati…”
“Susah hati yang macam mana?”
“Dia paling risau kau hilang fokus bila Haidir tingalkan kau! Telinga aku lah yang jadi pendengar setia dia selama ni. Aku tak faham apa kurangnya dia berbanding si mamat Haidir tu…”
“Haq, boleh tak kau beritahu mana Rafiqan sekarang?” akhirnya Hardina bersuara.
“What is the point? Kau nak hancurkan hati dia lagi ke?”
“Haq, aku tau aku salah. Tapi ini melibatkan masa depan aku. Aku lebih lama kenal dia dari kau…”
“Kalau kau lebih lama kenal dia, kau sepatutnya lebih tahu dia kat mana…”
“Haq, tolong aku sekali ini je. Where is he? Please…”
“Dina, perasaan kau terhadap dia sekarang macam mana? Aku tak nak Rafiqan kecewa lagi…”
“Yeah, I love him. Please…”
"Rafiqan, maafkan aku. Aku tidak berdaya lagi untuk terus berpura-pura. Sebih-lebih lagi pada orang yang sentiasa kau titik beratkan ..." Haqimie terkumat kamit sendirian.
“Kau cakap apa tu?" soal Azah.
"Takde apa-apa…”
“So, Rafiqan mana?"
"Dia dah balik kampung..."
"Balik kampung?" serentak kata-kata yang terkeluar dari mulut Hardina dan Azah.
YA ALLAH Rafiqan. Apa yang telah aku lakukan ni? Kenapa ini semua ditakdirkan? Apa salah aku? Kenapa hukum aku begini? Kenapa biarkan aku terus memburu rindu aku sendiri? Kenapa biarkan aku sendirian? Kenapa kau juga sendirian menelan semua itu. Aku kan ada. Kan aku selama ini menjadi pendengar kau yang setia. Kan kita sama-sama menjadi pelajar yang terbaik suatu masa dahulu. Kan kita sama-sama menghadap perbicaraan di dalam mahkamah yang kau sendiri ciptakan. Kenapa selama ini aku tidak tahu yang kau memang ada di sana untukku. Sememangnya hati ini memang milik mu.
Hardina mengeluh sendirian. Manik-manik jernih berjuraian mengalir deras di pipi. Berita yang disampaikan oleh Haqimie benar-benar menusuk kalbunya. Terasa seolah-olah dia terlalu rugi kerana melepaskan seorang lelaki yang begitu menyayanginya. Sampai ke saat ini pun Rafiqan masih mementingkan hati dan perasaannya. Hardina memejamkan mata sambil menggenggam erat tangannya, diminta supaya dia memilik ketabahan hati untuk menghadapi saat-saat yang akan mendatang.
“TIMAH, alang mana?” sayup kedengaran suara Rahman memanggil isterinya.
“Ada kat luar, bang. Dengan Tuk Chik..”
Rahman segera bergegas keluar. Kelihatan Rafiqan sedang berbaring di pangkuan Tuk Chik kesayangannya itu. Tubuh Rafiqan semakin kurus apabila hendak dibandingkan dengan dahulu.
“Alang, abah ada berita ni..” kata Rahman sedikit sebak melihat nasib anaknya yang bongsu itu.
“Berita apa bah?” soal Rafiqan dalam nada perlahan.
“Dr Naim ada telefon abah tadi. Mereka ada penderma yang sesuai. Alang akan sembuh. Percayalah nak, Alang akan sembuh. Malam ini kita akan ke Singapura, Alang akan menjalani pembedahan pagi esok…” ada genangan jernih pada mata seorang yang bergelar ayah.
“Iye ke bah?” soal Rafiqan semula. Mukanyan begitu cengkung, hampir tidak dapat melihat reaksi wajahnya. Tuk Chik yang sedari tadi mengusap-usap rambut cucunya itu turut mengalirkan air mata.
PEMBEDAHAN pemindahan buah pinggang akhirnya berakhir hampir 7 jam lamanya. Dengan kehendak Allah, buah pinggang dari penderma dapat disesuaikan dengan badan Rafiqan. Namun keadaannya sendiri masih lagi lemah.
Rafiqan membuka matanya perlahan-lahan. Wajah ibu dan ayahnya dapat dilihat dengan jelas. Nyata kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka.
"Ibu, abah, Alang macam mana?" soal Rafiqan perlahan-lahan, sungguh pun dia masih terlalu lemah.
"Alang selamat, nak. Tengok ni siapa yang datang.....” balas ibunya.
Seketika kemudian Haqimie muncul di celah-celah tirai yang memisahkan antara katilnya dengan katil pesakit sebelah.
"Pi, ni aku la, best fella of the year..." kata Haqimie cuba berseloroh. Ternyata Rafiqan cukup terhibur dengan kedatangan Haqimie.
“Pi, kau masih lemah ni. Jangan terlalu banyak bergerak..." kata Haqimie apabila Rafiqan cuba untuk bangun.
"Abah, ibu. Alang nak tahu sangat siapa yang telah mendermakan buah pinggang kepada Alang ini bu..." kata Rafiqan kepada ibu dan ayahnya. Rahman dan Fatimah berpandangan. Begitu-juga dengan Haqimie yang sedari tadi mengukir senyum sinis.
"Alang, orang yang mendermakan buah pinggang kepada Alang tu pun berada dalam bilik ni. Dia ada di katil sebelah..." kata Rahman sambil menunjukkkn katil di sebelah Rafiqan yang terlindung dengan tirai.
"Ye ke bu?" Rafiqan menoleh ke kirinya. Dia ingin sangat berterima kasih kepada insan tersebut.
"Betul alang.."
"Alang mahu kenal dia, boleh?" soal Rafiqan lagi. Sekali lagi mereka bertiga berpandangan.
“Boleh nak…” Rahman memberi isyarat supaya tirai itu didedahkan.
Haqimie menarik perlahan-lahan tirai yang berwarna hijau muda itu. Mata Rafiqan terbeliak besar apabila mengetahui identiti insan yang telah memberikan nyawa kepadanya.
Hardina berpaling ke arah Rafiqan. Dirinya sendiri masih amat lemah. maklumlah hanya tinggal satu sahaja lagi buah pinggangnya.
"Pi, Dina ni. Harap Pi cepat sembuh,” kata Hardina cuba mengukir senyum. Rafiqan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.
"Dina, buat apa kat sini?"
“Tanya Dina pulak. Yang Pi pula buat apa kat sini?"
Rafiqan tidak menjawab. Dia tertunduk tersipu-sipu malu. "Kenapa Pi tak beritahu Dina yang Pi nak baik kampung?" soal Hardina lagi.
Rafiqan ternganga luas. Seketika kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah ayah dan ibunya, kemudian berakhir pada wajah Haqimie. Mereka semua berpandangan menyaksikan dua hati yang sedang bertemu.
"Pi tak sanggup...." jawab Rafiqan perlahan.
"Pi, dalam badan Pi tu ada organ Dina. Sekarang ni Pi berhutang dengan Dina. Jangan sekali-kali lagi biarkan Dina bersedih!" tambah Hardina semula.
"Baik! Pi janji!"
Seketika kemudian muncul pula Azimah dari luar. Dia membawa sesuatu lalu diletakkan di sebelah katil Hardina.
“Hai bakal menantu makcik ni, dah sedar rupanya...” kata Azimah berseloroh. Rafiqan yang dapat mendengar dengan jelas berpaling ke arah Hardina. Hardina yang tersentak apabila matanya bertentang dengan mata Rafiqan melarikan pandangannya. Mereka berdua menjadi malu-malu.
"Makcik! Apa khabar makcik?" Rafiqan mengalih perhatian.
"Apa pula makcik, panggillah mak!" tambah Azimah lagi membuatkan seluruh bilik gamat dengan ketawa.
"Belum boleh lagi la..." tambah Fatimah pula. Tuk Chik yang sedari tadi mengusap-usap rambut cucunya itu turut mengalirkan air mata.
Seketika kemudian barulah Rafiqan tahu yang Haqimie telah menceritakan segala-galanya kepada Hardina, tidak seperti yang telah dia janjikan. Menurut Haqimie lagi, Hardina sendiri yang nekad untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Rafiqan. Dia sendiri yang pergi menjalankan pemeriksaan di klinik Dr. Naim sebelum disahkan sesuai sebagai penderma.
Rafiqan sedikitpun tidak melenting apabila tahu yang Haqimie telah memungkiri janji, malah dia berterima kasih kerana tindakannya itu lebih membawa kepada kebahagiaan sekarang,
"Pi, Dina dah buka hati dia, dah bagi kat kau pun..." bisik Haqimie.
"Mana, dia bagi buah pinggang dia daaa..."
"Ah sama lah tu. Lepas ni boleh la kau..."
"Boleh apa?”
"Boleh laaaa..."
"Apa? Nak kena cubit?"
"Aduh, apa ni Pi, sakit-sakit pun ada tenaga lagi tu..."
Mereka tergelak bersama-sama......
Habis dah……….
P/S : Maaf andainya ending agak cliché. Nantikan Redup Yang Panjang 2.
0 comments:
Post a Comment