Ok, ada jawatan baru dan ada juga jawatan yang kena lucut.
Kalo dulu wa adalah Ketua Panitia Bahasa Inggeris, tahun ni wa jadi guru
panitia je. Sebabnya Kak Sham dari SK Tok Jiring telah menggantikan Kak Pah
yang akan bertugas di Pahang. Kak Sham kalo kira adalah guru AKRAM, tapi sayang
pihak sekolah tak pulak bagi dia kelas tahun 6. Wa ok je kalau kak sham nak
amik kelas wa, tapi wa kan guru kelas 6G. So.. up to them laa...
Wa tahun ni dah dilucutkan jawatan dari SU Kelab Pencegahan Dadah, dan wa diserap masuk ke dalam badan pengawas. Hahaha... Then wa ada jugak jadi SU tapi wa lupa. Nanti la wa hapdet. 1st Januari ritu adalah hari kelepasan am bagi negeri2 yang mengambil cuti tapi tidak di Terengganu. Cam siak wa bangun pagi jam 730am sebab wa tdo balik dalam 615 gituh. Wa terkocoh2 gak gerak dalam 750 wa sampai ke muka pintu pagar sekebun. Nakhorom hjadooooo... takde sorang lagi yang sampai sekolah. Hari tu bukan main lagi semua cikgu kena ada kat sekolah sebelum kul 8. Menurut encik pak guard, wa la 1st guru yang sampai untuk permulaan 2012 nih.
Wa tunggu punya tunggu ada la jugak cikgu2 lain yang sampai. Wa duk lepak gak tunggu cikgu2 lelaki yang lain sampai.. tapi nakhorom... xde sorang pun yang muncul. Rupa-rupanya tahun ni wa sorang je cikgu laki yang pegang kelas. Dan hari ni sebenarnya memang untuk cikgu yang pegang kelas je datang... Oh ya, tahun ni setelah pemergian Kak Pah ke sekolah baru, sekebun menterima 2 orang guru BI yang baru. Kak Sham ngan Kak Tini (xtau la yang ni akak ke ahdik, tapi wa panggil tecer je). Thanks god, saat itu juga wa bersyukur gila kerana dengan kedatangan 2 orang guru BI baru, bermakna setiap guru akan dapat 3 kelas je la sorang untuk BI. Kalo dulu wa selalu dapat 4 kelas. Nakhorommm... Tahun ni macam biasa wa pegang 6G yang dulunya adalah murid wa jugak dari 5G dan ngajar sekali la. Then wa folo 5F, then wa ingat wa dapat 4G, sekali depa bagi wa tahun 3G. Pergh, ada 2kelas yang G dan 1 yang F. Pastu wa dapat subjek baru iaitu KH utk 4F dan 6G. Hurm... sakit paler lagi la wa tahun ni. Ada satu time sorang kawan wa yang juga cikgu maths rasanya kini mengajar di Selatan kot, dia ada post gambar jadual kelas beliau untuk tahun ni. Dengan caption ' wah.. tahun 6 dalam jadual aku...bla bla bla...' Kononnya teruja sangat terasa diri best la tu? Hahaha.. sian lak, wa tak rasa best pun kena ajar tahun 6, tak rasa hebat, tak rasa bangga sebab wa dah 2 tahun kena ajar tahun 6. Kalau boleh (kalau boleh la), tahun depan wa nak rehat dari tahun 6, tapi boleh ke? Tahun ni wa masih nak tahun 6 sebab budak2 tahun 6 sekarang ni ramai yang sayang kat wa... hahahah nakhorom..... Pernah sekali wa cakap wa sangat letih dengan tahun 6 harap2 tahun depan direhatkan, pastu kak Zan dengar kata2 wa terus menge sound wa dengan kata2 'Ko jangan mimpi la, baru 2 tahun nak rehat, ada orang 7-8 tahun tak pernah pun dapat rehat.' Yer.. wa paham.. its about experiences. Wa memang nak gain more experiences dalam hal tahun 6 ni. Sebab wa memang sebati dengan budak2 yang dah besar. Budak2 cikenit ni wa tak master lagi
Hari 1st sekolah pulak adalah 3rd Januari. Datang sekolah ingat kena ada perhimpunan, sekali tiada. Wa pagi2 lagi dah kena menjengah kelas cikenit2 dari tahun 3. Waaaarhhhh... dah lama wa tinggalkan silibus tahun 3. Nak kena stadi semula, Last time pun masa wa praktikal kat Ipoh dulu 2009 (lama ke??) kelas 3 Bistari Sk St Michael 1. Kelas Akim. La ni Akim dah tahun 6. Camne la rupa dia sekarang. Pergh..terkenang WKH-WKH lame neh. Teringat lak kat Kak N. huhuhu...So cikenit2 tahun 3 ni sebenarnya ada yang pernah jadi anak murid wa masa diorang tahun 1 2010 dulu. Takde la nakhorom sangat just wa je yang belum berjaya mengadaptkan diri.
Kini wa kembali terasa sesak nafas. Wa pernah sembang dengan sorang kawan wa yang kejenya pensyarah di Kolej Komuniti, yang kini masih lagi rileks sebab belum bukak lagi sem baru, katanya beliau akan mula busy stat 10 Januari ni dan beliau takde masa lagi la nak sembang ngan wa ke apa ke kan, sekali wa rasa wa yang stat sibuk dulu sebab dalam minggu ni sahaja wa tak sempat nak hapdet rayap, wa tak sempat nak tengok tibi, tiap2 malam wa ada kelas. Next week wa akan ada kelas stat hari Ahad, Isnin wa spare untuk sekolah, Selasa Rabu kat pusat Tusyen, Khamis Jumaat pula home tusyen kat rumah K.Ja, Sabtu je wa nak rileks. Gile la.. ada orang cakap wa nak kumpul duit nak kawin.. tapi hal kawin pun xtau la nak setelkan camne. Biaq la kan....
Okeh la setakat ni wa rasa macam x stress sangat lagi.. Just wa nak tekankan wa rasa sangat lega sebab wa hanya kena ajar 3 kelas saja....perrgh best siak...Pastu bleh plak hari pertama persekolahan, datang idea gila dari seorang ustazah ni nak pusing2 meja dalam bilik guru. Patut la setiap kali wa tukar kedudukan murid2 wa setiap sebulan sekali, mesti diorang akan excited semacam. Camtu gak dengan wa.. Excited jugak nak duduk kedudukan baru .Yang penting wa tak nak tukar meja sebab wa dapat meja antara yang terkacis.
Okeh la setakat ni wa rasa macam x stress sangat lagi.. Just wa nak tekankan wa rasa sangat lega sebab wa hanya kena ajar 3 kelas saja....perrgh best siak...Pastu bleh plak hari pertama persekolahan, datang idea gila dari seorang ustazah ni nak pusing2 meja dalam bilik guru. Patut la setiap kali wa tukar kedudukan murid2 wa setiap sebulan sekali, mesti diorang akan excited semacam. Camtu gak dengan wa.. Excited jugak nak duduk kedudukan baru .Yang penting wa tak nak tukar meja sebab wa dapat meja antara yang terkacis.
Wa tak jumpa pic lain untuk menunjukkan kedudukan meja wa dalam bilik guru tahun lepas. Ini la kedudukan meja dalam bilik guru sebelum berlakunya pertukaran kedudukan.
Dan ini pulak kedudukan wa yang baru. Mengadap satu sama lain dan 4 orang satu group. Kalau dulu memanjang je. Dulu sebelah kanan wa ustaz Muda. Kini Ustaz Muda duk sebelah kiri wa dan tiada sape di sebelah kanan. Depan wa tu tempat duduk Cikgu Norhayati. Wa suka sakat beliau. Sebab tu wa pilih depan beliau. Perhatikan meja wa yang berlainan dari yang lain. Dan perhatikan juga gambar2 atas meja wa. Itu adalah gambar2 WKH2 yang lalu.
Itu je lah kali ni... lama betul tak hapdet
0 comments:
Post a Comment