Pernah ke korang menonton wayang dalam masa satu hari dalam dua negeri berbeza? Wa pernah, tahu! Kejadian bermula apabila member gua si Duang V3 ni membuat cadangan untuk menonton Protokol Hantu di Mesra Mall. Untuk pengetahuan anak2 murid sekalian, Mesra Mall terletak di Kemaman dan perjalanan mengambil masa sejam setengah (kalau cara Si Duang yang bawak kete la) dari Kuala Terengganu. Sementelahan pula wa telah didatangi tetamu dari Sabah, en Kaza namanya. Perancangan untuk memprotokol hantu telah berlangsung selama seminggu sebelum wa mendapat gaji. Jadi, walaupun wa ada tetamu si Kaza ni, wa tetap nak turun ke Kemaman jugak sebab modus operandi untuk melayan Protokol Hantu ni sejak sebelum en Kaza datang. Jadi tiada alasan untuk membatalkan niat memprotokol hantu.
Hari yang telah ditetapkan untuk melangsungkan perjalanan ini adalah hari Rabu (21/12/11). So seawal pagi lagi Duang telah menjempot kami di rumah wa la sebab tetamu wa lepak sini.
Wa cek protokol hantu ada showtime kul 1230 ngan 330 je. So, bajet2 bertolak kul 9am tu macam sempat la kot nak sampai sebelum kul 12. Perjalanan kali ni boleh dikatakan diiringi dengan angin kencang dan hujan yang sekali sekala je datang melanda.
Wa memang suka perjalanan ke Barat sebab akan melalui persisiran pantai hampir setiap daerah. So, banyak la pantai2 yang boleh disinggah sebentar untuk diperkenalkan kepada cik Tetamu kita tuh.
Perhentian pertama : Pantai Kelulut. Angin Kuat masa ni.
Tiba di Kertih (dimana terdapatnya Mesra Mall) lebih kurang jam 12 jugak la. Sebab banyak perhentian tadi. Mujur la orang tak ramai. Destinasi pertama of kos la TGV, walaupun saat itu berlaku kentikan untuk berarak (nok kecing kentik2 dos), masih teruja untuk melihat tingket dahulu. Sekali show hari ni jam 1.10pm. Dan masih banyak kekosonan. Ala, baris kitorang pun ada 4 orang je yang ada, wa, duang, en tetamu dan sorang mamat yang wa rasa dia dtg sorang2 telah duduk bersama2 kitorang yang betul2 di tengah2. Kacis ah.
Ulasan? Tak payah, korang tengok la sendiri, citer ni tak seram. Nama je citer hantu, wa rasa tertipu. Hahaha..
Then, perancangan nak ke Kuantan sebenarnya dibuat dalam masa yang tiba2 je. Jom kite lepak kuantan la kata Mat Duang. Wa pun layan je. Tak kisah sangat. Time ke Kuantan, wa yang drive. Macam siak. Dah la time petang. Jalan kat Chukai yang super jem dengan jalan yang nak kena ubahcuai lagi, terpaksa la wa mensiput semasa mendrive TBB mat duang tersebut.
Masuk Kuantan lebih kurang lepas Maghrib. Tu pun sebab banyak kete. Destinationnya adalah TC aka Teluk Chempedak Jadi Nangka. Nak cari hotel murah. Dapat la jugak hotel yang superkacis. Hotel Annexe kot (dah sama macam nama dewan kat UiTM plak). RM 100 semalam. So shared 3 orang. Ok lah dari xde kan. Bila dah check in, kuar semula mentuju ke MegaMall. Niat nak tengok Puss Dalam Kasut Boot. Layan la kitorang kat sana plak. See, 2movie, 2negeri, 1hari. Kerja gilo. Superkelakar siak citer tersebut.
Lepas movie, balik hotel terus collapse.
Keesokannya.....
Bersama Mat Duang (penganjur lawatan kali ini) depan hotel sebelum chek-out. (sengaja disalahkan ejaan check itu)
Pagi2 tu pergi meneroka alam ke Pantai Teluk Chempedak goreng dulu. Angin superkuat siak. Terasa sejuk hingga ke pankreas.
Destinasi hari ke 2 pi ke Kuantan Parade. Mengebreakpas di sinun. Sungguh mengembalikan nostalgia sebab Ktn Parade la tempat wa lepak 11 tahun yang lalu. Masa tu kan wa belajar kat Muadzam Shah, so sebelum balik Muadzam, selalu la hangout kat situ. Wa carik gak kedai komik yang selalu wa singgah time dulu2, sbb wa pengumpul Penyiasat Remaja ngan Shin Chan. Sekali wa lost. Lantak la..
Lepas tu perjalanan ke ECM (East Coast Mall) sebab mat duang mencari padini, ada diskon 70% katanya. Hoho, wa memang x terniat nak mencari baju padini pun, setakat gi skolah, perlu ke ber branded bagai kan? Bukannya jumpa client ke apa ke nak smat bagai. Tapi kan.. dah sampai ECM, wa telah diracun rumput oleh mat duang untuk menyambar selai 2 baju padini. Ok, memang berbaloi. Sebab 70% la. Macam Aaron Aziz (kata mat duang dengan niat meracuni aku) SIAKKKKK.
Jalan2 then tak sedar masa merangkak ke petang. Lepas tu terus membalikkan diri ke Terengganu. Sempat singgah ke Cherating. Pantai Cherating SuperChantek Sangat.
Mat Duang n Kaza
Pic ni konon2nya mat duang sama tinggi la ngan wa, padahal...sila tengok kaki beliau. Menjenjet tu....
Pic ni kemudian diminta supaya tidak nampak kaki. Sebab beliau masih menjenjet
Masih di Cherating
Galaxy Note (orang punya)
Perjalanan diteruskan.. Rantau Abang... Ombak yang sangat besar siak. Time ni dah dekat Maghrib. Atas permintaan tetamu, singgah jugak la sebentar. Yes... ombak superbesar dan wa rasa sangat takut melihat keadaan itu.
Hahaha, mat duang, sori aku snap pic mu sedang menguap.. Sian co-pilot, ngantuk.
Perjalanan diteruskan dan singgah sebentar di pantai kelulut untuk makan malam. Menu utama-ikan bakar, sotong celup tepung. Tapi aku x makan bersungguh2 sebab teringatkan pada WKH, buleh??? hahahah
0 comments:
Post a Comment