Monday, August 8, 2011

Sebelum Puasa Hari Itu


Malam akhir apakah? Last 26 Julai 2011, hari Selasa adalah kelas malam yang terakhir untuk 6G 2011 untuk tahun ni la. Kelas yang terakhir kerana sepanjang bulan pose memang tiada kelas malam. So aku dah janji ngan bebudak ni nak wat makan2 la pada malam terakhir. Tau apa yang dimintak??? Ke ef ci. Gilos... At the end aku beli kay ef ci goreng sendiri saja....

Ni ha kay eff cieee korang
Goreng sendiri okey
So malam itu kelas malam hanyalah untuk sesi bergambar dan makan2. Selain ayam kay eff cie, ada banyak lagi, spegeti, laksa, nasi minyak, nasi dagang,(lapar la plak cakap pasal makanan time2 pose cenggini)

Dah siap2 nak balik, buku langsung tak sentuh
Mereka semua batch kedua UPSR selepas aku bergelar pendidik. Batch terakhir kot yang aku sayang sangat2. Batch tahun depan macam tak best je...

Sunday, August 7, 2011

Diari 7 Ramadhan

Hari ni 7 Ramadhan..mode tak de masa nak hapdet rayap sebab guruh berdentum di langit..karang tak pasal2 modem meletup pulak.....


Wednesday, August 3, 2011

Puding Karamel.....

Sila jangan baca kalau anda pose.Niat aku tahun ni nak elakkan melakukan perkara yang boleh membatalkan pose aku sendiri dan juga pose orang lain....

Hari tu aku gi pasar malam (sebelum pose) tengok ada orang jual puding gula hangus, (atau nama modennya ialah puding caramel) ambik ko aku tergeliat lidah2 nak sobut. Aku tengok si penjual tu ayu manis macam pudingnya jugak, tapi bila tengok tang harga, terus x jadi nak tanya. Bayangkan sepotong dijual dalam dua hengget. Aku x salahkan dia, aku salahkan aku la kalo beli sedangkan mak aku reti buat.

Hari ni pose yang ke3, mak aku buat puding gula hangus ni, tapi mak aku x kukus dalam bekas yang besar2 tu, susah2 plak kena potong. Mak aku masak dalam bekas ni (seperti gambar di bawah)..
Then, telangkupkan ke dalam pinggan ye Kak Senah, Kak Kiah, Mek Jenah, Mek Tun, Mek Vogue



Rupa parasnya sangat menselerakan..

Apa kata tambah garnishing sikit supaya ada rasa nak makan walaupun perut dah sarat dengan hidangan berbuka tadi. Tambah ais krim dengan yogurt perisa stroberi, kalo ada jem lagi best.


Jadi, bersyukurlah kalau anda masih memiliki mak yang boleh memasak untuk kita sebab masakan mak memang superb (bukan bermakna aku dah lupa mama aku...she is superbestest kaciskova).
Selamat menjamu selerooooooooooook

Diari 3 Ramadhan

Poster transformers 3??? Tengok transformers kah kali ini? Hohoho..oh tidak sebab lepas je abis waktu persekolahan, aku terus shoot pulang ke rumah. Kisahnya hari ni aku banyak keje nak kena setel, dari kena gi bank, bayar bil, masukkan duit yang berkoyan2 tu ke dalam akaun orang lain, last sekali balik rumah n tdo.... Saje je letak poster ni sebab nak bagi gempaq, masalahnya gempaq ke??

Btw, budak2 ni tetap datang tanya aku either aku buat kelas or not. Aku cakap hari ni cuti la sehari. Bukan apa, aku pun nak rehat gak, tapi apa kes aku tetap x rehat...

Tuesday, August 2, 2011

Diari 2 Ramadhan

Yeah, hari ni dah hari ke 2 umat Islam berpuasa. Motif poster SERU? Heheh, seperti semalam @ kelmarin, lepas abis waktu sekolah, kelas xtra cam biasa. Ahli2nya jugak macam biasa, tapi hari ni Izzhadi tak datang, so tinggal 2 orang je jantan. Buat past year paper tahun 2009, then diorang memang buat aci nak siap cepat je, bukan nak bersaing sape lagi highest mark. Hampeh,...

Yeah, lepas tu belen waktu ada sejam lagi, cam bese si Amirul provok nak layan movie lagi. Kali ni aku tak tengok thru tiub awak lagi dah, sebab aku bawak ext hardisk. So aku bukak la citer yang aku sendiri tak tengok lagi, baru je sedut dari sorang cikgu neh..




Inilah diorang, Shahira, Nathassa, Aini dan Ain... Kalo yang jantan tuh Amirul ngan Lukman je. Kali ni melayan Seru sampai abess sebab diorang xnak tengok sekerat. Heheh, yang pasti aku tahu si Amirul ngan Shahira adalah penakut sebab time antu keluar, diorang tutup muka dengan kertas soklan....heheheh


Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini pada setahun yang lalu aku ditempatkan di sebuah tempat yang sangat boooooring... masa tu x pose lagi.. mujur xpose, kalo x naya la aku nak menahan lapar dan dahaga di sana seharian...


Yes..setahun yang dulu aku masuk wad selama lima hari kerana jangkitan mata. Gile x best sakit mata. Merah je mata aku. Pastu plak.. dapat MC 13 hari woooo..kena lak tinggalkan anak2 aku kat sekolah yang dah dekat sangat nak exam nye.. Syukurlah masa tu aku masih diberi kesempatan untuk melalui hari2 seterusnya dengan mata yang masih boleh melihat. Aku bersyukur sangat sebab masih ada ibu, abang, kakak dan adik2 yang ambil berat kat aku.. Alhamdulillah

Monday, August 1, 2011

Diari Ramadhan Hari Pertama

Ada sebab poster ini dimasukkan di sini, kejap lagi aku cerita


Hari ni 1st Ramadhan. Saat n3 ini ditulis, aku sedang menunggu waktu berbuka. Dah la malam 1 Ramadhan diselangi dengan peristiwa2 yang maybe menjadi sejarah untuk aku sekeluarga.. Lupakan je la... dah nak berlaku nak wat camne.....

Sekolah pagi macam biasa, tapi hari ni kelas aku tak banyak, satu waktu je... Itu pun PJK.. So the rest of the day aku hanya berinternet dan berblog sambil hapdet blog sekolah aku.

Mari aku perkenalkan 3 orang budak kelas aku tahun 6. Lukman, Izzhadi dan Amirul. 3-3nya pernah kena lempang dari aku. Kes Amirul dengan Lukman pasal diorang keluar dari sekolah time kelas aku masa hari kelas tambahan. Kes Hadi pulak, kes kacau orang tengah sembahyang.. dan dan tu jugak aku lempang beliau dalam surau.

Dan hari ini, mereka yang aku lempang dan hampir nak menangis itu lah yang datang kepada aku, meminta aku mengadakan kelas xtra nih. Series li, aku tak sayangkan mereka yang dari kelas elite, dari A kelas, dari kumpulan yang selalu dapat A dalam setiap kali exam, (lagipun aku tak ngajar 1st kelas). Bebudak ini lah yang selalu dapat C ngan D yang aku sayang. Mereka berhak untuk belajar.. bukan pelajar target je..

Lukman Wahab

Izzhadi

Amirul Hakimi (budak ni yang datang cari aku masa tengah nangis dalam n3 lepas)

Mari kita beralih kepada Amirul dan Lukman. Hari itu aku bawak 2-2 ni datang rumah aku untuk merasai pengalaman kelas tusyen kat luar sambil bertusyen di rumah aku. So far ok la si Amirul ni ada peningkatan. Si Lukman plak tempat yang sama je. Masa duk rumah aku, si Amirul ni duk provoke pasal citer "SEKALI LAGI" yang katanya amat best melampau sampai mengalirkan air mata. Aku bahagian best tu takdelah tertarik sangat, tapi tang mengalir air mata tu macam "Betul ke?" tengok teaser cam biasa je. Lebih2 lagi masa diorang datang rumah aku, citer ni tgh duk tayang kat Astrok First. Tapi aku tak langgan. Gile... So si Amirul ni duk provok aku suh tengok. Ok then aku tunggu je la kot sape2 nak donlod nanti aku leh sedut je.

Lepas tu pulak hari ni, 1st day pose, aku buat kelas xtra atas permintaan bebudak ni, x ramai, dalam 7 orang je. Depa ber3 lelaki dan ada 4 orang budak pompuan. Memang diorang lebih suka duk sekolah dari balik tapi x wat apa2 pun. Kelas stat dalam jam 145, then aku buat la vocab hari ni. Aku cakap kelas sampai kul 3 je, so diorang setuju. Masa dekat kul 3 aku cakap stop. Tiba2 Amirul ni saje buat2 nak tengok gambar dalam FB. Aku bukak la leptop. Pastu dia provok lagi nak tgk video (betis nak peha la ni) aku bukak tiub awak... pastu provok suruh search citer SEKALI LAGI, disapot kuat dari pelajar2 lain. Aku bukak la yang full vid dalam sejam lebih gak masa dia. Sekali internet kat dalam makmal sekolah aku ni super kacis. no buffer, smooth je tgk citer... Last2 terlayan sampai jam 4 petang.. HAMPEHHHH!!!!!!!!!!!!!!! (seriesly superkacis la internet hari tu.. aku layan movie guna tiub awak je.....)

Mula-mula memang la membelajar


Ahli kelas yang lain
Tiba2 laptop aku dah jadi wayang kecik plak

So.. sempat la layan sejam citer ni, sebab pembantu makmal dah nak balik kul 4 (selalu 430, tapi Ramadhan diawalkan sejam) Aku pause citer dan biar je laptop aku terpasang sampai la rumah. Belen 22 minit lagi aku tengok kat rumah sengsorang.

Bila dah part ending ngan kuar kredit bagai tuh.. aku terpikir, mana part yang sedih nya?? Xde sedih langsung.