Wednesday, August 3, 2011

Puding Karamel.....

Sila jangan baca kalau anda pose.Niat aku tahun ni nak elakkan melakukan perkara yang boleh membatalkan pose aku sendiri dan juga pose orang lain....

Hari tu aku gi pasar malam (sebelum pose) tengok ada orang jual puding gula hangus, (atau nama modennya ialah puding caramel) ambik ko aku tergeliat lidah2 nak sobut. Aku tengok si penjual tu ayu manis macam pudingnya jugak, tapi bila tengok tang harga, terus x jadi nak tanya. Bayangkan sepotong dijual dalam dua hengget. Aku x salahkan dia, aku salahkan aku la kalo beli sedangkan mak aku reti buat.

Hari ni pose yang ke3, mak aku buat puding gula hangus ni, tapi mak aku x kukus dalam bekas yang besar2 tu, susah2 plak kena potong. Mak aku masak dalam bekas ni (seperti gambar di bawah)..
Then, telangkupkan ke dalam pinggan ye Kak Senah, Kak Kiah, Mek Jenah, Mek Tun, Mek Vogue



Rupa parasnya sangat menselerakan..

Apa kata tambah garnishing sikit supaya ada rasa nak makan walaupun perut dah sarat dengan hidangan berbuka tadi. Tambah ais krim dengan yogurt perisa stroberi, kalo ada jem lagi best.


Jadi, bersyukurlah kalau anda masih memiliki mak yang boleh memasak untuk kita sebab masakan mak memang superb (bukan bermakna aku dah lupa mama aku...she is superbestest kaciskova).
Selamat menjamu selerooooooooooook

2 comments:

nani said...

yg nmpk mcm bijik2 kt dlm die tu mak ko letak ape?

Mr M said...

tu bukan bijik2 la..tu dia nyer rongga alias lubang2 kecil yang terjadi dengan sendirinya..

Post a Comment