Tuesday, March 1, 2011

Kem Anjung Ilmu Tahun 6



Kemana sudah perginya aku minggu lepas????Aku seems like telah menganak tirikan blog sendiri sebab selalu je update blog SeKeBuN aku tuh... Yelah, sejak memilik isteri no 6 (oh? Tidak dimaklumkan di dalam Rayap ke?? Nanti la akan dimaklumkan), aku asyik ditugaskan untuk menjadi dokumentasi atau paparazzi. Atas alasan itulah, Sekebun kini di bawah penjagaan aku. Sorry la kak Bintang, tidak dapat nak meneruskan legacy SONY kerana isteri baru saya hanyalah CANON... SO mesti dah dapat agak apa benda la agaknya isteri yang ke 6 tu kan????

Minggu lepas seperti yang dimaklumkan dalam SeKeBun, aku mempergi ke Marang. Untuk kem anjung ilmu pelajar tahun 6. Sebagai salah seorang guru tahun 6, nak tak nak aku kena terlibat. Berkampung la aku di sana..... Nak tahu lebih lanjut klik sini. Pastu pulak minggu ini bermula hari Ahad lepas, ada majlis persaraan sorang Ustazah (sewaktu n3 ini ditulis, n3 tentang majlis beliau belum dihapdet), pastu Isnin pulak ada sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah, (juga belum dihapdet). Kira dah jadi tugas aku plak sebagai dokumentasi ini untuk mewar warkan aktiviti sekebun.

Hari yang sama dengan sambutan Maulidur Rasul, selepas sekolah, majlis Hi-Tea bertempat di Primula Beach Resort meraikan pertukaran cikgu Syed, GB ASlai dan juga sekali lagi persaraan Ustazah Sepiah. (juga belum dihapdet). Jadi... agak2 kalo blog Sekebun pun tak sempat nak hapdet, bagaimana dengan Rayap??? Lagi la tak sempat.

Berbalik kepada tajuk n3 kali ini. biarlah cerita sikit pasal Kem Anjung Ilmu ni.... Buat pertama kali sejak aku menjejakkan kaki ke SKBN, kem seumpamanya ini diadakan di luar SKBN.. Kalo dulu selalunya diadakan di makmal sekolah je.. (masih teringat batch 2010 termasuk WKH). Jadi bersemangat jugaklah untuk para pelajar dan juga guru2 macam aku ni pergi ke sinun.

Tugas aku? Gile lah.. Aku ditugaskan untuk bahagian alatan. Dari sekecik2 pensel sampailah ke sebesar2 kertas mahjong tu..... Kendian aku dilantik gak as fasilitator.. tp tugas aku hanyalah semasa waktu riadah petang dan pagi... Yang paling best bila aku ajar bebudak ni menari poco2.



Ini diambil semasa riadah petang di tepi pantai

Sebelum bertolak balik... Dah semua nak bergambar bawah kanopi. Sah-sah la tak nampak muka







Agak2 nape la asyik muka budak ni je yang banyak aku snap???




Nom......nom........nom......






Dan seterusnya aku masih berhutang dengan beberapa n3 lagi.. sabauuuuu...


0 comments:

Post a Comment